Saturday, January 30, 2016

Tirai 2016

assalamualaikum....

Bulan pertama tahun 2016 akan menutup tirai... bulan kedua pula yang menanti... tahun ini menggambarkan ekonomi negara yang tidak menentukan disebabkan faktor ekonomi dan jugak politik...

Bagi kita keadaan ini memberi cabaran yang besar didalam mengharungi keadaan dimana kos sara hidup yang semakin meningkat dan peluang pekerjaan yang semakin berkurangan. Ada juga company yang sudah mula menyusun semula struktur perniagaan mereka dimana ada syarikat yang mula mengurangkan pekerja dan ada juga syarikat menawarkan VSS ataupun berhenti secara sukarela dengan diberikan pampasan.
 
Dengan keadaan ini ianya banyak memberi tekanan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dan lebih lagi memberi tekanan kepada mereka yang telah diberhentikan kerja. Bagi mereka yang berkeluarga ianya lebih mengusutkan fikiran kerana banyak perkara dihintungkan dari barangn keperluan dapur hinggalah ke persekolahan anak-anak.
 
Oleh demikian, disini dirasakan kita sebagai rakyat sebagai langkah persediaan bagi menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu ini hendaklah mengurangkan perbelanjaan yang tidak berapa perlu dimana utamakan yang menjadi keperluan wajib dahulu.... kurangkan kemewahan dari segi makanan hinggalah kepada pakaian.. Banyakkan menyimpan dikala keadaan ekonomi yang sebegini. Bagi yang hendak menyimpan itu digalakkan utk menyimpan didalam unit trust @ amanah saham seperti Public Mutual ataupun CWA... Kerana didalam keadaan sekarang ini harga unit trust adalah rendah dan sangat bagus untuk dibeli. Ianya akan memberi pulangan yang menguntungkan kerana apabila ekonomi kembali pulih, nilai harga per unit pun semakin meningkat. Ianya sesuai kepada mereka yang inginkan pulangan dalam jangkamasa panjang...
 
Bagi mereka yang ingin membeli rumah.... tahun 2016 ini adalah tahun yang sangat sesuai kerana harga rumah menunjukkan tren menurun disebabkan oleh permintaan kurang berbanding dengan supply dari pemaju-pemaju hartanah. Bagi mereka yang ingin membeli rumah lelong, tahun ini tahun yang sesuai kerana semakin banyak listing rumah2 lelong yang menarik yang ada untuk di grab oleh kaki-kaki  yang inginkan rumah lelong. Tapi make sure situasi kewangan korang ni kukuh kerana bank-bank sudah mula memperketatkan permohonan membuat pinjaman terutama pinjaman berskala besar seperti pinjaman perumahan keran ingin megurangkan risiko ketidakbolehan peminjam membayaran ansuran pinjaman..
 
Oleh demikian, aku harap korang dapat menilai pembelanjaan korang pada tahun ini serta merancang kewangan korang dengan sebaik mungkin... Di harap ekonomi negara akan kembali pulih dan kehidupan kita semua menjadi ceria semula disamping keluarga tersayang.
 

Wednesday, January 13, 2016

Kos Pembaikan Rumah untuk permis apartment / kondominium

Kebanyakkan kita yang bekerja dan bermastautin di bandar-bandar besar membeli atau menyewa rumah seperti apartment dan kondominium. Dan secara tidak lansung kita merupakan pemilikan strata.

Dan apabila kita tinggal dirumah sebegini kita sering menghadapi kebocoran atau kerosakkan terutama kebocoran paip air. Kita kadang2 menerima aduan dari jiran di tingkat bawah rumah kita yang memberitahu kita bahawa ada kebocoran paip yang berpunca dari rumah kita. Ataupun kita membuat aduan kepada jiran ditingkat atas rumah kita yang menyebabkan siling rumah kita basah akibat dari kebocoran di tingkat atas.

Adakah kita kena repair sendiri kebocoran yang disebabkan oleh rumah milik kita atau pun pihak JMB yang kena repair dan siapa pula yang menanggung kos pembaikan,.... kebanyakkan pemilik rumah strata mungkin keliru tentang perkara sebegini... Oleh demikian disini aku akan terangkan serba sedikit berkenaan perkara ini.
 
Bagi rumah didalam tempoh Defect Liablity Period (DLP) segala kerosakkan adalah ditanggung oleh pihak pemaju. Selalunya tempoh DLP ini adalah selama 12 bulan selepas pihak pemilik menerima kunci rumah. jadi ianya tiada masalah bagi pemilik untuk megetahui siapa yang perlu menanggung kos tersebut
 
Yang menjadi masalah adalah apabila tempoh DLP sudah tamat dan siapa yang pula menanggung kos pembaikan. Untuk pengetahuan semua, selepas tamat DLP pihak pemaju tidak lagi bertanggungjawab didalam menguruskan serta mengawal selia bangunan tersebut tetapi ianya menjadi tanggungjawab kepada Joint Management Board (JMB). JMB tubuhkan selepas tempoh DLP pemaju tamat dan ianya dianggotai oleh wakil pihak pemaju dan wakil pemilik rumah.
 
O.K.... bagi masalah yang berkenaan dengan pembaikan atau kos kerosakkan rumah terutama kebocoran paip selepas DLP disini ada sedikit info untuk semua...  Akta Pengurusan Strata 2013 memberi legal presumption bahawa dalam kes kebocoran paip antara petak, kebocoran itu dianggap berpunca dari petak atas.  Maka pemilik petak atas perlulah mengambil langkah langkah yang wajar untuk menyiasat dan membaiki kebocoran tersebut.

JMB/ MC kena mulakan siasatan apabila terima aduan ttg kebocoran. Kalau pemilik petak atas enggan beri kerjasama dalam siasatan tersebut, mereka boleh dikenakan penalty di bawah Akta ini.
Kalau pemilik petak atas tidak puas hati dengan keputusan JMB/ MC, pemilik petak tersebut boleh bawa ke Tribunal. Tribunal akan dapatkan technical report sebagai bukti siapa bersalah dan bebanan utk penyediaan report itu adalah ke atas JMB/ MC, manakala kos ditanggung oleh pemilik petak atas jika terbukti kebocoran berpunca drp petak pemilik tersebut.
 
Jika kebocoran berpunca daripada paip yang melalui petak-petak dan paip tersebut dianggap sebagai common property, JMB/MC akan bertanggungjawab untuk baiki dengan kos ditanggung oleh JMB/ MC.