Sunday, July 6, 2014

Kekayaan

Assalamualaikum semua.. ari nie aju nak menceritakan sedikit tentang kekayaan.. semua orang nak kaya kan.. mesti semua orang impikan nak jadi kayakan... disini aku berikan serba sedikit makna kekayaaan.. Antara definisi mudah kekayaan adalah berapa lama kita boleh melalui kehidupan tanpa bekerja. Tiga aspek penting yang perlu diukur adalah pembelanjaan bulanan kita, liquidated asset dan pasif income. liquidated asset atau aset cairadalah wang atau aset yang mudah dicairkan seperti saham, deposit tetap dan bon yang digunakan untuk membayar pembelanjaan bulanan kita. Manakala perbelanjaan pasif adalah pendapatan yang kita peroleh walaupun telah berhenti kerja.. ada juga diantara kita mentakrifkan kekayaan apabila kita mencapai financial freedom dengan memiliki aset bersih melebihi liabiliti... 

Menurut robert kiyosaki iaitu seorg jutawan dan juga penukis buku yg selalu aku baca tentang pelaburan.. menurut beliau aset adalah suatu yang memasukkan wang kedalam poket anda manakala liabiliti atau tanggungan adalah wang yang keluar dari poket korang... menurut beliau dua perkara yanb membezakan orang kaya dengan kebanyakkan orang lain adalah pemilikan aset dan bagaimana mereka menguruskan wang... orang kaya membeli aset dan orang lain kebanyakkan membeli liabiliti yang mereka anggap sebagai aset.. kekayaan bukanlah ditentukan oleh berapa banyak wang yang kita miliki tetapi ditentukan oleh tempoh lama korang dapat bertahan hidup ditaraf kehidupan yang dijalani jika korang kehilangan pendapatan 

 FASA KEKAYAAN

 1) Stabil - kita akan mencapai kestabilan kewangan apabila berjaya mengumpul aset cair untuk menyara kehidupan paling kurang selama 6 bulan dan mempunyai insurans/takaful yang melindungi diri serta keluarga daripada risiko kurang upaya, tidak bekerja or kematian.. 

 2) Terjamin- Pendapatan pasif kita melebihi perbelanjaan bulanan paling asas. 

 3) Bebas- Pendapatan pasif kita mampu untuk menanggung cara hidup sekarang 

 4) Melimpah ruah- Pendapatan pasif kita mampu untuk menanggung cara hidup yang diadam-idamkan Setiap orang ada matlamat masing-masing... semua nak memiliki kekayaan.. level kekayaan macam mana korang nak itu adalah subjektif... bergantung kepada individu masing-masing... kita harus berusaha keras untuk mencapai matlamat tersebut.. yang penting biarlah ianya datang dari sumber yang halal serta tidak menindas orang lain terutama bangsa kita sendiri.. yang penting apa yang kita buat berlandaskan jalan yang diredhai Allah...

No comments:

Post a Comment