Friday, August 15, 2014

Pelaburan Hartanah

assalamualaikum.... 

pada msa kini aku dapat perhatikan ramai orang yang sudah berminat untuk membeli rumah.. sama ada untuk duduk atau untuk pelaburan... sekurang-kurangnya kita harus memiliki sebuah rumah.. sebab apa sebab aku katakan begitu,,,, sebabnya korang nak duduk kan.. tak kan nak menyewa pulak...

sebelum ini ramai yang takut membeli lebih dari sebuah rumah kerana tidak yakin dapat menanggungnya.. ialah sebijik rumah pun susah nak bayor inikan pula dua tiga bijik.. tetapi apabila ramai yang sudah tahu dan sudah mjendalami ilmu hartanah dan serta yakin dengan pembelian hartanah ini maka ramai yang sudah berani membeli lebih dari satu rumah.... ada yang sampai 4 bijik.. yelah suami dua rumah insteri pun dua rumah..... tetapi apabila ramai yang sudah berani malangkah jauh didalam bidang hartanah ini terutamanya orang melayu, kerajaan pula melalui bank negara telah mengetatkan permohonan pinjaman serta tempoh pinjaman yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada bakal pelabur.

Di sini akan ingin menceritakan bahawa pelabur-pelabur hartanah ini membeli hartanah adalah dengan objective untuk mendapatkan keuntungan keatas hartanah tersebut.... ada tiga jenis cara atay style yang digunakan oleh pelabur untuk mendapatkan keuntungan x kiralah dengan membeli rumah lelong, sub-sales ataupun rumah under construction. 

1. Flipping
   Cara Flipping adalah pelabur membeli rumah dan hanya memegang sekejap dan terus menjual kembali untuk mendapatkan keuntungan. ini bermaksud para pelabur tidak memegang sesuatu hartanah itu lama... contohnya dengan membeli rumah lelong dan menjual kembali mengikut market value dengan niat mendapatkan keuntungan.. ianya juga boleh dilakukan dengan membeli rumah under construction dimana apabila siap pelabur terus menjualkannya.

2.  Pasif income.
  Pelabur sebegini adalah mereka membeli rumah dengan tujuan untuk disewakan dengan niat untuk mendapatkan pasif income dengan cara positif income. positif income nie bermaksud sewa yang mereka perolehi melebihi dari apa yang mereka bayar dekat bank. katakan seorang pelabur memiliki 10 hartanah dengan cash flow RM150 sebuah..maka sebulan pelabur ini mendapat keuntungan RM 1500 dari kutipan rumah sewa. untungkan.....

3. Beli dan Tunggu
Selalunya pelabur jenis ini membeli rumah dengan harga yang murah disebabkan  kawasan itu belum membangun. Tetapi pelaburan jenis ini memerlukan pelabur untuk mengjangka, survey dan menyelidik serta study kawasan tersebut. Selalunya pelabur membeli di kawasan bandar baru yang ingin dibangunkan... apabila kawasan bandar baru dibuka maka harga rumah dikawasan tersebut tidaklah mahal tetapi apabila kawasan tersebut sudah dibangunkan sepenuhnya maka harga rumah akan meningkat naik seperti di Puncak |Alam dan Nilai. So pelabur jenis ini akan memegang sesuatu hartanh unutk beberapa tahun dan apabila kawasan itu menjadi hot mereka akan menjualkannya... selalunya keuntungan yang mereka perolehi agak tinggi jugak...

so bagi sesiapa yang ingin melabur didalam hartanah ini cuba fikirkan mana satu pilihan korang.... kerana kesemua pilihan diatas adalah untuk mendapatkan keuntungan.. cuma cara melakukannya adalah berbeza... fikirkanlah yang mana sesuai dengan xara serta kewangan korang....

Tuesday, August 12, 2014

Personal Coaching Rumah Lelong di Ipoh

assalamualaikum.....

aku sering ditanya berkenaan procedure rumah lelong dan macam mana nak bid rumah lelong oleh kawan-kawan aku... ada antara mereka tahu berkenaan rumah lelong nie terutama senarionya tetapi tidak tahu lebih detail berkenaan procedure dan setiap langkah yang perlu dilakukan sebelum dah selepas lelongan....

banyak diantara mereka kurang arif tetapi berminat untuk membeli rumah lelong nie.... jadi kalau aku melepak dekat opis tu ramai lah duk tanya and meminta nasihat berkenaan cara-cara nak bid rumah.... maka aku pun yang jenis x lokek ilmu nie pun bgtau lah apa yang perlu dilakukan tetapi x secara detail lah..,sebab nanti diorg pening.. yelah dah ler baru nak dapat info tp didedahkan dengan detail mestilah peningkan... selain itu aku juga menceritakan pengalaman-pengalaman aku pergi bid, site view, jumpa tuan rumah, tuan rumah yang x mau keluar, jumpa laywer, jumpa auctioner dan macam-macam lagilah sehinggalah pengalaman memenangi rumah.... aku juga memberikan satu dua tips-tips yang boleh digunakan dalam memilih rumah yang diidamkan.... kadang2 ada juga member-member aku yang terkejut dengan tips-tips yang aku berikan... sebab tips tersebut tak seperti apa yang mereka dikirkan.... bila aku dah explain kat diorg why... so mereka baru faham... dan mereka pun tersenyum..... aku cakap kat diorang " try do not thinking as per what others people thinking.... we have a same objective with others but we need use different approach.." ini lah apa yang selalu aku beritahu diorang,..dan aku bgtau diorang bahawa beli rumah lelong nie bukan mcam beli rumah dkt tangan orang atau dari developer..... rumah lelong nie kalau kita ge bid selalunya kalah..... jarang sekali menang.. kalau menang itu adalah rezeki.... mengapa kalah...? adalah sebabnya....

Bila aku bersembang dengan diorang dah macam aku nie jadi lecturer lak atau jadi coach kat diorang... tapi aku cakap kat diorg susah nak bgtau detail sebab setiap orang ada objective tersendiri jadi bila objective setiap orang berlainan maka cara approach pun berlainan jugak... bila approach berlainan maka kena go detail untuk setiap orang faham... kiranya kena explain secara individu... jadi timbul satu idea untuk buat personal coaching... itu pun member aku cetuskan idea.... dia ckp kat aku.. " mie... ko tolong ajar aku mcam mana nak beli rumah lelong A-to-Z... dari pilih rumah sampailah apply loan dkt bank and dapatkan lawyer yang biasa dengan lelong nie.... aku bayarlah ko punya services" macam nie lah member aku bgtau kat aku... bila fikir balik ada bagus jugak apa yang member aku cakap...

So kat sini aku nak buat tawaran personal coaching berkenaan dengan rumah lelong nie kepada sesiapa yang berminat... tapi untuk lelongan dalam negeri perak sahaja terutama di kawasan ipoh dan disekitarnya... personal coaching nie adalah dari listing rumah lelong, financial status korang, kira DSR korang sehinggalah apply loan bank bila korang menang rumah leong tersebut... sekiranya rumah yang bid tu gagal, untuk bid rumah seterusnya korang x perlu bayar apa2....  kiranya dengan sekali bayaran tu servicenya adalah sehingga korang menang rumah.... x kiralah ge bid berapa kali... janji smpi menang... kira personal coaching ini adalah face-to-face and secara individu... tapi hanya kawasan perak sahaja....

Personal Coaching ini aku buat bukan aper... ianya untuk memberikan ilmu kepada individu-individu yang berminat dalam memahami selok belok rumah lelong nie... selepas mendapatkan personal coaching nie inshaAllah korang lepas tu mesti confident untuk membida rumah seterusnya.... and korang mesti confident nak ge bid seorang diri... 

ianya bukan aper...  aku selalu tengok ramai orang yang pergi bid x tahu menahu cara bid dan menyerahkan kepada agent untuk memberitahu kepada mereka cara nak bid... aku pernah tanya terutama makcik2 dan pakcik2 berapa mereka bayar dan aku pernah juga tanya kepada agent berpaa mereka caj... paling kurnag rm 2500 untuk ge bid jer... klaau menang kena bayar lagi dlm rm 3000... kena bayar sekurang-kurangnya Rm 5000++ untuk dapatkan sebijik rumah lelong... giler betul.. cekik darah.... dah ler tu diorg nie bukan mewakili seorang.. tp 4-5 orang sekali gus.... kiranya menang ker kalah ker diorg nie untung... selalunya yang buat gini kebanyakkan nye bangsa lain... orang melayu kita ada jugak... cara diorang ini yelah iklankan dekat dalam Mudah.com.my  bahawa rumah tersebut adalah untuk dijual dan kena sediakan 10% downpayment... padahal rumah tersebut  untuk dilelong.. dah lepas tu baru agent nie bgtau rumah tersebut adalah untuk dilelong... ada jugak yang terus proceed sebab dah wat bank draft dan cuba nasib mana tahu dapat.... tetapi selalunya persaingan adalah sengit dan agak susah nak menang.. dah ler kalah duit pula dah terbang....

so untuk permulaan ini aku aku memberi tawaran service yang murah kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan personal coaching dari aku... ianya dari A-Z aku ajar..... sampailah korang terer dalam bida membida nie.... so sapa yang berminat untuk personal coaching nie boleh lah menghubungi aku di 019-2831245 untuk mendapatkan lebih detail berkenaan personal coaching rumah lelong nie..... 

ok.. cau dulu... badan x berapa sehat nak berehat dulu.. hehheheheh assalamualaikum....