Friday, April 11, 2014

tauladan

Hari nie pagi-pagi aku dah bangun untuk menjalankan kerja-kerja repair condo aku dkt setapak tu... lagi pun aku dah janji nak jumpa wak indon untuk bagi kerja repair pintu dan jugak tiles rumah aku yang dah rosak...

tapi sebelum tu aku ke hardware dekat area rumah aku nie untuk beli cat., banyak jugak nak pakai cat... nie aku nak cerita kat korang... rupanya tokey hardware dekat rumah aku nie aku kenal... nama dia mr. Kwan... dah tua dah.. korang nak tau macam maner aku kenal dia... dia nie adalah tokey building office yang company lama aku nie sewa.. bangunan nie ada 6 tingkat.. dan company aku sewa 4 tingkat iaitu dari tingkat 3 smpi lah tingkat 6.. sewanya pulak adalah 40k sebulan.. itu 10 tahun yang lepas.. sekarang nie aku xtau lah berapa sewanya... company lama aku nie dah 21 tahun sewa bangunan kat situ.. kiranya company lama aku nie adalah penyumbang kekayaan kepada dia nie... yelah.. kiranya company aku nie tolong bayarkan installment dia nie kat bqnk... entah2 dah hahis hutang bank.. xyah keluar satu sen pun., orang tolong bayarkan dekat bank... itulah keuntungan dalam bidang penyewaan hartanah nie...

Company lama aku pernah proposed dekat mr kwan nie untuk beli bangunan tu tapi dia taknak jual.., yelah tempat strategik pastu pulak kawasan tumpuan.. mesti ada jer demand.. untuk pengetahuan korang... opis lama aku nie terletak di dataran palma, ampang... bersebelahan De Palma Hotel dan Ampang apoint.... kalau aku pun xjual punya.. yelah.. selagi boleh sewa dan mendatangkan ROI yang positve...  kalau korang nak tau Mr. Kwan nie selalu datang melawat building dia nie.. dan secara x lansung dia berjumpa ngn kami yang kuli2 nie.. hahahaha... dia nie x sombong dan selalu belanja aku dan geng2 minum kat kedai mamak di bawah opis... kedai mamak nie tempat kami berkumpul selepas waktu kerja sementara menunggu jammed berkurangan..

jadi banyak kami bersembang tentang perkembangan semasa dan nostalgia semasa aku bekerja dengan company lama aku... yelah.. itulah company yang mula-mula aku joint selepas habis study.. lama gak aku keje saya iaitu 6 tahun.. paling lama jika dibandingkan dengan company-company yang pernah aku joint.. banyak kenangan manis aku di sini bersama kawan-kawan aku..

aku sebenarnya cukup tertarik dengan satu cerita yang diberitahu oleh mr kwan kat aku.. ianya berkenaan dengan satu company yang menyewa di tingkat 2 milik mr kwan. Company ini namanya PC Soft.. company IT milik bumiputra sepenuhnya.. kalau korang nak tau owner dia namanya En. Zul.. aku dan kawan-kawan aku cukup hormat dan solute dia nie.. mana taknya seorang big boss boleh lepak minum kat kedai mamak bersama-sama dengan staff-staff dia.. selain itu beliau jugak selalu melepak dan belanja kami minum.. kadang2 kami segan setiap kali dia nampak kami minum dia akan belanja and lepak ngn kami jika dia xder apa urusan.. nak tegur kami dan tidak pernah lokek dengan seyuman.. ianya berbeza dengan MD kami.. MD kami tak pernah melepak dengan staff-staff nye... kalau ader pun ngn boss-boss.. klau korang nak tau MD aku nie adalah bekas suami kepada pelakon Norish Karman.. even top management pun x pernah nak melepak ngn kami.. jadi most of us memang respect dekat en. Zul nie..

Mr Kwan bagitau dekat aku bahawa company Pc Soft nie dah kaya...  en zul nie dulu hanya pakai BMW 5 series lama.. pastu beli 7 series... menurut mr. Kwan sekarang dia dah pakai lamborginie.. perhh.. mantap... lagi pun aku mmg ada terpandang iklan company dia dekat tv dua tiga hari lepas... terkejut jugak... tp aku bangga dengan company en zul nie... maju ke depan.. x macam company lama aku... dari sewa 4 tingkat sekarang nie sewa hanya satu tingkat jer.. dan hanya tunggu nak tumbang jer... ianya berbeza dengan comoany PC Soft nie.. most of the staff PC Soft nie seronok bekerja dengan boss mereka... mereka boleh bergurau dengan boss mereka tak macam kami dengan boss-boss kami..

Begitulah macam mana Allah memberi rezeki kepada hambanya.. dan Dia jugak boleh menarik rezeki dari hamba-Nya jika mahu... Allah akan memberi dan melimpahkan lagi rezeki jika kita bersyukur dan tidak riak dengan nikmatnya.. Jangan sombong dan riak serta takbur dengan apa yg ada.. jika kita beramal, bersedekah serta tidak kufur dengan nikmat-Nya inshaAllah.... Allah akan tambahkan rezeki untuknya...  buktinya ada... sebagai contoh adalah company lama aku dengan company PC Soft nie...

Oklah.. berbalik kepada cerita aku dengam Mr. Kwan nie... setelah berborak lama dengan dia aku pun membeli barang seperti cat dan dua tuga barang lain.. jadi dia nie pun bagi aku diskaun beli barang dekat kedai dia.. dia bgtau kat staff dia supaya bagi diskaun... Alhamdulillah... berkat aku tegur Mr. Kwan nie.., hahahaha..,.. selepas beli barang aku terus pegi ke setapak untuk memulakan kerja-kerja aku...

cuma disini aku ingin mengingati diri aku dan rakan-rakan yang membaca blog aku... bahawa kita janganlah riak dan takbur dengan nikmat yang Allah berikan.. sentiasa lah beramal serta bersyukur serta merendah diri... dengan merendah diri tidak bermakna kita rendah maruah...  

No comments:

Post a Comment