Saturday, April 26, 2014

repair rumah lagi

Aku baru habis menjalankan kerja-kerja mengecat bersama pakcik aku, adik aku dan adik ipar aku...kiranya kami semua termasuk mak dan ayah aku berkampong dekat rumah aku nie..   penat jugak kerja mengecat nie... aku mengambil masa selama dua hari untuk menyetelkan kerja mengecat nie..

Bukan penat mengecat jer. Penat driving pun ada jugak., hahhaha., yelah.. pegi mencari kipas siling.. maklumlah kipas siling rumah aku nie dah x function sebab masa dulu aku beli yang murah punya.. yang kali nie aku beli hang elok ckit... untuk pengetahuan korang... kalau korang nak beli kipas atau lampu korang pegilah dekat batu 14 puchong.. kedai nie mmg harganya murah dari kedai-kedai yang ader di Lembah Klang nie... kalau korang nak tau... nak bayar pun kena amik nombor... orang xyah nak cerita lah punya ramai.. macam kedai jual sayur jer... aku igt kat tmpt wife aku jer ramai orang beli hp... kat kedai lampu nie oun ramai jugak orang... tapi service diorg mmg top.. korang jangan risau.. ada jer yang serve korang nanti.. kalau korang nak tau dekat mana, shop lot nie terletak bersebelahan dengan used car dan juga gudang jualan perabot yang agak besar dan berhadapan dengan petronas batu 14 puchong.. ianya mengadap ldp highway arah kl... senang jer nak cari..

Lepas beli kipas aku terus balik setapak.. apa lagi pasang kipas lah... aku beli dalam 5 bijik kipas.. selain daripada tu beli jugak barang2 lain.. penat jugak lah drive ke hulu kehilir nie.. set sofa dan meja makan yang aku beli sudah selamat sampai cuma set bilik tidur jer yang x sampai lagi.. wife aku lak sibuk memasang langsir tingkap yang dia beli dkt mydin...itu pun beli sebab tgh offer..  wife aku nie suka sgt beli mana2 tempat buat offer.. katanya murah...

Lepas tu aku terus ge ke kedai elektrik untuk beli water heater, washing machine, peti ais dan air-cond.. benda-benda mcm nie adalah penting untuk korang menaikkan sewaan dan menarik bakal oenyewa korang... lepas settle semua aku terus balik kerumah aku.. mereka janji untuk hantar dan pasang barang yg aku beli keesokkan harinya... so aku pun teruskan kerja-kerja mengecat bersama pakcik dan adik aku... so nnt aku akan update progress rumah aku...

Friday, April 11, 2014

tauladan

Hari nie pagi-pagi aku dah bangun untuk menjalankan kerja-kerja repair condo aku dkt setapak tu... lagi pun aku dah janji nak jumpa wak indon untuk bagi kerja repair pintu dan jugak tiles rumah aku yang dah rosak...

tapi sebelum tu aku ke hardware dekat area rumah aku nie untuk beli cat., banyak jugak nak pakai cat... nie aku nak cerita kat korang... rupanya tokey hardware dekat rumah aku nie aku kenal... nama dia mr. Kwan... dah tua dah.. korang nak tau macam maner aku kenal dia... dia nie adalah tokey building office yang company lama aku nie sewa.. bangunan nie ada 6 tingkat.. dan company aku sewa 4 tingkat iaitu dari tingkat 3 smpi lah tingkat 6.. sewanya pulak adalah 40k sebulan.. itu 10 tahun yang lepas.. sekarang nie aku xtau lah berapa sewanya... company lama aku nie dah 21 tahun sewa bangunan kat situ.. kiranya company lama aku nie adalah penyumbang kekayaan kepada dia nie... yelah.. kiranya company aku nie tolong bayarkan installment dia nie kat bqnk... entah2 dah hahis hutang bank.. xyah keluar satu sen pun., orang tolong bayarkan dekat bank... itulah keuntungan dalam bidang penyewaan hartanah nie...

Company lama aku pernah proposed dekat mr kwan nie untuk beli bangunan tu tapi dia taknak jual.., yelah tempat strategik pastu pulak kawasan tumpuan.. mesti ada jer demand.. untuk pengetahuan korang... opis lama aku nie terletak di dataran palma, ampang... bersebelahan De Palma Hotel dan Ampang apoint.... kalau aku pun xjual punya.. yelah.. selagi boleh sewa dan mendatangkan ROI yang positve...  kalau korang nak tau Mr. Kwan nie selalu datang melawat building dia nie.. dan secara x lansung dia berjumpa ngn kami yang kuli2 nie.. hahahaha... dia nie x sombong dan selalu belanja aku dan geng2 minum kat kedai mamak di bawah opis... kedai mamak nie tempat kami berkumpul selepas waktu kerja sementara menunggu jammed berkurangan..

jadi banyak kami bersembang tentang perkembangan semasa dan nostalgia semasa aku bekerja dengan company lama aku... yelah.. itulah company yang mula-mula aku joint selepas habis study.. lama gak aku keje saya iaitu 6 tahun.. paling lama jika dibandingkan dengan company-company yang pernah aku joint.. banyak kenangan manis aku di sini bersama kawan-kawan aku..

aku sebenarnya cukup tertarik dengan satu cerita yang diberitahu oleh mr kwan kat aku.. ianya berkenaan dengan satu company yang menyewa di tingkat 2 milik mr kwan. Company ini namanya PC Soft.. company IT milik bumiputra sepenuhnya.. kalau korang nak tau owner dia namanya En. Zul.. aku dan kawan-kawan aku cukup hormat dan solute dia nie.. mana taknya seorang big boss boleh lepak minum kat kedai mamak bersama-sama dengan staff-staff dia.. selain itu beliau jugak selalu melepak dan belanja kami minum.. kadang2 kami segan setiap kali dia nampak kami minum dia akan belanja and lepak ngn kami jika dia xder apa urusan.. nak tegur kami dan tidak pernah lokek dengan seyuman.. ianya berbeza dengan MD kami.. MD kami tak pernah melepak dengan staff-staff nye... kalau ader pun ngn boss-boss.. klau korang nak tau MD aku nie adalah bekas suami kepada pelakon Norish Karman.. even top management pun x pernah nak melepak ngn kami.. jadi most of us memang respect dekat en. Zul nie..

Mr Kwan bagitau dekat aku bahawa company Pc Soft nie dah kaya...  en zul nie dulu hanya pakai BMW 5 series lama.. pastu beli 7 series... menurut mr. Kwan sekarang dia dah pakai lamborginie.. perhh.. mantap... lagi pun aku mmg ada terpandang iklan company dia dekat tv dua tiga hari lepas... terkejut jugak... tp aku bangga dengan company en zul nie... maju ke depan.. x macam company lama aku... dari sewa 4 tingkat sekarang nie sewa hanya satu tingkat jer.. dan hanya tunggu nak tumbang jer... ianya berbeza dengan comoany PC Soft nie.. most of the staff PC Soft nie seronok bekerja dengan boss mereka... mereka boleh bergurau dengan boss mereka tak macam kami dengan boss-boss kami..

Begitulah macam mana Allah memberi rezeki kepada hambanya.. dan Dia jugak boleh menarik rezeki dari hamba-Nya jika mahu... Allah akan memberi dan melimpahkan lagi rezeki jika kita bersyukur dan tidak riak dengan nikmatnya.. Jangan sombong dan riak serta takbur dengan apa yg ada.. jika kita beramal, bersedekah serta tidak kufur dengan nikmat-Nya inshaAllah.... Allah akan tambahkan rezeki untuknya...  buktinya ada... sebagai contoh adalah company lama aku dengan company PC Soft nie...

Oklah.. berbalik kepada cerita aku dengam Mr. Kwan nie... setelah berborak lama dengan dia aku pun membeli barang seperti cat dan dua tuga barang lain.. jadi dia nie pun bagi aku diskaun beli barang dekat kedai dia.. dia bgtau kat staff dia supaya bagi diskaun... Alhamdulillah... berkat aku tegur Mr. Kwan nie.., hahahaha..,.. selepas beli barang aku terus pegi ke setapak untuk memulakan kerja-kerja aku...

cuma disini aku ingin mengingati diri aku dan rakan-rakan yang membaca blog aku... bahawa kita janganlah riak dan takbur dengan nikmat yang Allah berikan.. sentiasa lah beramal serta bersyukur serta merendah diri... dengan merendah diri tidak bermakna kita rendah maruah...  

Thursday, April 10, 2014

kesihatan

Pagi nie cuaca sangat baik.... jadi oleh kerana tak wat per hari nie ge berjogging di padang polo.. saja megeluarkan peluh sambil menyihatkan badan.. disamping mencari ilham untuk entry seterusnya...

pagi nie padang polo x ramai pengunjung maybe disebabkan hari bekerja.. kebanyakkan yang datang sini golongan apek-apek dan ahso... terpandang jugak sekumpulan ahso-ahso yang bertaici sambil diiringi alunan muzik.. apa yang aku selalu perhatikan kebanyakkan yang selalu bersenam pagi-pagi nie adalah golongan cina... terutama yang tua.. mereka nie yang rajin bersenam berbanding dengan orang melayu kita... kita lak pagi-pagi dah hayun makan roti canai, nasik lemak ngn teh tarik..

Tengah aku ralik bersenam... datang lah sorang apek bersenam sebelah aku... aku pun tegur lah apek nie.. dan kami pun bersembang sambil bersenam... yang buat aku terkejut bila aku tanya umur apek nie... aku tanya dia.. " uncle umur berapa?".. apek tu pun menjawab "  lu teka berapa"..  aku pun meneka. " dalam 70thn uncle...." hahahaha... apek tu gelak... "saya umur 88thn lah...." perhhh.. terkejut aku.. 88 tahun lebih kurang umur mantan PM kita Dr. Mahathir mohammed..  steady lagi apek nie.. siap boleh berlari lagi... aku pun tanya apa rahsia.. dia bagitau yang dia selalu berjogging dan selalu follow marathon.. selain daripada tu dia nie kurang makan daging dan makanan bergoreng... dia banyak makan sup disamping sayuran dan buahan.. dia suruh aku banyak makan buah- buahan dan sayuran. Dia jugak sarankan aku untuk minum air kosong banyak... danmkurangkan makanan bergula... patutlah apek nie steady jer berlari.. laju pulak tu...

jadi apa yang apek tu bagitau mmg betol... kita kurang menjaga pemakanan kita...  dan jy
juga kita kurang bersenam... kita terlalu banyak makan... heheheh macam ckp kat diri sendiri ajer... hahhahaahaha.. so jomlah kita bersenam demi menjaga kesihatan diri kita..

Wednesday, April 9, 2014

apartment di Meru Raya

Malam tadi adik aku bagitau aku satu apartment yang bersebelahan dengan stesen bas express aman jaya dan berhadapan dengan mydin meru sedang rancak dibangunkan... adik aku ckp dekat aku.. " giler ker diorang buat apartment dekat ipoh nie terutama dekat meru raya nie, ada ker orang nak beli.. rumah teres berlambak baik beli rumah teres". Begitulah dialog adik aku... mungkin pun korang pun bersetuju dengan kata-kata adik aku tu... apartment yang dimaksudkan adalah DWJ Apartment yang terletak di Meru Raya. DWJ adalah bermaksud Dato Wira Jamal... salah seorg businessman di perak nie..

Tapi bagi aku.. aku mempunyai pandangan berbeza... bagi aku dgn harga 200k ianya adalah pembelian yang berbaloi... aku kata begitu ada sebabnya... bagi aku ianya sesuai bagi para investor terutama bagi mereka yang suka wat business homestay.. akh katakan begitu sebab untuk pengetahuan korang taman tema animasi akan dibangunkan di kawasan berhampiran.. kerja-kerja tanah pun sudah mula dijalankan... dan apabila siap nanti homestay ini akan mendapat permintaan yang tinggi dari pengunjung taman tema animasi nanti.

Walaupun terdapat hotel 5 bintang berhampiran serta homestay dari rumah teres setingkat dan dua tingkat, apartment ini memberi sesuatu kelainan serta kelebihan yang tersendiri. Yang pertama sudah tentu harga yang lebih murah dari hotel yang hanya menyediakan satu bilik sedangkan apartment ini menyediakan sekurang-kuranya 3 bilik.

Selain daripada itu bila apartment sudah tentu terdapat pengawal keselamatan yang menjaga keluar masuk penghuni. Secara tidak lansung memberikan pengunjung lebih selesa dengan keselamatan diri dan juga barangan mereka berbanding tinggal di homestay rumah teres...

Selalunya pengunjung lebih sukakan suasana hotel bagi mereka yang suka tinggak lebih sehari. Apartment penyediakan facilities seperti swimming pool, gym, kedai runcit dan perkhidmatan dobi yang mudah didapati.. facilities ini tidak disediakan oleh homestay tumah teres.. manakala hotel sudah tentu mahal.. bagi yang datang dengan kumpulan yang besar susah tentu tidak mampu untuk menyewa bilik hotel yang banyak. Jadi dengan apartment tiga bilik amat berbaloi bagi mereka.

Bagi mereka yang ingim melabur dan ingin menjalankan bisness homestay pembelian apartment DWJ ini adalah satu perlaburan yang berbaloi... jangan tunggu dah hot baru nak grab.. time tu harganya maybe dah mahal ckit.. 

nama blog

Assalamualaikum....

Baru-baru ini ada member aku tanya apasal nama blog aku "mieadidas". Hahahaha...  bagi member- member yang baru mengenali aku aku memang x mengetahui tapi bagi member-member yang mengenali aku dari zaman study diorg memang tahu mengapa aku meletakkan nama "mieadidas" nie...

Oklah bagi menjawab soalan member aku nie dan bagi korang yang nak tahu... kat sini aku bagitaulah.... perkataan " mieadidas" nie adalah dari nama aku "mie"  dan jenama sukan terkenal "adidas". Jadi aku cantumkan menjadi mieadidas. Ini adalah nama yang aku gynakan sejak dulu lagi.. aku gunakan jugak untuk email aku yag paling lama iaitu mieadidas@hotmail.com yang aku dah gunakan sejak  15 tahun lalu dan masih digunakan hingga kini... dulu masa zaman remaja dan zaman study aku gunakan nickname ini dalam chat room bila berchatting... hahahaha.., kelakar jugak bila diingatkan zaman chattingduku macam mirc.... 

Lagi satu mengapa aku gunakan brand adidas... kalau korang nak tahu aku adalah peminat barangan sukan jenama adidas.. aku mmg taksub dengan barangan jenama ini... kalau korang nak tau dulu aku adalah player bola... aku dulu mewakili negeri perak bawah 12thn, 14thn 16thn dan 18thn.. selain daripada itu aku juga merupakan president sport and recreation club di universiti dulu.. hahahhaha.. aku nie kiranya taksub dgn sukan... jadi dressing utama aku adalah pakaian sukan... jadi dah tentu dari atas sampai bawah semua jenama adidas. Dan aku hanya menggunakan jenama adidas sahaja.  Jadi dari situ datangnya brand adidas nie..

Jadi bagi sesiapa yang kaki bola jangan lupa saksikan world cup yang akan berlansung di brazil pada bulan 6 nnt.. sama-sama kita menyokong pasukan kesayangan masing2.. bagi aku, aku adalah penyokong fanatik argentina... sampaikan nama anak lelaki aku pun aku namakan riquelme.. sempena nama bekas kapten argentina juan roman riquelme...

Ada juga bertanya apa nama fb aku... so kat sini korang boleh cari nama fb aku "zuraimy riquelme".  So boleh lah add aku atau nak tanya apa2 ker yg korang kurang faham berkenaan oelaburan hartanah..

Tuesday, April 8, 2014

Cat Rumah

Assalamualaikum...

Weekend aku dan wife aku sibuk ckit.. sibuk untuk repair rumah aku dekat Setapak tu... Pagi-pagi lagi lepas breakfast kat Ayam Kampong Pak Hassan di Subang aku dan wife aku sibuk pegi membeli cat dan alat-alat untuk mengecat di hardware dekat Taipan..... Bini aku nie begitu excited untuk mengecat rumah... hahahha.. aku planning nak cat sikit2 dulu sementara menunggu pakcik aku dan adik aku datang next week untuk tolong mengecat... yelah dari xder wat aper aku leh exercise ckit... maklumlah dah lama x keluarkan peluh....

Sampai saja kat sana aku pun terus masuk rumah... cleaner yang aku upah untuk cuci rumah aku dah siapkan keje mencuci.. habis bersih rumah aku..... aku call cleaner tu untuk bayar upah kat diorang... Aku bayar RM 350 kat diorg.. diorang buat kerja berdua..... oklah aku puas hati dengan keje diorang... Lepas tu aku ngn wife aku sudah mula menjalankan kerja mengecat rumah..... rajin giler wife aku mengecat rumah.... hahhhahaa... tp memang penat.. aku ingat senang untuk mengecat rumah.... aku ngn wife aku stop dalam kol 6 petang sebab malam nya aku kena berjumpa member aku.... kiranya keesokkan pulak sambung.... 

Esok nya iaitu pada hari ahad aku pagi2 dah bangun..... pastu aku dan wife aku lunch dengan member aku bad iaitu branch manager bank Maybank Klang.... dia nie one of the members Club Camry.... Kami selalu breakfast kalau aku balik kl.. family aku dengan family dia selalunya lepak makan dekat tempat peberet kami iaitu Ayam Kampong Pak Hassan.... Selalunya port makan dekat Taipan Usj.. Tp kali nie ubah tempat dekat R&R Awan Besar Kesas Highway.... lepak sampai kol dua lepas tu aku ngn wife aku gerak ge setapak untuk mengemas rumah selepas sehari mengecat yang x seberapa tu.. hahahhahaha

lepas mengemas aku ngan wife aku pegi kedai perabot di gombak.  planning nak belisofa, meja makan dan set bilik.... aku ingat lepas nak wat fully furnish rumah aku dan sewakan.. selalunya rate fully furnish kawasan rumah aku nie dalam 2.5K ker 3K.... habis dekat 8K jugak hari tu membeli macam2 barang... x masuk lagi aircond, peti ais dan juga mesin basuh..... aku punya calculation dalam setahun dah boleh cover cost yang aku gunakan untuk membeli segala kelengkapan rumah tu.... planning nak sewakan dekat pak2 arab kebanyakkan jadi lecturer dekat UIA.... target market aku ialah ayng ada family.....

Lepas selesai semua wife aku hantar aku ke KL Sentral sebab ETS aku kol 9 mlm....  next week kerja mengecat rumah aku akna dibantu oleh pakcik, adik aku dan adik ipar aku,,, ramai orang cepat suikit siap.... tapi aku kena open table ler jawabnya,...... ahahhahahahaha.... xper xder hal janji kerja selesai... nanti aku akan update sambungan mengecat rumah aku nie.... ok bye...... 

Court Order

Di sini aku hendak bercerita berkenaan rumah aku yang bermasalah.. iaitu masalah tenant aku.... aku sudah cerita kan didalam entry aku sebe;lum nie....

Aku sudah mendapat perintah mahkamah supaya tenant aku mengosongkan premis aku atau vacant possession dalam tempoh dua minggu.. so tarikh tamat 2 minggu tu adalah pada hari nie.....  so pada pagi tadi tadi tenant aku dah mengeluarkan segala barang yang ada didalam rumah aku.... aku memerhatikan mereka mengeluarkan barang dari condo aku.... banyak jugak barang diorang nie..... sampai dua lori..... sepatutnya mereka nie keluar before lunch time tapi hanya siap pindah pada pukul 7.mlm.... x larat aku nak menunggu jadi aku suruh diorang letakkan kunci dekat guard house... sebabnya aku kena gerak balik ipoh.... mak ngn anak aku dah menunggu dekat rumah.. malas lah pulak nak balik lewat2.... 

selepas selesai pickup diorg aku terus gerak balik ipoh..... balik malam2 mcm nie mmg best xder kete..... last2 aku kena AES dekat slim river.. ini dah kali kedua aku kena... walhal aku selalu ulang alik kl-ipoh..... dua2 time nie aku leka.. yang kali nie aku leka jugak.. duk speeding dlm 170km/h sambil layan anak aku berjogek dalam kete.. last2 satu flash dah kena..... apo lai.. tunggu surat sampai lah.... hahahhaha.. terbang lagi duit aku....

tapi alhamdulillah.. perkara yang membuatkan aku tension selama nie dah selesai.. walaupun kena saman AES.....  hahhahhahaa... so aku jadikan perkara ini sebagai ikhtibar dan pengalaman yang tiada di mana-mana.... pengalaman adalah guru yang amat bermakna... jadi disini aku kongsikan bersama korang agar menjadi panduan untuk korang....




assalamaualaikum....

Hari ini pagi2 lagi aku dah terpacak dekat Syabas Selayang untuk apply meter air untuk rumah aku di setapak... dan selepas tu terus ke TNB Taman Melawati untuk apply meter letrik...

Untuk pengetahuan korang rumah aku yang di setapak nie tenant dia dah keluar pada hari isnin lepas... itu pun selepas arahan mahkamah dikeluarkan... akhirnya Alhamdulillah.... selesai jugak masalah rumah aku nie... walaupun tenant nie duduk 15 bulan free jer.... tapi aku bersyukur segalanya sudah selesai... dah selamat tenant nie berambus dari rumah aku....

So bila diorg terima surat dari lawyer dengan tiada lagi tolak ansur yang diberikan.. akhirnya mereka nie keluar... klau tidak keluar tindakan undang-undnag akan diambil... walaupun proses yang diambil agak lama, tapi kesudahannya Alhamdulillah.... oustanding diorg tu bukan rezeki aku... tapi aku dapat rumah aku kembali... negatif cashflow oooo.... tapi itulah... ini adalah satu risiko dalam pelaburan hartanah.... yelah kan.. mana ada pelaburan yang xder risiko.... semua benda ada risiko.... kecik atau besar jer bezanya.. dan bagaimana kita mengawal dan mengurangkan risiko.

Tapi tulah.. bila melihat keadaan rumah aku.. ya Allah... kotornya.... dan berbau.. yelah... dah setahun aku potong api air.... memang tenant nie x tau nak jaga kebersihan....dengan tahi lipas penuh dalam kabinet.... mcam mana lah diorg nie boleh duduk dalam keadaan mcm tu.... tapi yang paling teruk ke empat2 pintu bilik aku rosak... ada tombol tercabut dan kena pecah... ianya mcam orang hilang kunci.... tapi aku hairan dalam bilik mcam mana boleh terkunci.... x paham aku dengan sikap diorg satu family nie.. x pernah aku jumpa orang yang macam nie...

Jadi untuk menyelesaikan masalah kotoran dalam rumah aku tu aku upah cleaner yang ada dlm condo nie.... aku upah dua orang minah indon.... awekkk ooooo.. cun lagi....  aku suruh diorg cuci rumah aku smpi bersih... termasuklah toilet yg bau busuk tu... hahhaa.. barang semua aku dah beli.. diorg buat jer.... pastu kunci rumah aku tinggalkan dekat diorg sebab diorg akan buat time off day jer... lagi pun aku pun kena gerak balik ipoh pulak....

Jadi disini aku nak nasihatkan.. jika korang sewakan kepada tenant local disamping ada tenancy agreement korang jugak kena check status diorg nie adakah muflis ker x.. cara nya adalah dengan pergi ke pejabat lawyer dan mintak diorg check.. bayar hanya RM 30-40 jer... diorg nie ada database orang yang muflis..... ini adalah kerana supaya korang tidak akan menghadapi masalah seperti yang aku hadapi.....