Friday, August 15, 2014

Pelaburan Hartanah

assalamualaikum.... 

pada msa kini aku dapat perhatikan ramai orang yang sudah berminat untuk membeli rumah.. sama ada untuk duduk atau untuk pelaburan... sekurang-kurangnya kita harus memiliki sebuah rumah.. sebab apa sebab aku katakan begitu,,,, sebabnya korang nak duduk kan.. tak kan nak menyewa pulak...

sebelum ini ramai yang takut membeli lebih dari sebuah rumah kerana tidak yakin dapat menanggungnya.. ialah sebijik rumah pun susah nak bayor inikan pula dua tiga bijik.. tetapi apabila ramai yang sudah tahu dan sudah mjendalami ilmu hartanah dan serta yakin dengan pembelian hartanah ini maka ramai yang sudah berani membeli lebih dari satu rumah.... ada yang sampai 4 bijik.. yelah suami dua rumah insteri pun dua rumah..... tetapi apabila ramai yang sudah berani malangkah jauh didalam bidang hartanah ini terutamanya orang melayu, kerajaan pula melalui bank negara telah mengetatkan permohonan pinjaman serta tempoh pinjaman yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada bakal pelabur.

Di sini akan ingin menceritakan bahawa pelabur-pelabur hartanah ini membeli hartanah adalah dengan objective untuk mendapatkan keuntungan keatas hartanah tersebut.... ada tiga jenis cara atay style yang digunakan oleh pelabur untuk mendapatkan keuntungan x kiralah dengan membeli rumah lelong, sub-sales ataupun rumah under construction. 

1. Flipping
   Cara Flipping adalah pelabur membeli rumah dan hanya memegang sekejap dan terus menjual kembali untuk mendapatkan keuntungan. ini bermaksud para pelabur tidak memegang sesuatu hartanah itu lama... contohnya dengan membeli rumah lelong dan menjual kembali mengikut market value dengan niat mendapatkan keuntungan.. ianya juga boleh dilakukan dengan membeli rumah under construction dimana apabila siap pelabur terus menjualkannya.

2.  Pasif income.
  Pelabur sebegini adalah mereka membeli rumah dengan tujuan untuk disewakan dengan niat untuk mendapatkan pasif income dengan cara positif income. positif income nie bermaksud sewa yang mereka perolehi melebihi dari apa yang mereka bayar dekat bank. katakan seorang pelabur memiliki 10 hartanah dengan cash flow RM150 sebuah..maka sebulan pelabur ini mendapat keuntungan RM 1500 dari kutipan rumah sewa. untungkan.....

3. Beli dan Tunggu
Selalunya pelabur jenis ini membeli rumah dengan harga yang murah disebabkan  kawasan itu belum membangun. Tetapi pelaburan jenis ini memerlukan pelabur untuk mengjangka, survey dan menyelidik serta study kawasan tersebut. Selalunya pelabur membeli di kawasan bandar baru yang ingin dibangunkan... apabila kawasan bandar baru dibuka maka harga rumah dikawasan tersebut tidaklah mahal tetapi apabila kawasan tersebut sudah dibangunkan sepenuhnya maka harga rumah akan meningkat naik seperti di Puncak |Alam dan Nilai. So pelabur jenis ini akan memegang sesuatu hartanh unutk beberapa tahun dan apabila kawasan itu menjadi hot mereka akan menjualkannya... selalunya keuntungan yang mereka perolehi agak tinggi jugak...

so bagi sesiapa yang ingin melabur didalam hartanah ini cuba fikirkan mana satu pilihan korang.... kerana kesemua pilihan diatas adalah untuk mendapatkan keuntungan.. cuma cara melakukannya adalah berbeza... fikirkanlah yang mana sesuai dengan xara serta kewangan korang....

1 comment: