Wednesday, April 9, 2014

apartment di Meru Raya

Malam tadi adik aku bagitau aku satu apartment yang bersebelahan dengan stesen bas express aman jaya dan berhadapan dengan mydin meru sedang rancak dibangunkan... adik aku ckp dekat aku.. " giler ker diorang buat apartment dekat ipoh nie terutama dekat meru raya nie, ada ker orang nak beli.. rumah teres berlambak baik beli rumah teres". Begitulah dialog adik aku... mungkin pun korang pun bersetuju dengan kata-kata adik aku tu... apartment yang dimaksudkan adalah DWJ Apartment yang terletak di Meru Raya. DWJ adalah bermaksud Dato Wira Jamal... salah seorg businessman di perak nie..

Tapi bagi aku.. aku mempunyai pandangan berbeza... bagi aku dgn harga 200k ianya adalah pembelian yang berbaloi... aku kata begitu ada sebabnya... bagi aku ianya sesuai bagi para investor terutama bagi mereka yang suka wat business homestay.. akh katakan begitu sebab untuk pengetahuan korang taman tema animasi akan dibangunkan di kawasan berhampiran.. kerja-kerja tanah pun sudah mula dijalankan... dan apabila siap nanti homestay ini akan mendapat permintaan yang tinggi dari pengunjung taman tema animasi nanti.

Walaupun terdapat hotel 5 bintang berhampiran serta homestay dari rumah teres setingkat dan dua tingkat, apartment ini memberi sesuatu kelainan serta kelebihan yang tersendiri. Yang pertama sudah tentu harga yang lebih murah dari hotel yang hanya menyediakan satu bilik sedangkan apartment ini menyediakan sekurang-kuranya 3 bilik.

Selain daripada itu bila apartment sudah tentu terdapat pengawal keselamatan yang menjaga keluar masuk penghuni. Secara tidak lansung memberikan pengunjung lebih selesa dengan keselamatan diri dan juga barangan mereka berbanding tinggal di homestay rumah teres...

Selalunya pengunjung lebih sukakan suasana hotel bagi mereka yang suka tinggak lebih sehari. Apartment penyediakan facilities seperti swimming pool, gym, kedai runcit dan perkhidmatan dobi yang mudah didapati.. facilities ini tidak disediakan oleh homestay tumah teres.. manakala hotel sudah tentu mahal.. bagi yang datang dengan kumpulan yang besar susah tentu tidak mampu untuk menyewa bilik hotel yang banyak. Jadi dengan apartment tiga bilik amat berbaloi bagi mereka.

Bagi mereka yang ingim melabur dan ingin menjalankan bisness homestay pembelian apartment DWJ ini adalah satu perlaburan yang berbaloi... jangan tunggu dah hot baru nak grab.. time tu harganya maybe dah mahal ckit.. 

No comments:

Post a Comment