Sunday, July 6, 2014

Nilai hartanah pada masa hadapan

Salam satu ramadhan.. Di sini aku ingin berkongsi teknik bagaimana untuk membuat anggaran berapakah harga sesebuah hartanah di masa hadapan menggunakan teknik ‘Future Value’. Contohnya, jika anda mempunyai sebuah rumah, mungkin anda ingin tahu berapakah harga rumah yang anda miliki pada sesuatu tahun di masa hadapan.Teknik aku pelajari daripada rakan seperjuangan aku didalam bidang harta yang merupalan agent hartanah sepenuh masa.. 

 1) Untuk menganggar harga masa depan sesebuah hartanah, kita perlu mengaplikasikan teknik ‘Compounding Returns’ terhadap harga hartanah tersebut pada masa sekarang. Selain itu, teknik ini menggunakan data historikal untuk meramal harga masa hadapan sesebuah hartanah. Jadi, kita perlu tahu berapakah kadar peratusan peningkatan harga hartanah tersebut pada masa lepas, dan pada tahun bila kita mahu anggaran harga itu dibuat.

 2)Aku tidak berhajat menjelaskan formula matematik untuk membuat anggaran ini kerana menggunakan formula menerusi aplikasi ‘spreadsheet’ seperti Microsoft Excel adalah lebih mudah. Formula Microsoft Excel untuk teknik ini adalah seperti berikut: =FV(a,b,,-c) Di mana, a = Kadar peratusan peningkatan harga hartanah pada masa lepas b = Bilangan tahun dari sekarang c = Harga hartanah sekarang

 3) Sebagai contoh, jika korang memiliki sebuah rumah bernilai RM500,000 pada masa sekarang (2014) dan kadar peratusan peningkatan harga hartanah pada masa lepas ialah 10% setahun, berapakah harga hartanah tersebut pada tahun 2019? Dalam senario ini, formula Microsoft Excel korang adalah seperti berikut: =FV(10%,5,,-500000) iaitu bersamaan dengan RM805,255. Sila ambil perhatian pembolehubah ‘b’ bukanlah berbentuk tahun, tetapi tahun keberapa dimasa hadapan nilaian ini dibuat. Dalam senario ini ialah tahun kelima (2019 – 2014). 

 4) Dari formula diatas, kita dapat melihat, jika peningkatan harga rumah yang bernilai RM500,000 tersebut ialah sebanyak 10% setahun, nilai rumah pada tahun 2019 ialah sebanyak RM805,255.

 5) Tetapi menjadi persoalan, kita tahu harga hartanah yang dinilai sekarang (RM500,000), kita juga tahu pada tahun bila nilaian hendak dibuat (5 tahun dari sekarang), tetapi bagaimanakah cara kita boleh menentukan kadar peratusan peningkatan harga (pemboleh ubah ‘a’) dengan tepat?

 6) Jawapannya adalah dengan menentukannya menggunakan data historikal. Sebagai contoh, sebuah apartment siap pada tahun 2005 dengan harga buka (‘launching price’) RM200,000. Pada tahun 2014, apartment tersebut bernilai RM500,000. Daripada data ini kita boleh mengira berapakah peratusan peningkatan harga apartment tersebut dari 2005 ke 2014 menggunakan formula di bawah: =Rate(d,,e,-f) Di mana, d = Bilangan tahun ke belakang (2014 – 2005) e = Harga hartanah pada masa lepas f = Harga hartanah sekarang Dengan mengaplikasikan data dengan formula di atas, akan menghasilkan kadar peningkatan seperti berikut: =Rate(9,,200000,-500000) iaitu kadar peningkatan bersamaan dengan 11% setahun.

 7) Untuk mengumpul data historikal, aku cadangkan korang menggunakan website Propwall. Propwall mempunyai pangkalan data tentang hartanah di Lembah Klang termasuk harga buka dan keluasan sesuatu hartanah. Paparan skrin dibawah menunjukkan data untuk condominium Paramount View di Petaling Jaya. Data ini anda boleh guna untuk diaplikasikan di dalam formula di atas. Berapa nilai hartanah anda di masa depan?

 8) Pengetahuan tentang teknik ini dapat membantu kita mengolah strategi pelaburan contohnya ‘exit strategy’ atau bilakah waktu sesuai untuk kita ‘refinance’ ekuiti dari pelaburan tersebut. Ia juga mampu menilai berapakah nilai aset bersih kita di masa hadapan. Bukan itu sahaja, kita juga boleh mereka analisa sensitiviti untuk menguji nila hartanah pada kadar peningkatan peratusan yang berbeza. 

 Dengan memahami serta mempraktikkan cara pengiraan di atas diharap korang semua membuat penilaian terhadap pelaburan hartanah.. dengan cara ini korang dapat menilai hartanah yang mana satu gang dapat memberi pulangan seperti yang m3mberikan roi ataupun return of investment yanh korang inginkan.. dan dengan cara ini juga korang dapat mengabak berapakah nilai hartanah pada tahun-tahun yang mendatang. Harap korang semua dapat mempraktikkan..

Kekayaan

Assalamualaikum semua.. ari nie aju nak menceritakan sedikit tentang kekayaan.. semua orang nak kaya kan.. mesti semua orang impikan nak jadi kayakan... disini aku berikan serba sedikit makna kekayaaan.. Antara definisi mudah kekayaan adalah berapa lama kita boleh melalui kehidupan tanpa bekerja. Tiga aspek penting yang perlu diukur adalah pembelanjaan bulanan kita, liquidated asset dan pasif income. liquidated asset atau aset cairadalah wang atau aset yang mudah dicairkan seperti saham, deposit tetap dan bon yang digunakan untuk membayar pembelanjaan bulanan kita. Manakala perbelanjaan pasif adalah pendapatan yang kita peroleh walaupun telah berhenti kerja.. ada juga diantara kita mentakrifkan kekayaan apabila kita mencapai financial freedom dengan memiliki aset bersih melebihi liabiliti... 

Menurut robert kiyosaki iaitu seorg jutawan dan juga penukis buku yg selalu aku baca tentang pelaburan.. menurut beliau aset adalah suatu yang memasukkan wang kedalam poket anda manakala liabiliti atau tanggungan adalah wang yang keluar dari poket korang... menurut beliau dua perkara yanb membezakan orang kaya dengan kebanyakkan orang lain adalah pemilikan aset dan bagaimana mereka menguruskan wang... orang kaya membeli aset dan orang lain kebanyakkan membeli liabiliti yang mereka anggap sebagai aset.. kekayaan bukanlah ditentukan oleh berapa banyak wang yang kita miliki tetapi ditentukan oleh tempoh lama korang dapat bertahan hidup ditaraf kehidupan yang dijalani jika korang kehilangan pendapatan 

 FASA KEKAYAAN

 1) Stabil - kita akan mencapai kestabilan kewangan apabila berjaya mengumpul aset cair untuk menyara kehidupan paling kurang selama 6 bulan dan mempunyai insurans/takaful yang melindungi diri serta keluarga daripada risiko kurang upaya, tidak bekerja or kematian.. 

 2) Terjamin- Pendapatan pasif kita melebihi perbelanjaan bulanan paling asas. 

 3) Bebas- Pendapatan pasif kita mampu untuk menanggung cara hidup sekarang 

 4) Melimpah ruah- Pendapatan pasif kita mampu untuk menanggung cara hidup yang diadam-idamkan Setiap orang ada matlamat masing-masing... semua nak memiliki kekayaan.. level kekayaan macam mana korang nak itu adalah subjektif... bergantung kepada individu masing-masing... kita harus berusaha keras untuk mencapai matlamat tersebut.. yang penting biarlah ianya datang dari sumber yang halal serta tidak menindas orang lain terutama bangsa kita sendiri.. yang penting apa yang kita buat berlandaskan jalan yang diredhai Allah...

Wednesday, July 2, 2014

refinance 35 tahun..

Assalamualaikum.... Hari ini aku nak bercerita tentang refinancing.. tentu korang semua ramai yang dah tau tentang refinancing nie.. dan sedia maklum tentang syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh bank negara yang berkaitan dengan refinancing nie.. mulai tahun lepas bank negara telah menetapkan bahawa refinancing property hanya dibenarkan hanya selama 10 tahun.. ianya sama juga dengan personal loan yang juga hanya dibenarkan selama 10 tahun.. so jika 10 tahun jer memamng ramai diantara kita tidak akan mahu meneruskan perancangan untuk membuat refinance kerana installment bulanan yang tinggi dan termasuk moving cost lagi gang dikenakan pihak bank... dengan installment yang tinggi ini jugak akan mempengerahui kelulusan pemohonan refinance korang kerana rata-rata commitment financial korang adalah tinggi.. jadi ianya akan mempengaruhi hajat koeang nie... Aku bernasib baik sebab dapat buat refinance sebelum bank negara menguatkuasakan undang2 berkenaan dengan refinancing.. apa tujuan dan matlamat aku baut refinance telah aku ceritakan dalam entry sebelum nie... kena tahu kebaikkan dan keburukan... 

Sebenarnya dekat sini aku nak ceritakan bahawa terdapat institusi kewangan yang memberikan refinance selama 35 tahun... mungkin ada antara korang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu..... yang aku maksudkan sini bukan bank tp AIA... Sebuah institusi yang kita maklum berkaitan dengan insurans.. aku mengatakan demikian kerana semalam ada staff AIA telefon aku untuk menawarkan refinance selama 35 tahun... aku bertanya balik dekat diaorang nie bukankah refinance nie 10 tahun.. officer nie bgtau aku hanya bank jer yang termaktub dan kena follow requirement bank negara.. tetapi tidak mereka kerana mereka bukan bank.. aku pun ada dengar pasal nie seblum nie tp x go detail sebab xder terfikir nak buat refinance buat masa sekarang....

 so.. sesiapa yang teringin untuk buat refinance boleh lah bertanya pada AIA or boleh PM aku untuk mendapatkan no telefon officer tu..... nanti aku akan forwardkan kat korang... dah lulus refinance nnt janganlah korang joli katak dengam duit tu lak.. hehhehehe

new tenant

Salam semua.... Hari nie kita sudah menyambut puasa hari ke-4 dalam ramadhan tahun nie... Alhamdulillah kita diberikan nafas untuk menyambutnya sekali lagi.... semoga kita memperbanyakkan lagi amalan di dalam bulan uanh penuh barakah ini... dan semoga rezeki kita bertambah murah di dalam bulan ini... hari nie jugak aku dah selamat menyewakan rumah aku di setapak dkt warga asing... hahaha.. korang jgn ingat aku bagi sewa dkt indon ker... bangla ker.. vietnam ker.... 

Aku sebenarnya menyewakan condo aku dkt warga pakistan yang sebelum ini menetap di birmingham.uk. dia datang malaysia sebab menyambung pelajaran di peringkat master di university Islam Antarabangsa (UIA). sebulan lebih jugak lah rumah nie kosong... ramai jugak agent yang dtg view dengan tenant tp senyap jer lepas tu... bukan aper.. kebanyakkan bakal penyewa adalah dari middle east... pak2 arab ngn minah2 arab nie cerewat sikit.. nak view klcc lah.. nak view gardern lah... nak view swimming pole lah... nak langsir cantek lah... tp sewa nak murah.... diorg nie mmg cerewet.. bukan sikit cerewetnya.... so mamat pakistan nie x banyak cerewetnya... cuma mintaksewa rendah ckit dari apa yang iklankan... xperlah.. janji pakistan nie c X cerewet dan rumah aku lama x dikosongkan... dia nie akan menyewa rumah aku selama 2 tahun.... menyewa sehingga pengajian master beliau selesai....

selesai aku handover kunci aku terus balik ke rumah.. x larat oooo.. bulan posa nie tenaga pun kurang... bukan aper.. sebab panas cuaca skrg nie.., maklumlah al-nino sudah bermula.... balik rumah rehat2 sambil melihat list lelong untuk rumah yang akan di lelong di lelongtips.com... tp semenjak sebulan nie xder list2 yang menarik... semua mcam ha,peh jer... mungkin time hujung2 tahun nie baru ada list yang menarik agaknya... tunggu properties bubble dululah rasanya baru boleh jumpa hot2 properties... time bubble barulah banyak sikit list. 

Apa2 pun membeki rumah lelong nie umpama memancing... kadang2 sangkut kadang2 x... apa2 pun kita mencuba... mana tau kalau terjumpa property yg cantek... apa2 pun selamat menyambut bula ramadhan yang penuh dengan barakah ini...

Tuesday, July 1, 2014

kisah benar untuk tauladan

Salam semua...

Di sini aku nak kongsikan sebuah kisah benar yang aku baca dalam FB.. mungkin ramai diantara korang yang dah baca cerita ini.. tapi bagi sesiapa yang belum pernah atau tidak berkesempatan untuk membaca diawah ini aku kongsikan cerita tersebut... semiga kita mendapat sesuatu dan memberi kesedaran untuk kita tentang kehidupan..

Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan

Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.

Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.

Rumah agam besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.

Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.

Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

***

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.