Wednesday, March 19, 2014

Loan oh Loan....

Hari nie officer bank CIMB telefon aku... dia bagitau " Abang Zuraimy... loan ASB abang dah lulus.. nanti saya pos document".. macam tu lah perbualan telefon antara awek bank dengan aku.... untuk pengetahuan korang aku telah apply loan asb untuk amaunt ebanyak 50K... sebelum nie aku telah apply 200K.. jadi keseluruhan loan aku adalah RM 250K..... kalau tahun depan dapat 8% lagi ada lah untung lebih ckit.... harap tahun depan dividen dapat tinggi sikit....

Aku apply loan bank nie di CIMB Bank Jalan Tun sambathan berhampiran dengan padang Ipoh... Aku sebenarnya banyak berurusan di Bank CIMB cawangan ini kerana semua loan rumah aku apply dekat sini... aku juga membuka akaun semasa pun di branch ini.... jadi sudah tentu officer bank nie memang aku kenal.. Dekat sini aku mendapat layanan yang agak special jugak..mana taknya.. bila aku hendak berurusan di kaunter, tetapi kaunter penuh.. si Aini Officer nie akan bawa aku ke tempat kaunter VIP....  dimana costumer penting sahaja dibenarkan masuk.... best betul dapat layanan sebegini..... cepat dan pantas... selain daripada tu juga aku jumpa dengan Aini nie memang berjam lah aku bersembang dengan dia....

Disini sebenarnya aku nak ceritakan bagaimana loan aku lulus dengan begitu cepat sekali tanpa masalah... kalau ikutkan mmg dah high commitment dah.. jika dibandingkan income dan pembelanjaan aku... kiranya DSR aku tinggi lah... tapi aku tahu teknik mengurangkan DSR dan memudahkan loan aku lulus.... aku ada ceritakan pada entry sebelum nie....

Padanya mulanya Aini nie dulu terkejut bila aku nak apply loan ASB nie sebab kalau ikutkan gaji aku dengan semua pembelanjaan aku mmg negatif lah... Aini nie cakap " bang... saya tgk memang abg punya x lepas sebab pembelanjaan lebih dari income....." lalu aku hulurkan kesemua tenancy agreement yang aku ada... bila aku dah bagi dia calculate memang lepas... dia pun bagitau.. " bang... kalau macam nie memang mantap.. sure lepas.... lagi pun payment abang ngan bank semua cantek...."  begitu lah apa yang Aini nie cakap ngn aku....

Untuk memudahkan loan korang nie lulus, korang kena berdisplin.... make sure rekod korang cantek... bayar loan ontime... jangan ada outstanding.... or lambat bayar... bank akan review history payment korang dekat CCRIS.... jadi x guna jugak kalau korang adjust tenancy agreement tapi payment korang tak cantek.. untuk senang lulus loan korang kena berdisplin... itu kunci nya.... jika korang nak tahu lebih lanjut cara mudah lulus pinjaman sila korang baca entry aku sebelum nie.. semoga  korang mempraktikkan nya...

Tuesday, March 18, 2014

lawatan rumah lelong

di sini aku ingin berkongi pengalaman aku di dalam bidang hartanah lelong nie.... pengalaman ketika membuat lawatan ke rumah lelong nie.. tujuan aku untuk melihat sendiri keadaan sesuatu rumah lelong. pengalaman yang aku nak nyatakan di sini ialah ketika melawat rumah jika rumah yang kena lelong itu ada penghuni.. x kisah lah penyewa atau pemilik rumah terebut.

aku sebenarnya seronok bersembang dengan diorg nie.... bukan apa.. seronok mengetahui sebab musabab rumah mereka ini kena lelong.... kebanyakkan nya sudi berkongsi cerita mengapa mereka tidak boleh membayar kepada pihak bank... tetapi ada jugak yang tidak keluar bila diberi salam... sebenarnya bukan apa... sekadar mencari iktibar untuk diri aku supaya tidak leka dan beringat di masa hadapan. tidak mustahil diri kita juga suatu hari nanti sebegitu jika tidak berhati-hati.

contoh nya aku pergi ke satu rumah nie di Bandar Meru Raya... selalunya bila aku dtg aku akan bertanya ke jiran sebelah dulu... sebab nak tahu sapa yang duduk rumah tu... tuan rumah or penyewa... jadi jiran nie bgtau owner duduk... jadi bila duk sembang ngan jiran nie tuan rumah yang rumah nak kena lelong nie keluar. rupanya pakcik dlm lingkungan dkt 60thn... pesara guru... dia terkejut yang aku tahu rumah dia kena lelong.. dia dia jugak terkejut aku tahu nama dia... hahhaha.. biasalah dalam lelongtips semua ada detail... jadi dia bgtau aku dia baru dua bulan jer x bayar intallment... itu pun sebab ge umrah katanya... hahhaha.. aku pun angguk jelah.. xkan ge umrah dua bulan pakcik ooi.. hahhaha... lagi satu selalunya rumah nie di lelong jika outstanding dengan bank dah dkt 2 tahun x bayar.... dua bulan x der nye kena lelong.... b

ada jugak yang aku ge rumah x mau keluar... dah bagi salam tp x kuar.. kebanyakkan tuan rumah tau kebanyakkan yang datang adalah orang yang berminat hendak membida rumah tersebut... jadi tuan tu xmau keluar.. just bgtau dari dalam rumah bahawa diorg dah settlekan outstanding... tp sebenarnya x settle pun.... biasalah owner xnak bagi orang lain membeli rumah mereka.

Kebanyakkan yang aku tanya mengapa rumah mereka kena lelong.. rata-rata diantara mereka menyatakan mereka memiliki masalah kewangan.... telah diberhentikan kerja.. mungkin berhenti disebabkan sakit or xcident.... x memiliki kerja yang tetap.... ada yang dkt dua tahun setengah x bayar...

ada satu brader nie aku ge tanya rumah dia nk kena lelong.. dia cakap mmg tahu rumah dia nak kena lelong.. masuk nie dah tiga kali katanya..... tapi brader nie dgn berlagak cakap dia mmg xkan keluar dari rumah nie and dia akan cuba bayar oustanding yang dah dua tahun stgh x bayar nie.... cara dia ckp ngn aku tu ada ego ckit lah.. biasalah... sebelum tu dia dah bgtau aku bahawa dia mmg x keje... hahhaha..d ah x keje mcm mana dia nak bayar... pastu aku ckp kat dia... "bang.. kalau pembida yang menang tu buat couirt order abg kena keluar..." baru dia terdiam bila aku ckp mcm tu...

Kadang-kadang akan kesian jugak tgk mereka ini.... yelah.... rumah nak kena jual.. mana-mana family mereka nak duduk... kalau bujang xperlah.... kalau yang ramai anak tu.... yelah... rumah kediaman adalah satu perkara asas yang patut ada.... bila lihat perkara sebegini aku selalu mengigatkan diri ku agar bersedia serta menyediakan kewangan yang cukup untuk aku serta family yang mungkin digunakan semasa kecemasan dan saat yang memerlukan... yelah langit x selalu cerah.. kena sediakan payung sebelum hujan....
didalam kita merancang serta membelanjakan wang yang kita perolehi, kita harus menyimpan untuk keadaan yang tidak diduga.... umpanya menyimpan 10% dari gaji yang kita perolehi... kita tidak akan maju kehadapan jika kita tidak lansung menyimpan wang untuk kegunaan di masa susah dan untuk kegunaan di masa hadapan....

Saturday, March 8, 2014

location.. location.. location...

salam...

Di dalam pelaburan hartanah nie apa yang paling penting kita mestilah adalah ilmu... apabila kita ada ilmu berkenaan dengan hartanah mudah bagi kita mengawal risiko dan paling penting mengelakkan kerugian... pelaburan hartanah adalah satu pelaburan yang sudah terbukti mengutungkan tetapi ianya merupakan pelaburan jangka panjang.... mengapa aku katakan jangka panjang.. sebabnya dengan kekangan dan peraturan baru yang lebih ketat dari bank negara dan juga pihak kerajaan... maka kebanyakkan pelabur hartanah terpaksa menyusun kembali pelaburan serta memegang sesuatu hartanah dengan lebih lama.. paling cepat pun sekurang-kurangnya tiga tahun....

Sebelum ini ramai yang bertanya dengan aku kawasan mana yang elok untuk melabur.. sini ok x... dekat sini ok x.. dekat sana ok x...  mcm mana dekat sini... sebelah sana ok x... mereka yang ebrtanya tidak pasti kawasan yang mereka hendak laburkan.... Di dalam pelaburan hartanah perkara yang paling penting adalah lokasi.. lokasi.. lokasi..... ini lah yang paling penting didalam menentukan berbaloinya melabur di dalam bidang hartanah nie....  ianya juga menentukan berapa besar keuntungan yang diperolehi di dalam pelaburan hartanah... jika anda melabur di kawasan yang strategik... pelaburan anda memberi pulangan yang lumayan... jika korang melabur ditempat yang kurang strategik ianya mungkin akan merugikan or nilai kenaikan pelaburan sesuatu hartanah itu perlahan... ataupun statik.....

Sebagai contoh.. aku ada sebuah condo yang aku beli di setapak iaitu PV8 dari Paltinum Victory sebagai pemaju.... masa aku beli pada 2009 harganya 315K.... dan kita pada tahun 2014 harganya  mencecah 700k.. kenaikan lebih dari 100%... ROI melebihi 20% setahun.... yang paling penting korang mesti tahu dengan lebih mendalam kawasan yang korang melabur... jika salah pilih seperti pembeli hartanah di bukit beruntung dan sungai buaya.... nmaa jer bukit beruntung tetapi tak untung pun.... banyak rumah terbiar.... nak bagi sewa pun susah.. kebanyakkan pembeli dan penyewa adalah pekerja Perodua... bagi yang membeli untuk melabur... terpaksa membayar installment tanpa mendapat return hasil dari pelaburan mereka.... ialah kurang permintaan...

seperti apa yang aku bgtau korang sebelum ini,... kebayakkan lokasi yang hot adalah lokasi yang mempunyai
1. Public transport
2. bangunan kerajaan, hospital, sekolah dan university
3. Petrol Pump, rumah kedai dan bank
4. Highway

oleh demikian.... aku nasihat bagi mereka yang ingin menceburi bidang hartanah ini.... korang hendaklah study kawasan yang korang rasa hendak invest tu... study development yg dah ada ataupun ada akan dibangunkan.. itu adalah penting yang akan memberikan kesan terhadap pelaburan korang... jadilah peabur yang bijak....

Monday, March 3, 2014

Kalah lagi

Asslalamualaikum...

sorry lama x update blog aku nie.... busy ckit dan juga masalah dengan perkhidmatan internet.... lagi pun xder cerita yang menarik yang nak aku kongsikan.... nnt cerita perkara yang dah lapok boring lak korang.....

Last week hari khamis aku ada bid satu rumah lelong dekat high court... tp sebenarnya bukan aku yang bid tapi member JV aku.... kiranya aku JV dengan member aku nie.. maknanya pakai loan dia lah.... so dia lah yang kena attend dkt high court Ipoh..... modal utk 10% deposit guna duit aku lah... kiranya aku yang keluar modal...

member aku nie dok dkt kl... so pagi khamis dia gerak dari kajang.... igtkan dia naik ETS.. sebab naik keretapi senang.... sebab station keretapi ipoh nie depan ipoh high court jer..... pagi dalam kol 8.30 setengah dia call aku ckp dia baru lepas tol jalan duta.... rupanya naik kereta... dia bgtau jalan nak ge KL sentral jammed... aku cakap gilerr ler bro...bidding time start 10.30pg..... takut kes panggil dulu jer.. naya.... last2 aku sound kat member aku nie.... ko kena bawak paling slow 150km/h.. klaau x lewat...
akhirnya dia sampai jugak kol 10.30pg itu pun siap kena saman AES lagi.. auctioneer pulak dah call 4-5 kali sebab sebutan kes no2.... aku pulak masa menunggu member aku nie aku dah check rupanya ada 4 pembida termasuk kita orang... 2 orang pembida tu aku kenal dan aku dah kautim dengan diorang... cuma sorang lagi aku x jumpa... auctioneer pulak xnak bagitau sapa sorang lagi.... time panggil masuk bidding room baru dapat tahu sapa yang punya diri.. seorang india and dia lepak dgn auctioneer tersebut.... rupanya mcm auctioneer xnak bg kautim.. yelah kalau kautim harga dapat RP.. so fees auctioneer pun rendah lah.... biasalah cina wat business...

Jadi lawan lah.... limit 65K... tapi tewas dengan harga 66K.... korang mesti dapat teka sapa pemenangnya... india tu yg menang.... xperlah... aku ckap kat member JV aku.. xperlah xder reseki.. inshaAllah ada rezeki lain lagi.... banyak lagi rumah yang akan kena lelong.. kita tunggu jer mana yang menarik dan memberi pulangan yang berbaloi..

Pas kalah tu aku ajak member aku nie pekena nasik ganja dekat pekan ipoh nie... nasik ganja yg terkenal kat bandar ipoh nie..... pastu bawak pusing pekan ipoh.... petang tu member aku cau balik kl.... aku lak otw balik tu dapat msg dari tenant aku.. dia dah bank in duit sewa.... untuk pengetahuan korang tenant aku nie seorang anggota unit peronda polis dkt IPD Ipoh.... dia nie boleh aku ketegorikan sebagai tenant marbeles... mana taknya.. hari nie gaji jer terus bank in.. xder nak tunggu 4-5 ari.... gaji awal dia akan bank in awal.... memang syukur aku dapat tenant yang cukup baik mcm nie.....

Sebenarnya ada cara kita nak tapis or select mcm mana nak cari tenant yang marbeles serta tidak memberi masalah kepada owner.... aku pun dah dpt satu pengajaran dan pengalaman baru utk memilih serta menyelidik latar belakang tenant.... tp nntlah aku bgtau korang....

so sesapa yang dah dapat duit br1m tu gunakan lah duit itu sebaik mungkin dengan membelanjakan kepada perkara yang berfaedah... bagi yang dapat EA form tu dah boleh lah isi borang E-filing.. bayar cukai katakan... hehehhehehehhe..

ok all... cau dulu.. mata dah ngantuk nie,...... assalamualaikumm