Saturday, January 30, 2016

Tirai 2016

assalamualaikum....

Bulan pertama tahun 2016 akan menutup tirai... bulan kedua pula yang menanti... tahun ini menggambarkan ekonomi negara yang tidak menentukan disebabkan faktor ekonomi dan jugak politik...

Bagi kita keadaan ini memberi cabaran yang besar didalam mengharungi keadaan dimana kos sara hidup yang semakin meningkat dan peluang pekerjaan yang semakin berkurangan. Ada juga company yang sudah mula menyusun semula struktur perniagaan mereka dimana ada syarikat yang mula mengurangkan pekerja dan ada juga syarikat menawarkan VSS ataupun berhenti secara sukarela dengan diberikan pampasan.
 
Dengan keadaan ini ianya banyak memberi tekanan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dan lebih lagi memberi tekanan kepada mereka yang telah diberhentikan kerja. Bagi mereka yang berkeluarga ianya lebih mengusutkan fikiran kerana banyak perkara dihintungkan dari barangn keperluan dapur hinggalah ke persekolahan anak-anak.
 
Oleh demikian, disini dirasakan kita sebagai rakyat sebagai langkah persediaan bagi menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu ini hendaklah mengurangkan perbelanjaan yang tidak berapa perlu dimana utamakan yang menjadi keperluan wajib dahulu.... kurangkan kemewahan dari segi makanan hinggalah kepada pakaian.. Banyakkan menyimpan dikala keadaan ekonomi yang sebegini. Bagi yang hendak menyimpan itu digalakkan utk menyimpan didalam unit trust @ amanah saham seperti Public Mutual ataupun CWA... Kerana didalam keadaan sekarang ini harga unit trust adalah rendah dan sangat bagus untuk dibeli. Ianya akan memberi pulangan yang menguntungkan kerana apabila ekonomi kembali pulih, nilai harga per unit pun semakin meningkat. Ianya sesuai kepada mereka yang inginkan pulangan dalam jangkamasa panjang...
 
Bagi mereka yang ingin membeli rumah.... tahun 2016 ini adalah tahun yang sangat sesuai kerana harga rumah menunjukkan tren menurun disebabkan oleh permintaan kurang berbanding dengan supply dari pemaju-pemaju hartanah. Bagi mereka yang ingin membeli rumah lelong, tahun ini tahun yang sesuai kerana semakin banyak listing rumah2 lelong yang menarik yang ada untuk di grab oleh kaki-kaki  yang inginkan rumah lelong. Tapi make sure situasi kewangan korang ni kukuh kerana bank-bank sudah mula memperketatkan permohonan membuat pinjaman terutama pinjaman berskala besar seperti pinjaman perumahan keran ingin megurangkan risiko ketidakbolehan peminjam membayaran ansuran pinjaman..
 
Oleh demikian, aku harap korang dapat menilai pembelanjaan korang pada tahun ini serta merancang kewangan korang dengan sebaik mungkin... Di harap ekonomi negara akan kembali pulih dan kehidupan kita semua menjadi ceria semula disamping keluarga tersayang.
 

No comments:

Post a Comment