Thursday, December 19, 2013

Dividen ASB

Pasti ramai diantara kita tidak sabar menanti tertutupnya tirai tahun 2013 kerana tidak lama lagi pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengumumkan pengagihan dividen bagi Amanah Saham Bumiputra (ASB).. Ramai diantara kita cuba mengagak berapa % dividen yang diberikan oleh PNB.... aku tahu ramai diantara kita meramalkan PNB akan mengistiharkan pulangan dividen dan bonus at least 8% sesaham.... bagi yang mempunyai unit ASB sebanyak 200 000 unit bermakna mereka akan mendapat dividen sekurang-kurangnya RM 16 000. banyak oooo... jika dibahagikan 12 bulan korang akan dapat sebanyak 1333.00 sebulan.... banyakkan... sapa nak bagi.....tunggu setahun kan... kedebuk-kedebuk dalam RM 16K.....

Setengah daripada kita membuat pinjaman loan untuk ASB... misalnya pinjam RM 200K selama 30 tahun untuk sesiapa pinjam dari CIMB manakala 25 tahun untuk bank2 lain yang menawarkan pinjaman ASB seperti RHB dan Maybank.... ada yang di antara kawan-kawan aku yang bertanya... untung ker buat loan ASB nie.... bagi aku ianya menguntungkan tapi ianya bergantung kepada tahap financial korang.... tetapi pada asasnya menguntungkan... mengapa aku mengatakan demikian... contohnya macam aku... aku pinjam dari CIMB sebanyak RM 200 000 selama 30 tahun... sebulan aku kena bayar installment sebanyak lebih kurang 1120/month.. jadi untuk  setahun modal aku keluarkan untuk installment adalah sebanyak RM 13500. so next year aku dapat dividen sebanyak RM 16000 jika 8% dividen.... so dekat situ jer dan untung RM 2500.... so korang boleh amik RM 2500 and balance tu leh cover untuk 1 tahun punya installment dan begitulah seterusnya.... kiranya kena supper untuk 1st year tu lah..... so macam aku masa mula wat loan tu mmg ader modal... so aku terus bayar setahun punya installment untuk tahun pertama tu.... so bagi yang xder modal  tu 1st year kena ikat perut sikit lah....

Ada di antara member-member aku yang tanya... mana satu bagus invest dalam asb ker r dalam rumah.... nnt wat loan asb x lepas lak wat loan rumah... itu lah antara soalan-soalan yang singgah dekat telinga aku nie.... jawapan aku mudah saya.... ianya bergantung kepada financial korang..... kalau korang berkemampuan untuk tanggung kedua-dua sekali teruskan... tapi bagi yang kena pilih salah satu disebabkan kekangan kewangan better invest dalam rumah dahulu.. kerana ada sesetngah rumah ROI nya tinggi... ada yang samapi 15%...-20% lagipun pulangan ASB adalah lebih kurang 8% setahun dan perlu ambil masa yang konsisten...  lagipun pelaburan ASB anytime jer korang leh buat.. tetapi  untuk mendapatkan ROI yang tinggi dari pelaburan hartanah hanya kadang-kadang sahaja muncul... jadi kalau korang ini belum ada rumah better beli rumah dulu dari buat loan ASB.... lagipun loan ASB nie membuatkan commitment korang nie tinggi.. yelah RM 1000 lebih sebulan... dengan installment banyak tu korang boleh beli rumah bernilai RM 200K dengan 35 tahun pembiyaan...

Bagi sesiapa yang mempunyai financial yang kukuh.. korang boleh melabur dalam kedua-duanya...lagi untung... income rumah ader income ASB pun ader... lagi pun pelaburan ASB dijamin kerajaan untuk membangunkan golongan bumiputra seperti yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah di ilhamkan leh Mantan Perdana Menteriiiiiiiiii Tun Dr. Mahathir Mohammad...

Jadi sama-samalah kita menanti pengumuman dari PNB untuk pengagihan dividen bagi tahun 2013...dari dividen tersebut jangan kita lupa untuk infak kan kepada golongan yang memerlukan......


No comments:

Post a Comment