Wednesday, July 2, 2014

refinance 35 tahun..

Assalamualaikum.... Hari ini aku nak bercerita tentang refinancing.. tentu korang semua ramai yang dah tau tentang refinancing nie.. dan sedia maklum tentang syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh bank negara yang berkaitan dengan refinancing nie.. mulai tahun lepas bank negara telah menetapkan bahawa refinancing property hanya dibenarkan hanya selama 10 tahun.. ianya sama juga dengan personal loan yang juga hanya dibenarkan selama 10 tahun.. so jika 10 tahun jer memamng ramai diantara kita tidak akan mahu meneruskan perancangan untuk membuat refinance kerana installment bulanan yang tinggi dan termasuk moving cost lagi gang dikenakan pihak bank... dengan installment yang tinggi ini jugak akan mempengerahui kelulusan pemohonan refinance korang kerana rata-rata commitment financial korang adalah tinggi.. jadi ianya akan mempengaruhi hajat koeang nie... Aku bernasib baik sebab dapat buat refinance sebelum bank negara menguatkuasakan undang2 berkenaan dengan refinancing.. apa tujuan dan matlamat aku baut refinance telah aku ceritakan dalam entry sebelum nie... kena tahu kebaikkan dan keburukan... 

Sebenarnya dekat sini aku nak ceritakan bahawa terdapat institusi kewangan yang memberikan refinance selama 35 tahun... mungkin ada antara korang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu..... yang aku maksudkan sini bukan bank tp AIA... Sebuah institusi yang kita maklum berkaitan dengan insurans.. aku mengatakan demikian kerana semalam ada staff AIA telefon aku untuk menawarkan refinance selama 35 tahun... aku bertanya balik dekat diaorang nie bukankah refinance nie 10 tahun.. officer nie bgtau aku hanya bank jer yang termaktub dan kena follow requirement bank negara.. tetapi tidak mereka kerana mereka bukan bank.. aku pun ada dengar pasal nie seblum nie tp x go detail sebab xder terfikir nak buat refinance buat masa sekarang....

 so.. sesiapa yang teringin untuk buat refinance boleh lah bertanya pada AIA or boleh PM aku untuk mendapatkan no telefon officer tu..... nanti aku akan forwardkan kat korang... dah lulus refinance nnt janganlah korang joli katak dengam duit tu lak.. hehhehehe

No comments:

Post a Comment