Saturday, March 8, 2014

location.. location.. location...

salam...

Di dalam pelaburan hartanah nie apa yang paling penting kita mestilah adalah ilmu... apabila kita ada ilmu berkenaan dengan hartanah mudah bagi kita mengawal risiko dan paling penting mengelakkan kerugian... pelaburan hartanah adalah satu pelaburan yang sudah terbukti mengutungkan tetapi ianya merupakan pelaburan jangka panjang.... mengapa aku katakan jangka panjang.. sebabnya dengan kekangan dan peraturan baru yang lebih ketat dari bank negara dan juga pihak kerajaan... maka kebanyakkan pelabur hartanah terpaksa menyusun kembali pelaburan serta memegang sesuatu hartanah dengan lebih lama.. paling cepat pun sekurang-kurangnya tiga tahun....

Sebelum ini ramai yang bertanya dengan aku kawasan mana yang elok untuk melabur.. sini ok x... dekat sini ok x.. dekat sana ok x...  mcm mana dekat sini... sebelah sana ok x... mereka yang ebrtanya tidak pasti kawasan yang mereka hendak laburkan.... Di dalam pelaburan hartanah perkara yang paling penting adalah lokasi.. lokasi.. lokasi..... ini lah yang paling penting didalam menentukan berbaloinya melabur di dalam bidang hartanah nie....  ianya juga menentukan berapa besar keuntungan yang diperolehi di dalam pelaburan hartanah... jika anda melabur di kawasan yang strategik... pelaburan anda memberi pulangan yang lumayan... jika korang melabur ditempat yang kurang strategik ianya mungkin akan merugikan or nilai kenaikan pelaburan sesuatu hartanah itu perlahan... ataupun statik.....

Sebagai contoh.. aku ada sebuah condo yang aku beli di setapak iaitu PV8 dari Paltinum Victory sebagai pemaju.... masa aku beli pada 2009 harganya 315K.... dan kita pada tahun 2014 harganya  mencecah 700k.. kenaikan lebih dari 100%... ROI melebihi 20% setahun.... yang paling penting korang mesti tahu dengan lebih mendalam kawasan yang korang melabur... jika salah pilih seperti pembeli hartanah di bukit beruntung dan sungai buaya.... nmaa jer bukit beruntung tetapi tak untung pun.... banyak rumah terbiar.... nak bagi sewa pun susah.. kebanyakkan pembeli dan penyewa adalah pekerja Perodua... bagi yang membeli untuk melabur... terpaksa membayar installment tanpa mendapat return hasil dari pelaburan mereka.... ialah kurang permintaan...

seperti apa yang aku bgtau korang sebelum ini,... kebayakkan lokasi yang hot adalah lokasi yang mempunyai
1. Public transport
2. bangunan kerajaan, hospital, sekolah dan university
3. Petrol Pump, rumah kedai dan bank
4. Highway

oleh demikian.... aku nasihat bagi mereka yang ingin menceburi bidang hartanah ini.... korang hendaklah study kawasan yang korang rasa hendak invest tu... study development yg dah ada ataupun ada akan dibangunkan.. itu adalah penting yang akan memberikan kesan terhadap pelaburan korang... jadilah peabur yang bijak....

No comments:

Post a Comment