Monday, February 3, 2014

minat baru

salam semua.....


waktu sekarang nie list rumah lelong tidak banyak yang menarik minat aku.... semua suram jer.. bukan aper... banyak yang harganya RM 200k keatas,,, tak mampulah teman yeop2 semua.... teman kalau harga bawah 100k gagah lah lagi.... jadi sementara tengah boring nie kenalah cari minat lain untuk melabur nie...

Sebenarnya didalam minat aku melabur dalam hartanah... aku juga minat melabur dalam emas.... aku banyak membuat kajian berkenaan dengan emas ini... emas adalah satu benda yang sangat menguntungkan.... emas digunakan sebagai lambang status ekonomi sesebuah negara.... ini kerana jika sesuatu negara mempunyai simpanan emas yang banyak menandakan negara tersebut mempunyai ekonomi yang kukuh....

Emas ini adalah sesuatu nilai yang stabil jika dibandingkan dengan mata wang kertas....  jika kita fikirkan kertas dengan emas mana lebih bernilai.. emas kan.... not kertas hanya mempunyai digit yang melambangkan nilai not itu... walhal emas nilainya bergantung kepada mutu dan kandungan emas tersebut.... aku pernah membaca artikal bahawa mahathir memperkenalkan dinar emas untuk digunakan untuk perdagangan dengan neara arab menggantikan not kertas dolar amerika.... ini kerana Tun Dr. Mahathir ingin menamatkan spekulasi mata wang yang dikuasi oleh Israel dan yahudi.... Jika dinar emas diterima oleh kebanyakkan negara... maka yahudi dan Israel tidak akan dapat menguasi ekonomi dunia disebabkan mereka tidak mempunyai emas.... so bagi negara yang mempunyai banyak emas mereka akan menjadi kuasa ekonomi berbanding negara yang tidak menpunyai simpanan emas.... perkara ini yang mereka takutkan....

Dari sini aku mendapati emas mempunyai nilai yang amat tinggi.. lagi pun harga emas sentiasa naik.... dan semakin naik... ini disebabkan jumlah emas semakin lama semakin berkurangan.. so harganya akan menigkat dan terus meningkat... so dalam hujung tahun ini aku dapati nilai emas turun agak mendadak... ini mungkin disebabkan nilai emas dipasaran dunia mulai turun disebabkan ada beberapa negara melepaskan pegangan emas mereka untuk membantu memulihkan ekonomi mereka.... 

Disebabkan harga emas ini turun... aku pun belilah dua gold bar..... setiap satu tu seberat 20gram... emas jongkong ini adalah emas tulin iaitu emas 99.99... dah lama sebenarnya aku nak beli gold bar nie... cuma seelum nie harganya mahal.... masa aku beli nie harga emas 999 nie adalah RM 160/gram.... igt nak beli lebih ckit wat simpanan... tapi budget x mengcukupi... xpelah beli dua dulu.. ada rezeki lagi tambah lagi.... 

So sapa yang suka beli emas tu boleh lah beli sekarang.. sebab aku dengar tahun hadapan harga emas nie akna naik kembali... jadi sapa ada duit lebih boleh lah melabur dalam emas fizikal nie... janganlah pulak korang melabur dalam emas online pulak.. nanti duit korang lak lebur nanti.. hehheheee



Kalah Lagi

salam.....

sorry lama x update blog aku nie.... xder kelapangan menjengok blog aku nie... lagi pun xder cerita yang menarik nak aku kongsikan...

cuma pada hujung bulan lepas aku ader menghadiri CIMB Mega auction yang dilansungkan di Hotel Istana... aku attend sebab member aku mintak tolong bid kan sebuah rumah flat di Kajang... pagi tu sampai jer.. terus sambar breakfast dekat pintu ruang legar hotel tu.. maklumlah free... yelah pihak penganjur dah sediakan makanan kita sapu jer lah.....

Masuk je dalam bilik lelong memang dah dijangkakan ramainya orang.. yelah... Mega auction katakan... mestilah ramai orang.. mega katakan....

Rumah yang nak bid nie RP nye adalah 65K.... ramai jugak pembida untuk flat mcm tu..... bumi lot..... last sekali aku lawan one by one dengan seorang pembida nie.... tewas pada harga 90K... mmg budget aku pun takat tu jer.... nanti ikut nafsu kang terlajak lak nanti.. apa-apa pun xder rezeki.... banyak rumah lain yang ader.. cuma kena sabar menunggu jer..... insha Allah ada rumah yang lagi baik nnt yg akan muncul.....

Lepas habis jer lelong tu.. terus lepak kat mamak sebelah Hotel Istana..... yelah dah penat bid jadi lapar lah pulak.... 

Lepas habis makan aku terus gerak ker Bangunan Wisma Peladang dekat Lebuhraya Mahameru.. menghadiri majlis perkahwinan member aku..... member aku nie kerja kat Risda HQ dan bertugas sebagai Pegawai Khas Ketua Pengarah Risda Malaysia Datuk Wan Mohammad Zuki... dan bini dia adalah anak KP Risda tu sendiri... Hahahha... kebas anak bos..... seminggu member kamcing aku nie glamor.. mana x nye... siap masuk suratkhabar lagi.,... masuk TV3 lagi... memang glamor.... dah rezeki dan jodoh dia... aku doakan semoga member aku nie bahagia hingga ke anak cucu.....

pas habis majlis tu.. aku balik rumah berehat... sebelum malamnya pulak bawak family aku bersiar2 di dataran Putrajaya,,, tempat kesukaan anak aku.... mana taknya banyak mainan dekat sana.. tu suka sangat tu.... 

apa lagi bila dah penat terus lah tido...... ok bro.. cau dulu...