Monday, December 23, 2013

Nak Jadi orang yang berjaya

Baru-baru nie aku ada baca satu article one of the blogger yang selalu aku kunjungi.... yelah sambil tulis blog nie sambil baca blog orang lain untuk mendapatkan ilmu pengetahuan...  xsemua aku tahu.. yelah... ada yang kita tahu ada yang kita x tahu dan perlu belajar dari orang lain.....  ilmu nie kita kena tuntut selagi terdaya.....
yang aku ingin  sini adalah coretan beliau semasa berjumpa dengan tokey al-ikhsan dimana tokey al--ikhsan nie memberikan tips2 untuk menjadi seorang yang berjaya... apa yang diberitahu oleh beliau tu memang betul dan benar...  aku pun pernah mendengar serta di beri nasihat oleh orang-orang yang telah berjaya serta dari dari ustaz2 dari ceramah mereka bagaimana hendak menjadi orang yang berjaya dunia akhirat.... mereka pun menyatakan perkara yang sama iaitu tips-tips yang diberikan oleh CEO al-ikhsan nie... 
Pertama, jangan tinggal Solat dan Amalkan apa yang ada dalam Al-Quran (selepas kita baca). Solat tiang agama. Tinggal yang tu, jangan harap Allah nak bantu kita. Quran pulak, banyak ayat-ayat yang beri dorongan, tauladan, pesanan, amaran dan janji-janji Allah untuk kita yakini setiap satunya. Allah akan permudahkan banyak urusan kita bila kita laksanakan apa yang dianjurkan olehNya.
Kedua, bagi yang masih ada Ibu, hormatilah dia semulia-mulia yang boleh. CEO Al-Ikhsan, without fail, akan singgah dulu ke rumah ibunya setiap pagi untuk mintak restu sebelum ke pejabat. Kita ada? ayo-yo…doa ibu tiada hijab atau halangan. Kalau ibu kita doakan kerja kita berjaya, insyaAllah berkat doa itulah perniagaan kita berjaya. Doa ibu akan sentiasa dimakbukan Allah... Syurga dibawah tapak kaki ibu... Ibu adalah kunci kita masuk syurga.. tanpa restu ibukita tidak akan selamat.. Jom kita ikut yop. Kalau takleh pegi rumah emak kita pasal jauh, jom kita call setiap pagi mintak restu sebelum kita masuk kerja.
Ketiga, jangan lupa Zakat dan Sedekah. Satu jariah yang kita beri akan terhasil 7 tangkai. Dari 7 tangkai terbit pulak 700 biji. Bayangkan, 700% hasilnya. Pelaburan apa yang beri pulangan sebanyak ni kat atas muka bumi ni selain zakat dan sedekah?. Sebab tu, orang Islam disuruh berzakat, sebab rezeki jadi subur dan bersih. Lagi pun dengan bersedekah dan berzakat kita membantu saudara islam kita yang memerlukan....  bukan semua harta yang kita miliki itu milik kita... sebahagian harta kita itu milik orang lain...
sama-samalah kita amalkan agar kita menjadi seorang yang berjaya dunia akhirat.. InsyaAllah....

ASNB 6.45% Dividen..

Hari nie Permodalan Nasiona Berhad telah mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 6.45%bagi pelabur yang melabur dalam Amanah Saham Nasional Berhad.. Dividen paling tinggi dalam masa 13 tahun...

macam ner nie... ASB turun ASNB lak naik.... macam leh jadi macam nie...hahahahaha.. maybe jumlah pelabur kurang berbanding dengan ASB... jadi pengagihan pendapatan dapatttttttttt diberikan pada amount yang tinggi... apa2 pun kita patut bersyukur.. ye;lah... dari x dapat lansung yekan..... setidak-tidaknya leh buat belanja anak sekolah....

Apa-apa pun tahun 2014 nie memberikan suasana mencabar kepada kita..... terutamanya rakyat malaysia kerana serbi serbi akan naik... dari BLR... tarif elektrik.. petrol.... tambang bas.... public transport... tol... GST.. RPGT... cukai pintu dan yang terbaru aku dengar Indah Water akan mengkaji semula caj yang dikenakan yang dirasakan mereka tidak sesuai dengan kos penyelenggaraan toilet korang nie.... hahhaa.. satu-satu naik... bila satu anik yang lain semua naik.....

Tahun 2014 nie akan menjanjikan kehidupan yang sedikt sukar... dengan segalanya meningkat kos sara hidup pun akan meningkat.. yang malangnya adalah kita kerana kos sara hidup tidak selari dengan pendapatan rakyat... perkara ini akan menyebabkan kadar inflasi akan meningka.. di mana harga bagi barangan akan melambung dan kuasa membeli rakyat akan menurun... ini kerana dengan berlakunya inflasi nilai wang yang kita ada tidak mampu membeli barang yg harganya meningkat naik...

Oleh demikian... kita sebagai rakyat yang lemah.... kenalah bersiap sedia menghadapi segala cabaran.... mula berjimat cermat dan membeli barangan yang dirasakan perlu....  yelah... sediakan payung sebelum hujan.... kita tidak tahu apa yang akan berlaku.... 

Bagi pelabur-pelabur pula.... terpaksalah menyusun strategi pelaburan mereka... kena lebih berati-hati didalam pebaluran mereka... maybe kena lebih berjima-jimat serta memilih pelaburan yang lebih berbaloi...

Apa-apa pun... jangan tension-tension.... bagi yang menunggu keuntungan dari pelaburan.... bersyukurlah.. masih diberkan rezeki oleh Allah yang maha Esa..... dan bersedekahlah di jalan Allah... moga rezeki yang korang dapat diberkati oleh-Nya...


Friday, December 20, 2013

ASB 7.7% + 1%




Pihak PNB telah mengumumkan dividen 7.7% dan bonus 1% aka diagihkan kepada semua pelabur didalam ASB.... menjadikan jumlah keseluruhan 8.7%....

hahahhahha... dikala semua benda makneka naik... gula naik.... minyak naik...  tarif elektrik naik... ada jugak yang turun...  rupanya ASB yang turun....  tahun lepas dapat 7.75% untuk dividen dan  + 1.15% bonus.... maknanya penurunan sebanyak 0.2%...





tapi apa-apu pun ita patut bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi.... moga pada tahun-taun yang mendatang kita akan mendapat lebih rezeki daripada-Nya... InsyaAllah.....


Thursday, December 19, 2013

Dividen ASB

Pasti ramai diantara kita tidak sabar menanti tertutupnya tirai tahun 2013 kerana tidak lama lagi pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengumumkan pengagihan dividen bagi Amanah Saham Bumiputra (ASB).. Ramai diantara kita cuba mengagak berapa % dividen yang diberikan oleh PNB.... aku tahu ramai diantara kita meramalkan PNB akan mengistiharkan pulangan dividen dan bonus at least 8% sesaham.... bagi yang mempunyai unit ASB sebanyak 200 000 unit bermakna mereka akan mendapat dividen sekurang-kurangnya RM 16 000. banyak oooo... jika dibahagikan 12 bulan korang akan dapat sebanyak 1333.00 sebulan.... banyakkan... sapa nak bagi.....tunggu setahun kan... kedebuk-kedebuk dalam RM 16K.....

Setengah daripada kita membuat pinjaman loan untuk ASB... misalnya pinjam RM 200K selama 30 tahun untuk sesiapa pinjam dari CIMB manakala 25 tahun untuk bank2 lain yang menawarkan pinjaman ASB seperti RHB dan Maybank.... ada yang di antara kawan-kawan aku yang bertanya... untung ker buat loan ASB nie.... bagi aku ianya menguntungkan tapi ianya bergantung kepada tahap financial korang.... tetapi pada asasnya menguntungkan... mengapa aku mengatakan demikian... contohnya macam aku... aku pinjam dari CIMB sebanyak RM 200 000 selama 30 tahun... sebulan aku kena bayar installment sebanyak lebih kurang 1120/month.. jadi untuk  setahun modal aku keluarkan untuk installment adalah sebanyak RM 13500. so next year aku dapat dividen sebanyak RM 16000 jika 8% dividen.... so dekat situ jer dan untung RM 2500.... so korang boleh amik RM 2500 and balance tu leh cover untuk 1 tahun punya installment dan begitulah seterusnya.... kiranya kena supper untuk 1st year tu lah..... so macam aku masa mula wat loan tu mmg ader modal... so aku terus bayar setahun punya installment untuk tahun pertama tu.... so bagi yang xder modal  tu 1st year kena ikat perut sikit lah....

Ada di antara member-member aku yang tanya... mana satu bagus invest dalam asb ker r dalam rumah.... nnt wat loan asb x lepas lak wat loan rumah... itu lah antara soalan-soalan yang singgah dekat telinga aku nie.... jawapan aku mudah saya.... ianya bergantung kepada financial korang..... kalau korang berkemampuan untuk tanggung kedua-dua sekali teruskan... tapi bagi yang kena pilih salah satu disebabkan kekangan kewangan better invest dalam rumah dahulu.. kerana ada sesetngah rumah ROI nya tinggi... ada yang samapi 15%...-20% lagipun pulangan ASB adalah lebih kurang 8% setahun dan perlu ambil masa yang konsisten...  lagipun pelaburan ASB anytime jer korang leh buat.. tetapi  untuk mendapatkan ROI yang tinggi dari pelaburan hartanah hanya kadang-kadang sahaja muncul... jadi kalau korang ini belum ada rumah better beli rumah dulu dari buat loan ASB.... lagipun loan ASB nie membuatkan commitment korang nie tinggi.. yelah RM 1000 lebih sebulan... dengan installment banyak tu korang boleh beli rumah bernilai RM 200K dengan 35 tahun pembiyaan...

Bagi sesiapa yang mempunyai financial yang kukuh.. korang boleh melabur dalam kedua-duanya...lagi untung... income rumah ader income ASB pun ader... lagi pun pelaburan ASB dijamin kerajaan untuk membangunkan golongan bumiputra seperti yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah di ilhamkan leh Mantan Perdana Menteriiiiiiiiii Tun Dr. Mahathir Mohammad...

Jadi sama-samalah kita menanti pengumuman dari PNB untuk pengagihan dividen bagi tahun 2013...dari dividen tersebut jangan kita lupa untuk infak kan kepada golongan yang memerlukan......


Friday, December 13, 2013

Tranformasi Rumah Lelong

kali nie aku nak berkongsi cerita berkenaan tranformasi rumah lelong.... maknanya dari rumah lelong yang teruk lagi  kotor kita tranform kan menjadi sebuah rumah yang menarik mengikut acuan kita.... macam aku. aku suka decorate rumah yang buru tu jadi cantek... seronok bila rumah jadi lawa... padahal asal rumah tu mmg macam rumah berhantu jer..

Tujuan aku buat tranformasi rumah nie sebab utama nya nak menaikkan value rumah tersebut... dari segi sewa mahukan nilai keseluruhan rumah tersebut.... yelah.. bila korang cat balik rumah tu, cat pagar, tambah awning.... tambah tiles.... akan membuatkan rumah korang tu bertambah menarik dan menarik minat para penyewa dan pembeli...

Di sini akan akan berikan beberapa contoh penambah baikan yang akan menaikkan value rumah korang tu.. diantara benda-benda yang akan menjadi faktor utama menaikkan nilai rumah tersebut adalah..

1. Mempunyai pintu pagar automatik
2. Kitchen Cabinet
3. ada renovation
4. Tile untuk lanta
5. Pagar dari bata bata.. bagi corner lot or semi-d

 Rumah 1

Sebelum Tranformasi
 Masa mula-mula dapat..

 Keadaan dalam rumah masa bukak rumah

Barang-barang owner yang dibuang
 Kotor giler kan....

Selepas Tranformasi

Cat Baru



Kitchen Cabinet

New Grill

New look.....


 Rumah 2

Sebelum tranformasi

Mula-mula dapat.... korang nak ker rumah macam nie..

Sedang renovate

Extend sampai depan



New painting

pasang tiles

Hampir siap...

Dah nak siap....

Pasang tiles dekat car porch


Finally.... lawa x....



Masalah dengan Tenant

salam semua....

hari nie aku nak berkongsi mengenai masalah dengan tenant dan cara menangani masalah berkenaan ... di dalam bidang hartanah nie tidak semuanya indah... ada asam garam pahit manis yang kira harungi... barulah best kan... hhahahah...

Di dalam bidang hartanah nie kita tidak boleh lari dari menghadapi pelbagai masalah dan ragam manusia... terutama di dalam kita menyewakan hartanah kita kepada orang lain... di dalam menyewakan rumah kita mungkin bernasib baik dapat tenant yang baik dan mungkin dapat tenant yang memberi masalah kepada tuan rumah....antara masalah utamanya adalah tenant atau penyewa yang liat untuk membayar sewa... kadang2 tertangguh sehingga berbulan2....

Perkara begini pernah terjadi kepada diri aku sendiri..... aku pernah mendapat tenant yang bermasalah.... jenis lewat membayar sewa... berjanji dan bermacam-macam dalih dan akhir sekali tenant nie dekat setahun x bayar sewa..  setahun tu bro..... dari sini bermacam perkara aku belajar.... cara menyelesaikan masalah dengan tenant sebegini... secara tidak lansung mengambil ikhtibar.

Tenant aku nie seorang kontraktor..... family melayu..... anak ramai 4 orang.... dia selalunya bayar sewa bila dapat payment dari client... jadi bila dapat payment baru di bayar sewa... payment lambat.... lambat dia bayar.... kadang-kadang sampai 2-3 bulan.... bila dapat payment dia akan bayar terus 3 bulan... oklah.. at least dibayar.. cuma aku teruk ckit nak bayar dekat bank.. kena pakai duit aku dulu.....

 tenant aku nie kerek atau berlagak lah... sembang dia macam banyak duit and kontraktor besar.... bila cakap ngan aku pung pang pung pang.. macam dia kontraktor power... hahhahahah.. walhal aku pun dalam bidang contruction jugak.... banyak dia nak temberang.... bila berjanji cakap mcam ahli politik....  x boleh pakai..... kira ini tenant worse lah yang pernah aku jumpa.... bila call mcm2 alasan yang dia bagi... payment x dpat lagi.....  msuk hospital lah.... bermacam alasan...

Yang paling teruk sekali bila sampai 5 bulan x bayar.... bila aku sound x pernah nak angkat aku punya call.... bila aku mesej..dia reply bermacam-macam lah.... menyirap jugak lah aku... bila aku pergi rumah... xpernah ader rumah... hanya anak2 ajer ader kat rumah.... xkan nak cakap dgn anak dia kan..... budak2 tu hanya mampu smpaikan apa yang aku pesan....  bila baca apa yang dia reply. haahhaha nak gelak jugak.... yelah... apabila kita nie terlampau banyak cakap tanpa berfikir.. ianya akan menampakkan kebodohan kita.....

so bila aku tgk keadaan semakin worsed.... aku suruh dia keluar.... tp dia berdegil.... aku ckp elok2 suruh dia keluar dia xnak keluar.... jadi aku rantai rumah sewa aku.... ikutkan hati memang aku nak belasah jer tenant aku nie.. ikut pengetahuan korang tenant aku nie dah berumur 60 tahun... kesihatan x berapa baik... tapi cakap tu mmg boleh buat korang nak belasah jer.. haahahhaha.... tapi that's not the right way..... so aku wat lah report polis.... aku bgtau tenant aku nie x mau keluar......

Selepas aku tgk tenant aku nie berdegil jugak xnak keluar... jadi aku amik langkah kedua.... aku potong bekalan elektrik dan air..... sebab lagi pun nama pun atas nama aku. so aku boleh potong.... so kalau korang nak sewakan rumah korang better register api air atas nama korang.... takut nanti susah nak potong...untuk pengetahuan korang... tenant hanya boleh memohon bekalan air dan elektrik apabila dapat surat kebenaran dari owner....  selain daripada itu aku dah batalkan kad access nak masuk ke lift.... jadi susah lah dia and family dia nak keluar masuk...

aku ingat selepas baut macam itu tenant tu aku move out.... aku silap... bila aku pergi check aku tgk masih ada orang..... anak-anak dia duduk dalam gelap dgn hanya bertemankan lilin..... tampa bekalan air dan elektrik... cian aku tengok diorg... tapi nak buat mcam mana.... kena kesiankan diri aku dulu.... mesti korang tertanya-tanya macam mana ayah diorang boleh tgk anak diorg macam tu..... kalau aku x sanggup.. bila aku tanya budak2 tu mana mak ayah diorg..... diorg pun xtau... apa yang diorg bgtau aku....ayah diorg 3-4 hari baru balik... mak diorg keluar pagi balik malam.... yelah duduk rumah pun bukan leh masak pun... berbulan-bulan diorg mcam tu.. mereka boleh tahan lagi sebab condo ada toilet ngan tempat mandi dekat bawah...ada swimming  pool lagi... xder masalah.. cuma kena turun naik jelah....

aku tau mengapa mereka xnak pindah... sebab dua orang anak mereka nie akan menduduki PMR dan SPM... untuk pengetahuan korang.. sekolah anak diorg nie hanya sebelah condo aku nie jer.... jadi itu pasal diorg nie keberatan nak keluar... aku rasa diorg nak tunggu anak diorg nie habis exam dulu...  tapi tulah.. mcm mana diorg nie mak ngn ayah sanggup tgk anak diorg nie bergelap tiap-tiap malam..... kalau aku lahh x sanggup....

jadi bila aku tengok diorg nie masih berdegil xnak keluar... maka aku pun terus amik tindakan undang-undang... aku terus kol lawyer aku utk buat court order ataupun arahan mahkamah.... sebab dengan adanya tenancy agreement tu maka aku boleh ambil tindakan undang-undang... so korang.. kalau nak sewakan rumah mesti sediakan hitam putih... sebab kita x tau apa akan jadi.... mula2 tenant mmg baik ngn kita.... kita x tau apa akan jadi kemudian.... so better sediakan hitam putih... so lawyer aku pun hantar surat warning atau reminder suruh diorg bayar sewa outstanding selama 7 bulan pada masa warning tu dikeluarkan.... diberikan tempoh  14 hari sebelum wirit saman diteruskan ke mahkamah...

Selepas 14 hari xder respone maka lawyer aku terus proceed set hearing dekat mahkamh.... jadi semasa dalam proses tu aku ada kol cakap cara elok... tapi tenant aku nie naik angin cakap aku x berhati perut sebab potong beklaan air dan elektrik serta terminate kad access... aku pun sound balik sapa suruh x bayar sewa... malas aku nak layan last sekali aku cakap tunggu lah surat mahkamah... tenant aku nie dengan berlagak pun cakap xder hal see u in court... dia igt aku gertak je nak panjangkan ke mahkamah... bila lawyer aku dah dapatkan hearing di mahkamah untuk sebutan kes aku.... baru tenant aku menggelabah.... terus hantar surat untuk settlekan outstanding and keluar dari rumah aku... hahahhha tau pun takut... yelah.. bila kena panggil ke mahkamah nie pastu kena tanya dengan hakim nanti baru terketar-ketar..... jadi lawyer pun tanya aku.. aku pun xder masalah.... janji dia bayar dan yang penting keluar dari rumah aku.... so dua mintak tempoh 3 minggu utk settlekan outstanding... so lawyer aku pun cakap kalau gagal settlekan outstanding pasni terus masuk court..... sekarang nie aku tgh tunggu payment dari tenant aku tu....

so pada korang yang ada menyewakan rumah.. pertama sekali selidik dulu background bakal tenant... sebab kita nak tahu status financial dia macam mana.... kita kena select tenant yang kita rasakan sesuai untuk duduk menyewa di rumah kita nie... sebab bila kita menyewakan rumah kita nie kita akan menghadapi 1001 macam ragam manusia.... so kita kena pandai untuk mennghadapinya....  inilah asam garam bila kita invest di dalam properties nie.... ada yang indah ada yang kurang indah.... apa-apa pun kita kena bijak... jadikan sesuatu perkara itu sebagai pengalaman dan pengajarn yang berguna kepada kita untuk kita jadikan pedoman... segala masalah ada jalan penyelesaiannya.... Insha Allah....




Thursday, December 12, 2013

Cova Villa Kota Damansara

salam.......

aku minta maaf sebab lama x bukak and menulis dalam blog aku nie.... busy ckit dengan keje aku dan juga sibuk untuk siapkan assignment wife aku nie.... bila wife mintak tolong kenalah wat.... yelah nnt berkarat lak otak aku...... yelah dah lama x perah otak... lagi pun igt tahun depan nak sambung wat master pulak...... haaahhaa kira warming up dulu lah..... bila dah wat assignment nie di tambah lah pulak melayan karenah anak aku jadi kuranglah masa aku untuk mengadap pc nie.... lagipun bila aku bukak pc nie time nie lah anak aku nak mengendeng suruh bukak lagu ABC.... maklumlah anak aku baru nak kenal huruf....

bercerita pasal anak aku nie.... pada 11.12.13 genaplah anak aku 2 tahun.. diam x diam dah 2 tahun umur anak aku.... so wife aku bawa aku ngn anak ge makan steambot dekat dengan bangunan DBP..... tahun lepas pun sambut besday anak aku pun kat sini jugak..... hahhahha... macam xder tempat lain...

sebenarnya kat sini aku nak inform dekat sesapa yang berminat nak beli rumah sub-sales.... member aku seorg agent  hartanah (samalah macam aku) bgtau ada owner nak jual condo Cova Villa dekat kota damansara... dia jual below dari market price... nak jual RM 430K.. MV dalam 460K  Kiranya boleh markup loan nie.... jadi xyahlah keluar cash nak bayar 10% tu..... owner nie kira terdesak nak jual lah.... kat bawah nie detail dia...

Nama Property: Condo Cova Villa, Kota Damansara
Harga: RM 430
Keluasan : 1147 sf
Status      : Leasehold
Other : Standard ( No renovation)

So sesapa yang berminat boleh lah contact aku untuk detailnya....... kawasan nie dekar dengan SEGI College, International school dan dkt jugak nak ge the curve, Ikea dan One Utama.......




Thursday, November 21, 2013

Kalah Lelong

aku baru balik dari mahkamah untuk lelongan awam pagi tadi..... pada hari ini takla ramai sgt seperti hari sebelumnya... maybe xder unit-unit yang menarik perhatian pembida kali nie..... keadaan di persekitara mahkamah xder lah bising sangat.... 

So aku sampai dkt Ipoh High ourt dalam kol 9.15pg.. pas masuk kan bank draft dalam box aku ngn adik aku terus ge breakfast cafeteria di mahkamah majestret..... masa lepak breakfast ada member aku bgtau rumah yang aku nak bid tu dah ader 6 orang pembida termasuk aku.... aku pun dah agak dah.. sebab rumah dan kawasan hot... so kol 10.15pg aku ngn adik aku dah gerak dekat mahkamah balik... so kami dapat tau ada 12 pembida untuk rumah tu....

Jadi aku rasa peluang untuk menang tu agak tipis jugak... so cuba jer lah sampai limit yang dah aku tetapkan....mana tau boleh menangkan... RP start dari RM 170k.... dengan kenaikan RM2000 sekali bid...  bila mula jer semua angkat tangan.. dah jadi macam exercise tangan lah pulak....  dengan cepat jer harga melepasi RM 200K seperti had yg telah aku tetapkan... so aku backoff.... xnak lawan..... tinggal lah dua org brader melayu yang terus lawan... maybe diorang nie nak duduk kot.... akhirnya harga mati pada RM 224K.. dengan kenaikan sebanyak RM 54K.... dah dekat dengan market value iaitu 230K-240K... yang menang tu budak muda... maybe beli rumah pertama kot.... tp xper... org melayu kita yang menang... 

maybe xder rezeki aku kali nie.... xper..... rumah lelong sentiasa ada... cuma perlu bersabar untuk mendapatkan rumah yang harganya amat mnguntungkan.... jangan kita cari rumah yang lebih kurang harga MV.. unless kalau korang nak duduk.... kalau nak invest atau wat flipping cari ruamh yang atleast 30% dari MV....

so x dapat menang rumah jadi petang nie aku nak ge jumpa member adik aku.... bukan apa nak ge beli basikal... yelah.. dah lama x exercise..... nak kayuh basikal lak... dapat menyihatkan badan dan minda..... x dapat rumah dapat basikal pun ok lah jugak.... pasni ride survey rumah lelong naik basikal jer.... kekekekke. ok lah.... cau dulu......

Saturday, November 9, 2013

Tirai 2013

sorry lama aku x bukak blog aku ini.. seminggu dua nie busy sikit... dengan batuk dan demam.. maklumlah sekarang nie musim  orang batuk dan demam.... disamping itu aku minggu lepas baru jer mendapat anak buah baru... adik perempuan aku baru jer selamat melahirkan baby pempuan keduanya.... bertambah lah ahli keluarga dan keturunan Zamhuri & Normala...

Buat masa nie tiada listing rumah lelong yang menarik perhatian aku.... cuma next week  dengan minggu depan aku akan masuk dua bijik rumah... dua-dua double storey..  Next week untuk adik aku manakala minggu berikutnya rumah untuk aku lak... kawasan pun kawasan yang sama yang aku mentioned sebelum nie.... ini jer tempat yang menarik perhatian aku... tempat lain bukan aper.. cuma tempat-tempat nie mmg menjadi tumpuan... hot katakan...

Dalam membeli rumah lelong nie... x semestinya ada jer nak kena lelong kita masuk bid.... rumah lelong nie sentiasa ada.... jangan risau.....  setiap bulan mesti ader jer rumah yang akan dimasukkan dalam lelongan... cuma pada pihak kita nie yang kita study.... adakah rumah nie berbaloi atau x..? adakah harga rumah nie rendah ke tinggi dari market price....? kerana setiap rumah lelong harga reserved tidak sama walaupun berada dikawasan yang sama dan bentuk rumah yang sama... even sebelah menyebelah pun x sama harga... jika kita kena sabar menanti rumah yang betul2 berbaloi dan murah untuk di bid..... baru kita dapat keuntungan... objektif kita beli rumah lelong nie adalah untuk mendapat harga yang betul2 rendah dari harga pasaran... kalau lebih kurang dengan harga pasaran baik beli rumah sub-sales...

Selain daripada itu kebanyakkan orang tidak suka terlibat didalam keadaan rumah lelong yang buruk dan rosak sana rosak sini... dipenuhi dengan semak berlukar. dah macam rumah hantu... yelah rumah yang dah lama di tinggalkan.... bagi aku.. aku x kesah rumah tu buruk ker rosak ker... penuh dengan semak ker... yang penting rumah tu murah... dan juga xder orang... aku lagi suka bila ge survey sesuatu rumah lelong tu rumah tu xder orang.. biar lah rumah tu buruk... sebab  yang penting bila dah menang tu senang nak masuk... kalau ader tuan pening kepala nak halau... kalau dengar cakap xper... nie jenis sengal.. jenis buat bodoh.. dah satu hal nak cari lawyer untuk wat court order...... buang masa... so rumah yang buruk senang jer... upah orang bersih and cuci.... pastu touch up sana sikit sini sikit canteklah nanti....  lagi puas hati.. korang boleh cat dengan color yang korang suka..... aku lagi suka tengok rumah yang teruk kita transform jadi cantek hasil pilihan yang kita nak... 

kita janganlah pikir kita nak dapat rumah lelong yang tip top.... janganlah imagine rumah lelong yang kita nak tu lawa.. xyah kena repair... bukan xder rumah macam tu.. ada.... tapi bukan selalu.. kalau dapat tu adalah satu bonus.... jika korang menang rumah lelong pastu dapat perabot sekali.. itu bonus untuk korang...  korang dapat free gift.. beli rumah dapat perabot sekali.... tp jarang dapat macam tu...

Pembelian rumah lelong nie sebenarnya agak rumit bagi mereka yang tidak tahu procedure... bukan aper.. takut kena kencing dengan ulat2.... yang sentiasa mencari mangsa... aku pernah call satu agent nie.. aku call nak buktikan kat member aku mcam mana ulat nie wat duit dari orang yang tidak tahu procedure rumah lelong... aku menyamar jadi org nak beli rumah lelong nie... selalunya diorng akan letak no telefon dekat rumah yang nak kena lelong nie... so aku call lah siap loud speaker lagi...  untuk check status rumah lelong saja ulat nie charge  RM 3000. itu untuk check carian hak milik dkt pejabat tanah dan  check cukai pintu ngan cukai tanah...  pastu bila mintak POS (proclaiman of sales) dia cakap xleh bagi... untuk pengetahuan korang POS adalah percuma... xder bayaran dikenakan... lagi satu charge  yang dikenakan itu termasuk cara nak bid kat mahkamah jika lelongan itu dibuat di mahkamah.... untuk pengetahuan korang lelongan dimahkamah hanya dihadiri diri sendiri... jika x dapat dtg... hanya boleh diwakili oleh ayah, ibu, adik beradik atau suami isteri... dan mesti disertakan dengan surat pengesahan... itu belum menang ge.. bila dah menang ulat@agent nie charge ge RM 2500. itu untuk service sebab menang ngan cari lawyer and submit bank.. so semua skali sampai RM 5500.. terkejut member aku dengar... belum apa2 dah kena charge ngan agent samapi banyak tu... padahal charge yang dikenakan selalunya bawah dari RM 2K.... itu pun ikut apa service yang tawarkan.... so korang berhati-hati lah dengan ulat2 nie...

Bagi sesiapa yang berminat dengan rumah lelong... hati2 dengan agent atau ulat yang menawarkan perkhidmatan sebagai agent lelong... mereka suka mengenakan charge yang begitu tinggi dan tidak masuk akal kepada mereka yang bakal pembeli yang tidak tahu tentang selok belok rumah lelong... mintak khidmat nasihat dari mereka yang arif... 

So untuk penutup tirai tahun 2013 nie... aku akan bid dua bijik dua bijik rumah.. satu untuk adik aku dan satu lagi untuk aku sendiri.... pastu aku akan plan untuk tahun 2014... so bagi sesiapa yang nak perlukan khidmat aku membeli rumah lelong boleh lah kol aku 019-283 1245... nak khidmat nasihat aku x charge... hahha... jangan risau.... ilmu kena kongsi... ilmu milik Allah... kita umat manusia hanya menyampaikan sesama kita.... 

Wednesday, October 30, 2013

Dinner

Malam tadi wife aku ajak makan kat area tempat keje dia dkt Subang Jaya SS15... Western Food.... pastu amik dia kat tmpt keje terus ge kat tmpt tu... tmpt dia x jauh dari opis wife aku nie.... sekali sekala makan jugak lah western food nie... ubah selera ckit.... 
Sampai dalam kol 10mlm terus order... aku order chicken chop... wife aku lak x tau lak nama aper dia order nie.... not bad gak makanan kat sini.... x mahal sangat.. kira berpatutan lah jugak... orang pun ramai jugak yang datang lepak makan dekat sini... suasana pun santai.... oklahkalau yang nak lepak borak-borak sambil layan western food....





sambil makan tu usha-usha jugak agenda lelong nie... sambil lepak ngn wife aku nie sambil bukak listing rumah lelong... tgk-tgk mana tau ader prospek yang menarik... sambil-sambil tu bukak jugak paper.. byk yang cerita pasal budget 2014... aku suka baca yang ader berkenaan dengan hartanah nie.... suka baca tentang analisis yang diorg tulis dalam paper tu.... 


Rajin-rajin lah kita tgk perkembangan terkini agar kita tahu apa yang terjadi disekeliling kita.... mana tahu ianya berguna kepada diri kita....  jom layan makan dulu.........


Flipper.... oh..... Flipper...

Bila kerajaan menaikkan RPGT pada tahun 2014... ramai flipper yang panas buntot.... yelah..tinggal 2 bulan jer lagi para flipper untuk menjual rumah-rumah mereka... untuk pengetahuan korang.. flipper ini adalah orang yang membeli rumah dan menjual balik rumah tersebut dengan niat untuk mendapatkan keuntungan....

Jadi hanya tinggal dua bulan jer lagi untuk para flipper ini menjual untuk mendapatkan keuntungan.... yelah kalau tahun depan cukai dah tinggi... kurang lak untung para flipper nie... jadi untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum.... mereka ini akan cuba menjual hartanah mereka dalam dua bulan nie...  kira desperate flipper lah nie.....

So bagi yang belum ada rumah or tengah mencari rumah..inilah masanya korang membeli sebab adanya flipper-flipper yang terdesak nak let go rumah diorg..... untung-untung korang dapat beli rumah di bawah harga pasaran...yelah diorg nie msti nak untung maksima.. hahahha

Nanti korang dlam dua bulan ni boleh check kat mudah ka... dkt propwall ka..  mesti korang akan tgk banyak iklan jual rumah... nie geng2 flipper nak jual rumah nak dptkan untung..... sapa2 nak beli rumah tu boleh lah selak2 dekat internet org iklankan rumah untuk dijual... semoga hampa berjaya.....


Monday, October 28, 2013

GST

tax lagi.....sekarang hangat diperkatakan terhadap perlaksanaan GST ataupun Goverment Service Tax iaitu sebanyak 6%..  mesti ada diantara korang yg bengang dengan pelaksanaan GST nie kan... GST ini akan diguna pakai untuk menggantikan Sales & Service Tax (SST) iaitu sebanyak 10% & 6%.... Tetapi terdapat barangan dikecualikan dari dikenakan GST nie seperti barnag makanan dan barang keperluan harian....

So.. apa kena GST dengan sektor hartanah...... ramai yang mungkin ingat dengan kenaikkan harga RPGT harga rumah akan stabil..... tidak jugak... ini kerana dengan pelaksanaan GST harga rumah akan tetap naik disebabkan cukai yang dikenakan ke atas bahan mentah pembinaan... so harga rumah akan tetap naik walaupun kerajaan cuba mengawal pasarah hartanah dengan menaikkan RPGT dan juga menggantung pelaksanaan DIBS oleh pihak pemaju..




Selain daripada itu dengan meningkatkan RPGT sebenarnya tidak membantu untuk menstabilkan harga rumah.... ini kerana pasaran harga rumah bergantung kepada supply dan demand... seperti yang kita tahu demand untuk memiliki rumah sangat tinggi dan penawaran adalah kurang.... oleh demikian bila RPGT dinaikkan....pemilik rumah akan hold rumah diorang untuk mengelak dikenakan cukai.... ataupun mereka akan menaikkan harga rumah untuk menanggung RPGT nie.... so bila diorg nie hold rumah diorang... bermakna jumlah rumah untuk dijual di dalam pasaran makin berkurangan... jadi demand semakin tinggi... oleh demikian harga rumah pun akan meningkat..... untuk kawasan yang hot sudah pasti harganya akan mencanak naik.... oleh tu sebenarnya kerajaan susah untuk menstabilkan harga rumah jika supply tidak dapat menyamai demand untuk sesuatu hartanah... 

Oleh demikian.. kita kena berfikir bagaimana untuk memiliki rumah sebelum harganya naik lagi.. korang kena tahu bahawa harga hartanah tidak akan turun..... ianya sentiasa akan naik selagi ada permintaan... bagi sesiapa yang belum memiliki rumah terutama golongan muda... bangkitlah... beli rumah dulu baru beli kereta..... kereta tetap ada....  harganya akan turun tidak macam harga rumah... kereta anytime boleh beli.. tapi kalau rumah melepas.... so fikir-fikirkan lah.....

























































































































































































































































































































































Saturday, October 26, 2013

DIBS

DIBS.... pada budget 2014 kerajaan telah melarang pemaju dari melaksanakan dan menawarkan DIBS kepada pembeli rumah.. dan juga melarang pihka bank untuk membiayai pinjaman bagi pemohon yang menggunakan scheme ini.

DIBS bermaksud Develepor Interest Bearing Scheme.. ianya bermaksud pihak pemaju akan menanggung semua faedah pinjaman semasa rumah under construction. Pihak pembeli hanya perlu mula membuat bayaran installment selepas mendapat kunci... Jadi pembeli hanya keluarkan 10% downpayment sahaja. lepas rumah siap dan dapat kunci baru bayar dekat pihak bank.

Disini ianya memberi kelebihan dekat pembeli... mengapa aku cakap macam  tu.... sebabnya menguntungkan pembeli walaupun pemaju dah masukkan kos interest dalam harga rumah....  ialah.. pembeli hanya perlu mengeluarkan 10%... pastu rumah siap jer dah boleh jual balik.... sudah pasti rumah yang dibeli tu lepas 2-3 tahun dah naik harga....   jadi hanya bermodalkan 10% jer pas 2-3 tahun dah boleh untung tanpa perlu bayar faedah bulanan...... bagi yang ada modal yang banyak tu mmg akan mencari scheme DIBS nie.. sebab ianya menguntungkan... mmg boleh buat duit yang banyak.... as long as diorang nie dpt pinjaman dari bank.. mmg akan untung..

Bagi pihak pemaju pula dengan menawarkan scheme DIBS ianya akan menarik minat pembeli-pembeli dan pelabur-pelabur hartanah.... jadi ianya akan melariskan unit-unit yang dijual walaupun pihak pemaju meletakkan harga yang tinggi sedikit....  ianya merancakkan lagi pasaran hartanah... so harga pasaran hartanah akan terus meningkat..

Oleh demikian pihak kerajaan melarang DIBS ini dilaksanakan adalah untuk mengawal harga pasaran hartanah yang sememangnya sudah tidak dapat dikawal akibat dari spekulasi dan urusan jual beli hartanah yang amat tinggi. Jadi dengan larangan ini ianya dapat mengurangkan pelabur-pelabur untuk monopoli pasaran hartanah dan memberi peluang kepada individu yang tidak memiliki rumah agar dapat memilikinya. terutama golongan muda.... Pelabur-pelabur hartanah hanya membeli dan kemudiannya menjual dengan harga yang tinggi...

jadi keputusan kerajaan itu ada baik dan buruknya pada kita semua....


Friday, October 25, 2013

RPGT.... oh....RPGT

Hahahahaha.. macam mana korang.... puas hati x dengan budget yang dibentangkan pada petang tadi.... mesti ada yang suka dan ader yang duka....hahahahahah.. apa nak buat.. inilah kerajaan yang telah kita pilih untuk menguruskan negara.... so kita kena terima dengan hati yang terbuka....

Bagi pelabur-pelabur hartanah...perkara berkenaan dengan hartanah menarik tumpuan semua.... so sudah terjawab teki-teki yang bermain diminda pelabur berkenaan RPGT.... so sekarang cukai RPGT untuk keuntungan jualan rumah dinaikkan untuk 3 tahun pertama adalah dari 15% ker 30%... banyak ooooo.. kalau untung RM50k maknanya cukai yang dikenakan adalah sebanyak RM 15k.... untuk tahun ke-4 cukai RPGT dinaikkan dari 10% kepada 20% manakala cukai keuntungan jualan hartanah jika dijual di dalam tahun ke-5 dinaikkan dari 10% kepada 15%..  manakala tahun ke-6 dan seterusnya tidak dikenakan cukai.

macam ner korang.... nak simpan ke dulu rumah korang pastu lepas 5 tahun baru jual.... maybe korang ada strategi korang sendiri...  sebenarnya cukai RPGT ini boleh ditolak lagi....  dengan kos renovation dn juga kos lawyer masa korang beli rumah nie...  maksud aku bil-bil tu boleh menolong korang didalam mengurangkan cukai yang dikenakan terhadap korang....

Selain daripada itu korang boleh dikecualikan cukai RPGT sekali seumur hidup... maknanya korang boleh skip... tapi sekali jer.. so pilih rumah yang korang dapat keuntungan yang banyak dari jualan rumah kroang tu... katakan korang untung RM80k..... so cukai adalah RM 24k.... so korang mintak perlepasan cukai sebab nilai cukai yang banyak.... so pandai2 lah korang planning... bagi yang berkira2 nak simpan dulu dan pas 5 tahun baru nak jual korang bolehlah buat sewa.. but sewa mesti dapat positif income..... ianya bermaksud nilai sewa korang melebihi dari nilai korang bayar dekat  bank....

aku baru jer planning nak bid satu rumah lelong hujung bulan depan.. kalau menang memang aku nak terus lego.... aku rasa x sempat kot.... urusan jual beli rumah nie selalu memakan masa berbulan-bulan... rumahnya amat menarik...  membolehkan aku mendapat keuntungan sekurang-kurangnya RM80k ooo.... tapi x taulah macam mana.... kasi menang dulu..... 


 inilah rumah lelongyang aku nak bid 

Bomba training

Aku baru selesai menjalani latihan asas memadam kebakaran di Ibu Pejabat Bomba Pulau Pinang, di Seberang Perai. Latihan 3 hari tu yang bermula dari 22hb-24hb tu merangkumi pelbagai aspek untuk menegah kebakaran serta penerangan tugas-tugas anggota bomba yang bukan hanya memadamkan kebakaran tetapi melakukan segala bermacam tugas sehingga menyelamatkan kucing di atas pokok. Hahahah... Seperti kata seorang pegawai bomba... tugas bomba merangkumi segala aspek x kira apa jua masalah dari memdam kebakaran sehingga menyelamatkanorang yang ingin membunuh diri Itulah nama pasukan bomba pada 1997 telah ditukar kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)..

di sini aku ingin berkongsi maklumat dan ilmu dengan korang semua agar dapat membantu korang.... ianya telah disampaikan oleh anggota bomba hasil dari pengalaman mereka. ini adalah untuk mampaat kita semua...

Ianya mengenai pencegahan kebakaran di rumah.. langkah-langkah berikut telas disarankan oleh pihak bomba demi menyelamatkan nyawa dan harta bomba.... antara saranan yang diberikan oleh anggota bomba adalah seperti berikut

1. Jika tidak menggunakan dapur gas.. sila cabut injap di atas kepala gas.. tanggalkan.... ini kerana jika dibiarkan kita takut ada kebocoran yang tidak kita sedari...

2. Beli lah satu pemadam api jenis CO2 dan letakkan didalam rumah atau di dalam kenderaan... kerana ianya dapat membantu mencegah kebakaran diperingkat awal. JIka sudah bel jangan letakkan pemadam api diatas lantai.. hendalah digantungkan... pemadam api tidak akan rosak jika diletakkan didalam boot kereta didalam jangkamasa yang lama.

3. Jika anda menghisap rokok... jangan letakkan tisu atau kertas di dalam bekas abu rokok.. ini kerana perbuatan sebegini adalah salah satu punca utama berlakunya kebakaran.

4. Jangan beri atau mengajar anak menggunakan mancis dan pemetik api..

5. Jika anda berada dirumah.. sila beri pengudaraan yang baik di dalam rumah...

6. Jika berlaku kebakaran... yang paling penting bawa keluarga ketempat yang selamat walaupun kebakaran yang kecil

7.yang ini elok korang praktikkan dirumah.... jika korang sudah bekeluarga elok korang wat..  dalam tgh malam korang try menjjeri  API..API.. API dekat telinga isteri or suami korang... pastu korang tgk apa tindakan sponton dari diorg... diorg mesti akan berlari keluar dulu.. pastu baru teringatkan anak-anak and patah balik... sebab kita secara semulajadi akan menyelamatkan diri kita and kita tidak terfikir untuk menyelamatkan anggota keluarga yang lain... sebenarnya aku nak bagitau korang berbincang dengan isteri untuk melatih anak-anak korang tentang pengosongan bangunan (fire drill)... korang menjerit API... API...API dekat telinga anak-anak korang... janganlah kuat sangat... nanti jiran-jiran korang dengan pulak... diorg ingat betul-betul... hahhaha... cuba korang jerit .. tgk dekat mana diorang pergi... latih anak-anak anda supaya bila terdengar orang menjerit API..API..API. pergilah kerarah pintu dan cari pintu keluar... m

Mengikut pemeriksaan bomba kebanyakkan kanak-kanak yang menjadi mangsa kebakaran adalah kerana terperangkap didalam asap tebal....korang tau x dekat mana kebanyakkan mangsa kanak-kanak ini dijumpai. Most of them dijumpai didalam bilik air dan juga dibawah katil... x caya korang baca paper tentang kebakaran. Sebagai contoh.. peristiwa jutawan kosmestik yang kehilangan 2 org anak akibat kebakaran... mayat mereka dijumpai didalam bilik air.... dan punca kematian adalah lemas akibat asap tebal.. oleh demikian.. latih dan ajar lah anak korang tentang ini.. malang tidak berbau... harta dapat dicari.. tapi nyawa ahli keluarga tiada galang gantinya.... jadi selalulah buat seperti yang aku nyatakan diatas.. agar ianya dapat melatih anak anda andainya berlaku kebakaran....

Aku berharga tips2 pencegahan kebakaran sedikit sebanyak dapat membantu korang.... kat sini kita layan dulu gambor
 Time latihan memadam kebakaran

 Posing sekejap

 Dapat ride best nie

 Di Ibupejabat Bomba Pulau Pinang

Latihan menggunakan hos bomba

Thursday, October 24, 2013

Mapex 2013



Kepada pelabur-pelabur hartanah dan juga kepada sesiapa yang merancang untuk membeli rumah... mulai hari ini akan 25hb-27 October akan diadakan pameran hartanah di Mid Valley yang dianjurkan oleh Redha... 

Kat sana korang boleh mendpatkan info berkenaan dengan harga pasaran rumah.. kawasan yang sedang dimajukan oleh pemaju dan juga tawaran-tawaran yang diberikan oleh pemaju kepada bakal pembeli.. Selain itu korang juga boleh check limit pinjaman korang sebab dekat sana pun der pihak bank yang akan memberikan perkhidmatan...

so sesapa yang ada masa terluang... bolehl lah melapangkan diri untuk melihat pameran hartanah yang dianjurka kerana ianya memberikan banyak infomasi dkt korang.....

Budget 2014

Salam semua yeop dan yong....

Pada petang jumaat semua rakyat akan tertumpu dihadapan televison untuk menonton siaran lansung pembentangan belanjawan 2014 oleh perdana menteri... ramai yang menanti dan menunggu jika ada berita gembira buat rakyat... ramai yang mengharapkan kerajaan dapat mengurangkan cukai yang dikenakan kepada rakyat.. seperti ramai yang tahu di malaysia nie kerajaan mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat...

Bila sebut pasal budget nie... ianya tidak sah kalau x dikaitkan dengan sektor hartanah... bila pasal budget jer mesti ianya ada isu pasal hartanah... orang mesti nak tahu perkara-perkara yg ada dalam budget 2014 yang berkaitan dengan sektor hartanah... ianya mesti berkaitan dengan insentif, harga dan cukai..

seminggu dua ini banyak orang menceritakan pasal budget 2014 yang berkaitan dengan sektor hartanah... terutama tentang RPGT (real property gain tax).. ada yang mintak agar diturunkan dan ader jugak yang mintak ianya diturunkan... selain daripada ada jugak yang meminta agar insentif diberikan kepada golongan muda untuk membeli rumah pertama. Selain daripada itu ada jugak yang meminta agar golongan pendapatan sederhana dan rendah diberi keutamaan dalam pemberian kemudahan pinjaman.

Tetapi didalam banyak perkara tu kebanyakkan antara kita terutama pelabur hartanah menanti apakah keputusan kerajaan didalam menentukan cukai RPGT. Ini kerana ramai orang terutama golongan pelabur dan golongan pemaju meminta agar kadar cukai RPGT dikaji dan diturunkan.. Ini kerana semasa budget 2013 kadar RPGT telah dinaikkan dari tahun terdahulu... Ini kerana kerajaan mahu menyekat spekulasi terhadap pasaran hartanah yang menyebabkan harga melambung tinggi. Bagi pelabur dan mereka yang ingin menjual hartanah mereka, dengan cukai yang tinggi akan mengurangkan keuntungan terhadap jualan yang kurang dari 5 tahun... bagi yang belum tahun.. hartanahyang dijual selepas 5 tahun tidak dikenakan cukai oleh kerajaan.

Bagi golongan yang lain mereka berpendapat kerajaan patut menaikkan cukai RPGT kerana ianya akan mengurangkan atau mestabilkan pasaran hartanah kerana dengan kenaikkan ini urusniaga pasaran hartanah akan menurun disebabkan pelabur lebih cenderung menyimpan hartanah lebih lama untuk memaksimakan keuntungan. Dengan menurunan urusniaga hartanah secara tidak lansung mengurangkan spekulasi harga pasaran hartanah. Dengan itu harga rumah dapat dikawal dan memberi peluang kepada golongan muda dan golongan yang baru berkahwin untuk memiliki rumah....

Pada pendapat aku lah... harga rumah sukar dikawal.... biarlah banyak mana pun kerajaan meletakkan cukai terhadap penjualan rumah...pasaran hartanah akan tetap rancak... ini disebabkan permintaan terdapat hartanah sentiasa tinggi. Ini disebabkan kepadatan penduduk semakin tinggi dan kawasan semakin kurang... jadi permintaan akan melebihi penawaran. Penduduk dimalaysia ini semakin bertambah... dan setiap orang memerlukan rumah untuk berteduh.... jadi bagaimana kerajaan nak mengawal harga rumah sedangkan permintaan ruamh sentiasa tinggi walaupun ditawarkan pada harga yang tinggi.

Selain daripada itu kita kena tahu bahawa harga rumah sentiasa akan meningkat.. ianya bukan disebabkan faktor urusniaga pasaran jual beli sahaja... banyak faktor lain yang memainkan peranan terhadap kenaikan harga rumah.. diantaranya adalah kenaikan kos bahan dan kos upah... dan kos bahan meningkat disebabkan kos lain seperti kenaikkan harga petrol... semua ini berkait rapat terhadap harga sesuatu hartanah.. jika kerajaan hendak mengawal harga rumah, kerajaan erlu mengawal semua faktor yang berkaitan... so agak mustahil kan kerajaan nak mengawal faktor-faktor tersebut. so.... kita tidak ader pilihan selain merebut dan mencari peluang dengan lebih awal sebelum harga hartanah meningkat..

Aku ada terbaca satu keratan akhbar yang menarik perhatian aku tentang hartanah... President Persatuan Akuantan Malaysia ingin menyarankan kepada kerajaan  agar pinjaman perumahan dari pihak bank diberikan kepada individu untuk pembelian rumah pertama dan kedua sahaja. Bagi pembelian rumah ketiga adalah pembiayaan sendiri. Ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan muda memeliki rumah...

Aku agak kurang setuju dengan saranan berikut.... ini kerana jika korang mampu untuk membuat pinjaman teruskan membuat pinjaman... kita bukan nya orang kaya yang mamp membeli secara cash... jadi sesiapa yang mempunyai income yang tinggi bagi aku kita tidak boleh menyekat jika mereka ingin membuat pinjaman untuk pelaburan.. ini kerana mereka msaih mampu untuk membayar installment jika membuat pinjaman... lagipun syarat 70% pinjaman untuk rumah ketiga dan seterusnya sudah cukup untuk mengurangkan monopoli pelabur hartanah... jika rumah ketiga tidak diberikan pinjaman... bagaimanakah pelabur-pelabur hartanah bumiputera untuk berjaya didalam bidangini. kebanyakkan mereka mengharapkan pinjaman dari pihak bank untuk membeli hartanah..

Bagi golongan muda yang merungut kerana tidak mampu untuk membeli rumah... mereka ini ada sebenarnya mampu.... tetapi seperti entry aku sebelum nie... golongan muda kebanyakkan lebih cenderong untuk membeli kereta dari membeli rumah... mereka lebih pentingkan membeli kereta dari membeli rumah... bila mereka bekerja dan mendapat gaji... mereka ini lebih pikirkan kereta apa yang mampu mereka beli dengan gajiyang ader... bila dah gunakan kesemua gaji kearah membayar installment kereta maka xder allocation untuk pembelian rumah... selain daripada golongan muda nie kebanyyak hendak membeli rumah yang mahal seperti landed properties compare tu rumah yang murah seperti flat dan apartment kos sederhana...

Untuk membantu golongan muda untuk membeli rumah ini ada caranya... kerajaan sepatutnya menggalakkan dan menyarankan golongan ini lebih kepada membeli rumah dari membeli benda-benda lain.. selain daripada tu golongan ini patut mencari ilmu didalam pembelian hartanah ini dengan menghadiri seminar-seminar yang berkenaan dengan hartanah... Skrg ini masih kurang golongan muda yang menceburi bidang hartanah... dalam seminar yang pernah aku hadiri masih x ramai golongan ini melibatkan diri.... sepatutnya golongan ini yang mempunyai kelebihan didalam pembelian hartanah kerana masih muda... tetapi ianya sekarang ada nampak golongan muda sudah mula menceburi bidang ini....

Sebenarnya golongan muda boleh membeli hartanah....tetapi kebanyakkan mereka cakap x mampu sebab diorang di memandang hanya hartanah baru or under construction... memang diakui rumah under construction nie mahal... tetapi golongan ini boleh membeli rumah sub-sales atau rumah lelong kerana ianya menawarkan harga yang mampu dimiliki oleh golongan muda... kita kena ukur baju di badan sendiri didala membuat keputusan dalam membeli rumah... mmg kita cakap x mampu jika kita hendak beli rumah diluar kemampuan kita... beli ikut kemampuan...

oleh demikian diharap budget 2014 yang akan dibentangkan dapat memberi mamfaat kepada golongan pelabur dan juga kepada golongan muda yang belum memiliki rumah.. diharapkan win-win situation kepada semua.... diharapa kerajaan dapat memikirkan masalah rakyat didalam membentangkan budget kali ini... sama-samalah kita tunggu...

Saturday, October 19, 2013

PACG Putrajaya 2013

Hari ini aku akan mnceritakan aktiviti convoy yang telah aku pegi semalam pada 19hb Oktober 2013 seperti yang telah aku janjikan..  Tempat berkumpul geng camry kita orang adalah dekat Shell SKVE pada kol 1pm..  Bila aku sampai President Camry iaitu Joe Fandey dah sampai... aku lihat ramai jugak kelab kereta lain berkumpul dekat situ seperti Kelab Satria, Grand Livina, Evo, Estima, Waja, dan KE70.

Cuci kereta dulu...

Dataran Putrajaya. Persist 2

 lebih dari 1300 kereta yang melibatkan diri

 Tunggu crews lain dekat Sebelah Shell SKVE

 Geng2 yang terlibat

 Berkumpul dengan kelab2 lain seperti Kelab Proton Perdana

So pada kol 2.30 kita orang bergerak dekat Maep untuk berkumpul bersama geng2 kereta yang lain... samapi sana dah banyak group kereta yang menunggu.. seperti Kelab Alza, Waja, Persona, Preve, Saga, Kia Forte dan Perdana...  mmg banyak kereta yang menghadiri konvoi ini...

Pada pukul 4.30 ptg semua kereta mula bergerak ke Putrajaya... didalam konvoi ke putrajaya ada jugak berlaku kemalangan kereta sesetengah kereta mengikuti rapat kenderaan dihadapan... jadi hentam bontot lah... so kalau korang berkonvoi jangan ikut rapat2 sebab selalunya kita akan selalu membrek disebabkan barisan konvoi yang panjang serta keadaan lalu lintas... selain daripada itu ada jugak kereta yang over,, maybe kereta lama kan....

So group aku sampai di Putrajaya pada pukul 5.30... mmg sepanjang jalan di Persist dua dihadapan bangunan kementerian kewangan sudah ditutup kepada awam... semua kereta disusun atas jalan.. bayangkan lah ader lebih dari 1300 buah kenderaan... 

sampai sana perut dah lapar... selamat penganjur sudah menyediakan makanan kepada peserta.. disamping menjamu selera kami dihidangkan dengan function yang diadakan oleh Perbadanan Putrajaya yang bertindak selaku penganjur program... Banyak acara seperti persembahan artis serta cabutan nombor bertuah diadakah untuk memeriahkan suasana....

So acara tamat pada pukul 6.30 ptg.. so kami pun beredar awal dan menunaikan solat maghrib sebelum melepak minum dekat Taman Equine... dalam kol 9mlm kami pun balik sebab semua dah kepenatan.. tapi apa-apa pun memang best aktiviti yang dijalankan bersama rakan2 Kelab Toyota Camry Malaysia...



Friday, October 18, 2013

Convoy to Putrajaya (PACG) 2013

esok petang aku dan isteri akan mengikuti Kelab Kereta aku iaitu Toyota Camry Club Malaysia (TCCM) ker acara Putrajaya Autoshow, Convoy & Gathering (PACG) yang akan diadakan di Persint 2..


Aku sebagai Vice President Club kenalah hadir bagi mewakili club camry dan memeriahkan suasana.. aku mmg suka aktiviti permotoran nie...  acara ini di hadiri lebih dari 1300 buah kenderaan yang akan mewakili lebih dari 30 kelab  kereta yang terdiri daripada waja, BMW, Toyota Camry, Alphard, Caldina, Estima, Persona, Myvi, KE70, Innova, Preve dah macam2 lagi kelab...

so sesiapa yang berkelapangan boleh lah menghadiri acara tersebut yang bermula pada pukul 2.00 ptg... esok pagi kenalah basuh kereta dulu sebelum pegi.. hahahhaha... nak konvoi kereta kene bersih.... nnti aku akan updatekan aktiviti convoy untuk tatapan korang.....

CCRIS

pagi tadi aku ke pejabat developer Anyaman KGMB di Sunway Mentari, PJ untuk mengambil balik deposit sebanyak RM 3000 yang digunakan untuk booking sebuah unit double storey di Subang 2.. Project ini under Koperasi Guru Malaysia Berhad & Obor Timur Sdn Bhd. Harga untuk unit nie bermula dari RM 519K selepas diskaun sebanyak 10%. Rumah nie aku apply tanpa downpayment kerana boleh mark up loan.. jadi x perlu gunakan 10% duit kita untuk d/p sebab dapat diskaun 10%... aku dah ceritakan dekat korang dalam entry aku sebelum nie pasal diskaun....

Aku ambil balik duit deposit tu sebab loan aku x diluluskan untuk 90%.... hanya dapat 70% jer... ini disebabkan rumah ketiga... jadi kalau nak jugak aku kenakan gunakan cash untuk 20% tu.. sebab another 10% dah markup.... korang kiralah berapa jadinya.... aku kena sediakan cash sebanyak RM 102K.. mana nak cari yeopppp...... aku time tu x check aku punya status CCRIS.... rupanya aku ader joint loan rumah ngn ayah aku time 10 tahun lepas... jadi walaupun joint ia tetap dikira dalam rekod bank negara.. 

Loan nie aku combine ngan wife aku sebab for sure aku sorang memang susah nak lepas... wife aku nie mmg xder aper2 komitmen...  jadi bila combine pun pihak bank nie hanya bagi 70% sebab aku walaupun wife aku xder apa-apa pinjaman... Kalau nak suruh wife aku jer masuk loan sorang mmg x lepas....  jadi malas nak pikir panjang sangat aku stop jer niat aku untuk membeli rumah tersebut.... walaupun rumah tu menarik.. xper.. bukan rezeki aku... banyak lagi rumah menarik yag akan muncul.. InsyaAllah...

Lagi satu aku nak bagitau korang jika korang tidak pernah membuat sebarang loan or xder komitmen terhadap mana-mana loan dengan bank susah jugak... sebab korang xder rekod CCRIS dari bank negara... ini bermaksud korang xder sejarah pinjaman.. bila korang xder rekod pinjaman bank agak sukar untuk memberi pinjaman penuh... kebiasaan mereka akan memberi pinjaman sebanyak 80% sahaja.. ini kerana bank membuat pelbagai andaian terhadap korang.. maybe diorg ingat korang nie x bekerja... jadi untuk minimize risk diorang hanya bagi 80% jer.. tp ianya bergantung jugak pada budi bicara pihak bank dan bagaimana korang memberi alasan yang munasabah kepada pihak bank..... jadi bagi memudahkan aku bagi korang satu jalan bagi yang tidak pernah ada sejarah pinjaman... or tempat pernah buat loan.... korang apply satu kad kredit.... at least korang dah ader satu kad kredit nama korang ader rekod dekat bank negara... jangan korang joli pulak.... ini kerana pihak bank akan check dengan bank negara tentang rekod pinjaman korang...

Bila sebut tentang CCRIS...CCRIS nie bermaksud Central Credit Reference Information System.. pas settle ngn developer aku terus ge ke Bank Negara dekat Dataran Merdeka untuk print aku punya rekod CCRIS.. nak amik CCRIS statement nie x susah.. korang ge jer dekat KIOSK dkt ground floor masuk kan Mykad pastu thumbprint.. alah.. macam korang amik statement KWSP dkt KIOSK.. dekat statement CCRIS ianya akan menunjukkan segala  pinjaman korang... house loan, personal loan, asb loan, car loan dan credit card.. pinjam ngn ahlong xder laaaaa.. hahhaha.. semua detail ader.... termasuk jumlah amount loan.. selain daripada tu ianya juga menunjukkan performance korang didalam membayar loan korang setiap bulan.. dalam tu ada diletakkan tanda 0,1,2,3 pada tiap-tiap bulan... kalau dalam petak tu nilai 0 jer untuk tiap-tiap bulan, maknanya payment korang cantek... xder outstanding.... kalau bulan tu ader tanda 1 maknanya korang ader outstanding sebulan.... pastu next month lak naik jadi 2 maknanya dah dua bulan outstanding.... jika bulan berikutnya jadi 0 balik maknanya korang dah settlekan 2 bulan outstanding... kalau jadi 1 maknanya korang dah bayar satu bulan outstanding dan pending lagi satu bulan... selalunya bank boleh considered jika korang ader satu bulan outstanding tapi better korang settlekan... jika korang payment x cantik better korang clearkan outstanding atleast 6 bulan... sebab bank akan check rekod sekurang-kurangnya 6 bulan...

so sebelum korang nak apply aper-aper loan better korang check status CCRIS korang... kalau x naya nanti... gelah bank negara check.. klau orang perak nie susah ckit... sebab bank negara dah x beroperasi di Ipoh. Paling dekat di Kuala Lumpur  dengan Pulau Pinang... Selain daripada itu terdapat juga branch di Kuala Terengganu dan juga Johor Bahru. so korang boleh lah check.. jangan terkejut pulak berapa banyak pinjaman korang yek.. hehhehehhehehe