Monday, December 23, 2013

Nak Jadi orang yang berjaya

Baru-baru nie aku ada baca satu article one of the blogger yang selalu aku kunjungi.... yelah sambil tulis blog nie sambil baca blog orang lain untuk mendapatkan ilmu pengetahuan...  xsemua aku tahu.. yelah... ada yang kita tahu ada yang kita x tahu dan perlu belajar dari orang lain.....  ilmu nie kita kena tuntut selagi terdaya.....
yang aku ingin  sini adalah coretan beliau semasa berjumpa dengan tokey al-ikhsan dimana tokey al--ikhsan nie memberikan tips2 untuk menjadi seorang yang berjaya... apa yang diberitahu oleh beliau tu memang betul dan benar...  aku pun pernah mendengar serta di beri nasihat oleh orang-orang yang telah berjaya serta dari dari ustaz2 dari ceramah mereka bagaimana hendak menjadi orang yang berjaya dunia akhirat.... mereka pun menyatakan perkara yang sama iaitu tips-tips yang diberikan oleh CEO al-ikhsan nie... 
Pertama, jangan tinggal Solat dan Amalkan apa yang ada dalam Al-Quran (selepas kita baca). Solat tiang agama. Tinggal yang tu, jangan harap Allah nak bantu kita. Quran pulak, banyak ayat-ayat yang beri dorongan, tauladan, pesanan, amaran dan janji-janji Allah untuk kita yakini setiap satunya. Allah akan permudahkan banyak urusan kita bila kita laksanakan apa yang dianjurkan olehNya.
Kedua, bagi yang masih ada Ibu, hormatilah dia semulia-mulia yang boleh. CEO Al-Ikhsan, without fail, akan singgah dulu ke rumah ibunya setiap pagi untuk mintak restu sebelum ke pejabat. Kita ada? ayo-yo…doa ibu tiada hijab atau halangan. Kalau ibu kita doakan kerja kita berjaya, insyaAllah berkat doa itulah perniagaan kita berjaya. Doa ibu akan sentiasa dimakbukan Allah... Syurga dibawah tapak kaki ibu... Ibu adalah kunci kita masuk syurga.. tanpa restu ibukita tidak akan selamat.. Jom kita ikut yop. Kalau takleh pegi rumah emak kita pasal jauh, jom kita call setiap pagi mintak restu sebelum kita masuk kerja.
Ketiga, jangan lupa Zakat dan Sedekah. Satu jariah yang kita beri akan terhasil 7 tangkai. Dari 7 tangkai terbit pulak 700 biji. Bayangkan, 700% hasilnya. Pelaburan apa yang beri pulangan sebanyak ni kat atas muka bumi ni selain zakat dan sedekah?. Sebab tu, orang Islam disuruh berzakat, sebab rezeki jadi subur dan bersih. Lagi pun dengan bersedekah dan berzakat kita membantu saudara islam kita yang memerlukan....  bukan semua harta yang kita miliki itu milik kita... sebahagian harta kita itu milik orang lain...
sama-samalah kita amalkan agar kita menjadi seorang yang berjaya dunia akhirat.. InsyaAllah....

ASNB 6.45% Dividen..

Hari nie Permodalan Nasiona Berhad telah mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 6.45%bagi pelabur yang melabur dalam Amanah Saham Nasional Berhad.. Dividen paling tinggi dalam masa 13 tahun...

macam ner nie... ASB turun ASNB lak naik.... macam leh jadi macam nie...hahahahaha.. maybe jumlah pelabur kurang berbanding dengan ASB... jadi pengagihan pendapatan dapatttttttttt diberikan pada amount yang tinggi... apa2 pun kita patut bersyukur.. ye;lah... dari x dapat lansung yekan..... setidak-tidaknya leh buat belanja anak sekolah....

Apa-apa pun tahun 2014 nie memberikan suasana mencabar kepada kita..... terutamanya rakyat malaysia kerana serbi serbi akan naik... dari BLR... tarif elektrik.. petrol.... tambang bas.... public transport... tol... GST.. RPGT... cukai pintu dan yang terbaru aku dengar Indah Water akan mengkaji semula caj yang dikenakan yang dirasakan mereka tidak sesuai dengan kos penyelenggaraan toilet korang nie.... hahhaa.. satu-satu naik... bila satu anik yang lain semua naik.....

Tahun 2014 nie akan menjanjikan kehidupan yang sedikt sukar... dengan segalanya meningkat kos sara hidup pun akan meningkat.. yang malangnya adalah kita kerana kos sara hidup tidak selari dengan pendapatan rakyat... perkara ini akan menyebabkan kadar inflasi akan meningka.. di mana harga bagi barangan akan melambung dan kuasa membeli rakyat akan menurun... ini kerana dengan berlakunya inflasi nilai wang yang kita ada tidak mampu membeli barang yg harganya meningkat naik...

Oleh demikian... kita sebagai rakyat yang lemah.... kenalah bersiap sedia menghadapi segala cabaran.... mula berjimat cermat dan membeli barangan yang dirasakan perlu....  yelah... sediakan payung sebelum hujan.... kita tidak tahu apa yang akan berlaku.... 

Bagi pelabur-pelabur pula.... terpaksalah menyusun strategi pelaburan mereka... kena lebih berati-hati didalam pebaluran mereka... maybe kena lebih berjima-jimat serta memilih pelaburan yang lebih berbaloi...

Apa-apa pun... jangan tension-tension.... bagi yang menunggu keuntungan dari pelaburan.... bersyukurlah.. masih diberkan rezeki oleh Allah yang maha Esa..... dan bersedekahlah di jalan Allah... moga rezeki yang korang dapat diberkati oleh-Nya...


Friday, December 20, 2013

ASB 7.7% + 1%




Pihak PNB telah mengumumkan dividen 7.7% dan bonus 1% aka diagihkan kepada semua pelabur didalam ASB.... menjadikan jumlah keseluruhan 8.7%....

hahahhahha... dikala semua benda makneka naik... gula naik.... minyak naik...  tarif elektrik naik... ada jugak yang turun...  rupanya ASB yang turun....  tahun lepas dapat 7.75% untuk dividen dan  + 1.15% bonus.... maknanya penurunan sebanyak 0.2%...





tapi apa-apu pun ita patut bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi.... moga pada tahun-taun yang mendatang kita akan mendapat lebih rezeki daripada-Nya... InsyaAllah.....


Thursday, December 19, 2013

Dividen ASB

Pasti ramai diantara kita tidak sabar menanti tertutupnya tirai tahun 2013 kerana tidak lama lagi pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengumumkan pengagihan dividen bagi Amanah Saham Bumiputra (ASB).. Ramai diantara kita cuba mengagak berapa % dividen yang diberikan oleh PNB.... aku tahu ramai diantara kita meramalkan PNB akan mengistiharkan pulangan dividen dan bonus at least 8% sesaham.... bagi yang mempunyai unit ASB sebanyak 200 000 unit bermakna mereka akan mendapat dividen sekurang-kurangnya RM 16 000. banyak oooo... jika dibahagikan 12 bulan korang akan dapat sebanyak 1333.00 sebulan.... banyakkan... sapa nak bagi.....tunggu setahun kan... kedebuk-kedebuk dalam RM 16K.....

Setengah daripada kita membuat pinjaman loan untuk ASB... misalnya pinjam RM 200K selama 30 tahun untuk sesiapa pinjam dari CIMB manakala 25 tahun untuk bank2 lain yang menawarkan pinjaman ASB seperti RHB dan Maybank.... ada yang di antara kawan-kawan aku yang bertanya... untung ker buat loan ASB nie.... bagi aku ianya menguntungkan tapi ianya bergantung kepada tahap financial korang.... tetapi pada asasnya menguntungkan... mengapa aku mengatakan demikian... contohnya macam aku... aku pinjam dari CIMB sebanyak RM 200 000 selama 30 tahun... sebulan aku kena bayar installment sebanyak lebih kurang 1120/month.. jadi untuk  setahun modal aku keluarkan untuk installment adalah sebanyak RM 13500. so next year aku dapat dividen sebanyak RM 16000 jika 8% dividen.... so dekat situ jer dan untung RM 2500.... so korang boleh amik RM 2500 and balance tu leh cover untuk 1 tahun punya installment dan begitulah seterusnya.... kiranya kena supper untuk 1st year tu lah..... so macam aku masa mula wat loan tu mmg ader modal... so aku terus bayar setahun punya installment untuk tahun pertama tu.... so bagi yang xder modal  tu 1st year kena ikat perut sikit lah....

Ada di antara member-member aku yang tanya... mana satu bagus invest dalam asb ker r dalam rumah.... nnt wat loan asb x lepas lak wat loan rumah... itu lah antara soalan-soalan yang singgah dekat telinga aku nie.... jawapan aku mudah saya.... ianya bergantung kepada financial korang..... kalau korang berkemampuan untuk tanggung kedua-dua sekali teruskan... tapi bagi yang kena pilih salah satu disebabkan kekangan kewangan better invest dalam rumah dahulu.. kerana ada sesetngah rumah ROI nya tinggi... ada yang samapi 15%...-20% lagipun pulangan ASB adalah lebih kurang 8% setahun dan perlu ambil masa yang konsisten...  lagipun pelaburan ASB anytime jer korang leh buat.. tetapi  untuk mendapatkan ROI yang tinggi dari pelaburan hartanah hanya kadang-kadang sahaja muncul... jadi kalau korang ini belum ada rumah better beli rumah dulu dari buat loan ASB.... lagipun loan ASB nie membuatkan commitment korang nie tinggi.. yelah RM 1000 lebih sebulan... dengan installment banyak tu korang boleh beli rumah bernilai RM 200K dengan 35 tahun pembiyaan...

Bagi sesiapa yang mempunyai financial yang kukuh.. korang boleh melabur dalam kedua-duanya...lagi untung... income rumah ader income ASB pun ader... lagi pun pelaburan ASB dijamin kerajaan untuk membangunkan golongan bumiputra seperti yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah di ilhamkan leh Mantan Perdana Menteriiiiiiiiii Tun Dr. Mahathir Mohammad...

Jadi sama-samalah kita menanti pengumuman dari PNB untuk pengagihan dividen bagi tahun 2013...dari dividen tersebut jangan kita lupa untuk infak kan kepada golongan yang memerlukan......


Friday, December 13, 2013

Tranformasi Rumah Lelong

kali nie aku nak berkongsi cerita berkenaan tranformasi rumah lelong.... maknanya dari rumah lelong yang teruk lagi  kotor kita tranform kan menjadi sebuah rumah yang menarik mengikut acuan kita.... macam aku. aku suka decorate rumah yang buru tu jadi cantek... seronok bila rumah jadi lawa... padahal asal rumah tu mmg macam rumah berhantu jer..

Tujuan aku buat tranformasi rumah nie sebab utama nya nak menaikkan value rumah tersebut... dari segi sewa mahukan nilai keseluruhan rumah tersebut.... yelah.. bila korang cat balik rumah tu, cat pagar, tambah awning.... tambah tiles.... akan membuatkan rumah korang tu bertambah menarik dan menarik minat para penyewa dan pembeli...

Di sini akan akan berikan beberapa contoh penambah baikan yang akan menaikkan value rumah korang tu.. diantara benda-benda yang akan menjadi faktor utama menaikkan nilai rumah tersebut adalah..

1. Mempunyai pintu pagar automatik
2. Kitchen Cabinet
3. ada renovation
4. Tile untuk lanta
5. Pagar dari bata bata.. bagi corner lot or semi-d

 Rumah 1

Sebelum Tranformasi
 Masa mula-mula dapat..

 Keadaan dalam rumah masa bukak rumah

Barang-barang owner yang dibuang
 Kotor giler kan....

Selepas Tranformasi

Cat Baru



Kitchen Cabinet

New Grill

New look.....


 Rumah 2

Sebelum tranformasi

Mula-mula dapat.... korang nak ker rumah macam nie..

Sedang renovate

Extend sampai depan



New painting

pasang tiles

Hampir siap...

Dah nak siap....

Pasang tiles dekat car porch


Finally.... lawa x....



Masalah dengan Tenant

salam semua....

hari nie aku nak berkongsi mengenai masalah dengan tenant dan cara menangani masalah berkenaan ... di dalam bidang hartanah nie tidak semuanya indah... ada asam garam pahit manis yang kira harungi... barulah best kan... hhahahah...

Di dalam bidang hartanah nie kita tidak boleh lari dari menghadapi pelbagai masalah dan ragam manusia... terutama di dalam kita menyewakan hartanah kita kepada orang lain... di dalam menyewakan rumah kita mungkin bernasib baik dapat tenant yang baik dan mungkin dapat tenant yang memberi masalah kepada tuan rumah....antara masalah utamanya adalah tenant atau penyewa yang liat untuk membayar sewa... kadang2 tertangguh sehingga berbulan2....

Perkara begini pernah terjadi kepada diri aku sendiri..... aku pernah mendapat tenant yang bermasalah.... jenis lewat membayar sewa... berjanji dan bermacam-macam dalih dan akhir sekali tenant nie dekat setahun x bayar sewa..  setahun tu bro..... dari sini bermacam perkara aku belajar.... cara menyelesaikan masalah dengan tenant sebegini... secara tidak lansung mengambil ikhtibar.

Tenant aku nie seorang kontraktor..... family melayu..... anak ramai 4 orang.... dia selalunya bayar sewa bila dapat payment dari client... jadi bila dapat payment baru di bayar sewa... payment lambat.... lambat dia bayar.... kadang-kadang sampai 2-3 bulan.... bila dapat payment dia akan bayar terus 3 bulan... oklah.. at least dibayar.. cuma aku teruk ckit nak bayar dekat bank.. kena pakai duit aku dulu.....

 tenant aku nie kerek atau berlagak lah... sembang dia macam banyak duit and kontraktor besar.... bila cakap ngan aku pung pang pung pang.. macam dia kontraktor power... hahhahahah.. walhal aku pun dalam bidang contruction jugak.... banyak dia nak temberang.... bila berjanji cakap mcam ahli politik....  x boleh pakai..... kira ini tenant worse lah yang pernah aku jumpa.... bila call mcm2 alasan yang dia bagi... payment x dpat lagi.....  msuk hospital lah.... bermacam alasan...

Yang paling teruk sekali bila sampai 5 bulan x bayar.... bila aku sound x pernah nak angkat aku punya call.... bila aku mesej..dia reply bermacam-macam lah.... menyirap jugak lah aku... bila aku pergi rumah... xpernah ader rumah... hanya anak2 ajer ader kat rumah.... xkan nak cakap dgn anak dia kan..... budak2 tu hanya mampu smpaikan apa yang aku pesan....  bila baca apa yang dia reply. haahhaha nak gelak jugak.... yelah... apabila kita nie terlampau banyak cakap tanpa berfikir.. ianya akan menampakkan kebodohan kita.....

so bila aku tgk keadaan semakin worsed.... aku suruh dia keluar.... tp dia berdegil.... aku ckp elok2 suruh dia keluar dia xnak keluar.... jadi aku rantai rumah sewa aku.... ikutkan hati memang aku nak belasah jer tenant aku nie.. ikut pengetahuan korang tenant aku nie dah berumur 60 tahun... kesihatan x berapa baik... tapi cakap tu mmg boleh buat korang nak belasah jer.. haahahhaha.... tapi that's not the right way..... so aku wat lah report polis.... aku bgtau tenant aku nie x mau keluar......

Selepas aku tgk tenant aku nie berdegil jugak xnak keluar... jadi aku amik langkah kedua.... aku potong bekalan elektrik dan air..... sebab lagi pun nama pun atas nama aku. so aku boleh potong.... so kalau korang nak sewakan rumah korang better register api air atas nama korang.... takut nanti susah nak potong...untuk pengetahuan korang... tenant hanya boleh memohon bekalan air dan elektrik apabila dapat surat kebenaran dari owner....  selain daripada itu aku dah batalkan kad access nak masuk ke lift.... jadi susah lah dia and family dia nak keluar masuk...

aku ingat selepas baut macam itu tenant tu aku move out.... aku silap... bila aku pergi check aku tgk masih ada orang..... anak-anak dia duduk dalam gelap dgn hanya bertemankan lilin..... tampa bekalan air dan elektrik... cian aku tengok diorg... tapi nak buat mcam mana.... kena kesiankan diri aku dulu.... mesti korang tertanya-tanya macam mana ayah diorang boleh tgk anak diorg macam tu..... kalau aku x sanggup.. bila aku tanya budak2 tu mana mak ayah diorg..... diorg pun xtau... apa yang diorg bgtau aku....ayah diorg 3-4 hari baru balik... mak diorg keluar pagi balik malam.... yelah duduk rumah pun bukan leh masak pun... berbulan-bulan diorg mcam tu.. mereka boleh tahan lagi sebab condo ada toilet ngan tempat mandi dekat bawah...ada swimming  pool lagi... xder masalah.. cuma kena turun naik jelah....

aku tau mengapa mereka xnak pindah... sebab dua orang anak mereka nie akan menduduki PMR dan SPM... untuk pengetahuan korang.. sekolah anak diorg nie hanya sebelah condo aku nie jer.... jadi itu pasal diorg nie keberatan nak keluar... aku rasa diorg nak tunggu anak diorg nie habis exam dulu...  tapi tulah.. mcm mana diorg nie mak ngn ayah sanggup tgk anak diorg nie bergelap tiap-tiap malam..... kalau aku lahh x sanggup....

jadi bila aku tengok diorg nie masih berdegil xnak keluar... maka aku pun terus amik tindakan undang-undang... aku terus kol lawyer aku utk buat court order ataupun arahan mahkamah.... sebab dengan adanya tenancy agreement tu maka aku boleh ambil tindakan undang-undang... so korang.. kalau nak sewakan rumah mesti sediakan hitam putih... sebab kita x tau apa akan jadi.... mula2 tenant mmg baik ngn kita.... kita x tau apa akan jadi kemudian.... so better sediakan hitam putih... so lawyer aku pun hantar surat warning atau reminder suruh diorg bayar sewa outstanding selama 7 bulan pada masa warning tu dikeluarkan.... diberikan tempoh  14 hari sebelum wirit saman diteruskan ke mahkamah...

Selepas 14 hari xder respone maka lawyer aku terus proceed set hearing dekat mahkamh.... jadi semasa dalam proses tu aku ada kol cakap cara elok... tapi tenant aku nie naik angin cakap aku x berhati perut sebab potong beklaan air dan elektrik serta terminate kad access... aku pun sound balik sapa suruh x bayar sewa... malas aku nak layan last sekali aku cakap tunggu lah surat mahkamah... tenant aku nie dengan berlagak pun cakap xder hal see u in court... dia igt aku gertak je nak panjangkan ke mahkamah... bila lawyer aku dah dapatkan hearing di mahkamah untuk sebutan kes aku.... baru tenant aku menggelabah.... terus hantar surat untuk settlekan outstanding and keluar dari rumah aku... hahahhha tau pun takut... yelah.. bila kena panggil ke mahkamah nie pastu kena tanya dengan hakim nanti baru terketar-ketar..... jadi lawyer pun tanya aku.. aku pun xder masalah.... janji dia bayar dan yang penting keluar dari rumah aku.... so dua mintak tempoh 3 minggu utk settlekan outstanding... so lawyer aku pun cakap kalau gagal settlekan outstanding pasni terus masuk court..... sekarang nie aku tgh tunggu payment dari tenant aku tu....

so pada korang yang ada menyewakan rumah.. pertama sekali selidik dulu background bakal tenant... sebab kita nak tahu status financial dia macam mana.... kita kena select tenant yang kita rasakan sesuai untuk duduk menyewa di rumah kita nie... sebab bila kita menyewakan rumah kita nie kita akan menghadapi 1001 macam ragam manusia.... so kita kena pandai untuk mennghadapinya....  inilah asam garam bila kita invest di dalam properties nie.... ada yang indah ada yang kurang indah.... apa-apa pun kita kena bijak... jadikan sesuatu perkara itu sebagai pengalaman dan pengajarn yang berguna kepada kita untuk kita jadikan pedoman... segala masalah ada jalan penyelesaiannya.... Insha Allah....




Thursday, December 12, 2013

Cova Villa Kota Damansara

salam.......

aku minta maaf sebab lama x bukak and menulis dalam blog aku nie.... busy ckit dengan keje aku dan juga sibuk untuk siapkan assignment wife aku nie.... bila wife mintak tolong kenalah wat.... yelah nnt berkarat lak otak aku...... yelah dah lama x perah otak... lagi pun igt tahun depan nak sambung wat master pulak...... haaahhaa kira warming up dulu lah..... bila dah wat assignment nie di tambah lah pulak melayan karenah anak aku jadi kuranglah masa aku untuk mengadap pc nie.... lagipun bila aku bukak pc nie time nie lah anak aku nak mengendeng suruh bukak lagu ABC.... maklumlah anak aku baru nak kenal huruf....

bercerita pasal anak aku nie.... pada 11.12.13 genaplah anak aku 2 tahun.. diam x diam dah 2 tahun umur anak aku.... so wife aku bawa aku ngn anak ge makan steambot dekat dengan bangunan DBP..... tahun lepas pun sambut besday anak aku pun kat sini jugak..... hahhahha... macam xder tempat lain...

sebenarnya kat sini aku nak inform dekat sesapa yang berminat nak beli rumah sub-sales.... member aku seorg agent  hartanah (samalah macam aku) bgtau ada owner nak jual condo Cova Villa dekat kota damansara... dia jual below dari market price... nak jual RM 430K.. MV dalam 460K  Kiranya boleh markup loan nie.... jadi xyahlah keluar cash nak bayar 10% tu..... owner nie kira terdesak nak jual lah.... kat bawah nie detail dia...

Nama Property: Condo Cova Villa, Kota Damansara
Harga: RM 430
Keluasan : 1147 sf
Status      : Leasehold
Other : Standard ( No renovation)

So sesapa yang berminat boleh lah contact aku untuk detailnya....... kawasan nie dekar dengan SEGI College, International school dan dkt jugak nak ge the curve, Ikea dan One Utama.......