Monday, December 23, 2013

Nak Jadi orang yang berjaya

Baru-baru nie aku ada baca satu article one of the blogger yang selalu aku kunjungi.... yelah sambil tulis blog nie sambil baca blog orang lain untuk mendapatkan ilmu pengetahuan...  xsemua aku tahu.. yelah... ada yang kita tahu ada yang kita x tahu dan perlu belajar dari orang lain.....  ilmu nie kita kena tuntut selagi terdaya.....
yang aku ingin  sini adalah coretan beliau semasa berjumpa dengan tokey al-ikhsan dimana tokey al--ikhsan nie memberikan tips2 untuk menjadi seorang yang berjaya... apa yang diberitahu oleh beliau tu memang betul dan benar...  aku pun pernah mendengar serta di beri nasihat oleh orang-orang yang telah berjaya serta dari dari ustaz2 dari ceramah mereka bagaimana hendak menjadi orang yang berjaya dunia akhirat.... mereka pun menyatakan perkara yang sama iaitu tips-tips yang diberikan oleh CEO al-ikhsan nie... 
Pertama, jangan tinggal Solat dan Amalkan apa yang ada dalam Al-Quran (selepas kita baca). Solat tiang agama. Tinggal yang tu, jangan harap Allah nak bantu kita. Quran pulak, banyak ayat-ayat yang beri dorongan, tauladan, pesanan, amaran dan janji-janji Allah untuk kita yakini setiap satunya. Allah akan permudahkan banyak urusan kita bila kita laksanakan apa yang dianjurkan olehNya.
Kedua, bagi yang masih ada Ibu, hormatilah dia semulia-mulia yang boleh. CEO Al-Ikhsan, without fail, akan singgah dulu ke rumah ibunya setiap pagi untuk mintak restu sebelum ke pejabat. Kita ada? ayo-yo…doa ibu tiada hijab atau halangan. Kalau ibu kita doakan kerja kita berjaya, insyaAllah berkat doa itulah perniagaan kita berjaya. Doa ibu akan sentiasa dimakbukan Allah... Syurga dibawah tapak kaki ibu... Ibu adalah kunci kita masuk syurga.. tanpa restu ibukita tidak akan selamat.. Jom kita ikut yop. Kalau takleh pegi rumah emak kita pasal jauh, jom kita call setiap pagi mintak restu sebelum kita masuk kerja.
Ketiga, jangan lupa Zakat dan Sedekah. Satu jariah yang kita beri akan terhasil 7 tangkai. Dari 7 tangkai terbit pulak 700 biji. Bayangkan, 700% hasilnya. Pelaburan apa yang beri pulangan sebanyak ni kat atas muka bumi ni selain zakat dan sedekah?. Sebab tu, orang Islam disuruh berzakat, sebab rezeki jadi subur dan bersih. Lagi pun dengan bersedekah dan berzakat kita membantu saudara islam kita yang memerlukan....  bukan semua harta yang kita miliki itu milik kita... sebahagian harta kita itu milik orang lain...
sama-samalah kita amalkan agar kita menjadi seorang yang berjaya dunia akhirat.. InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment