Tuesday, March 18, 2014

lawatan rumah lelong

di sini aku ingin berkongi pengalaman aku di dalam bidang hartanah lelong nie.... pengalaman ketika membuat lawatan ke rumah lelong nie.. tujuan aku untuk melihat sendiri keadaan sesuatu rumah lelong. pengalaman yang aku nak nyatakan di sini ialah ketika melawat rumah jika rumah yang kena lelong itu ada penghuni.. x kisah lah penyewa atau pemilik rumah terebut.

aku sebenarnya seronok bersembang dengan diorg nie.... bukan apa.. seronok mengetahui sebab musabab rumah mereka ini kena lelong.... kebanyakkan nya sudi berkongsi cerita mengapa mereka tidak boleh membayar kepada pihak bank... tetapi ada jugak yang tidak keluar bila diberi salam... sebenarnya bukan apa... sekadar mencari iktibar untuk diri aku supaya tidak leka dan beringat di masa hadapan. tidak mustahil diri kita juga suatu hari nanti sebegitu jika tidak berhati-hati.

contoh nya aku pergi ke satu rumah nie di Bandar Meru Raya... selalunya bila aku dtg aku akan bertanya ke jiran sebelah dulu... sebab nak tahu sapa yang duduk rumah tu... tuan rumah or penyewa... jadi jiran nie bgtau owner duduk... jadi bila duk sembang ngan jiran nie tuan rumah yang rumah nak kena lelong nie keluar. rupanya pakcik dlm lingkungan dkt 60thn... pesara guru... dia terkejut yang aku tahu rumah dia kena lelong.. dia dia jugak terkejut aku tahu nama dia... hahhaha.. biasalah dalam lelongtips semua ada detail... jadi dia bgtau aku dia baru dua bulan jer x bayar intallment... itu pun sebab ge umrah katanya... hahhaha.. aku pun angguk jelah.. xkan ge umrah dua bulan pakcik ooi.. hahhaha... lagi satu selalunya rumah nie di lelong jika outstanding dengan bank dah dkt 2 tahun x bayar.... dua bulan x der nye kena lelong.... b

ada jugak yang aku ge rumah x mau keluar... dah bagi salam tp x kuar.. kebanyakkan tuan rumah tau kebanyakkan yang datang adalah orang yang berminat hendak membida rumah tersebut... jadi tuan tu xmau keluar.. just bgtau dari dalam rumah bahawa diorg dah settlekan outstanding... tp sebenarnya x settle pun.... biasalah owner xnak bagi orang lain membeli rumah mereka.

Kebanyakkan yang aku tanya mengapa rumah mereka kena lelong.. rata-rata diantara mereka menyatakan mereka memiliki masalah kewangan.... telah diberhentikan kerja.. mungkin berhenti disebabkan sakit or xcident.... x memiliki kerja yang tetap.... ada yang dkt dua tahun setengah x bayar...

ada satu brader nie aku ge tanya rumah dia nk kena lelong.. dia cakap mmg tahu rumah dia nak kena lelong.. masuk nie dah tiga kali katanya..... tapi brader nie dgn berlagak cakap dia mmg xkan keluar dari rumah nie and dia akan cuba bayar oustanding yang dah dua tahun stgh x bayar nie.... cara dia ckp ngn aku tu ada ego ckit lah.. biasalah... sebelum tu dia dah bgtau aku bahawa dia mmg x keje... hahhaha..d ah x keje mcm mana dia nak bayar... pastu aku ckp kat dia... "bang.. kalau pembida yang menang tu buat couirt order abg kena keluar..." baru dia terdiam bila aku ckp mcm tu...

Kadang-kadang akan kesian jugak tgk mereka ini.... yelah.... rumah nak kena jual.. mana-mana family mereka nak duduk... kalau bujang xperlah.... kalau yang ramai anak tu.... yelah... rumah kediaman adalah satu perkara asas yang patut ada.... bila lihat perkara sebegini aku selalu mengigatkan diri ku agar bersedia serta menyediakan kewangan yang cukup untuk aku serta family yang mungkin digunakan semasa kecemasan dan saat yang memerlukan... yelah langit x selalu cerah.. kena sediakan payung sebelum hujan....
didalam kita merancang serta membelanjakan wang yang kita perolehi, kita harus menyimpan untuk keadaan yang tidak diduga.... umpanya menyimpan 10% dari gaji yang kita perolehi... kita tidak akan maju kehadapan jika kita tidak lansung menyimpan wang untuk kegunaan di masa susah dan untuk kegunaan di masa hadapan....

No comments:

Post a Comment