Saturday, October 19, 2013

PACG Putrajaya 2013

Hari ini aku akan mnceritakan aktiviti convoy yang telah aku pegi semalam pada 19hb Oktober 2013 seperti yang telah aku janjikan..  Tempat berkumpul geng camry kita orang adalah dekat Shell SKVE pada kol 1pm..  Bila aku sampai President Camry iaitu Joe Fandey dah sampai... aku lihat ramai jugak kelab kereta lain berkumpul dekat situ seperti Kelab Satria, Grand Livina, Evo, Estima, Waja, dan KE70.

Cuci kereta dulu...

Dataran Putrajaya. Persist 2

 lebih dari 1300 kereta yang melibatkan diri

 Tunggu crews lain dekat Sebelah Shell SKVE

 Geng2 yang terlibat

 Berkumpul dengan kelab2 lain seperti Kelab Proton Perdana

So pada kol 2.30 kita orang bergerak dekat Maep untuk berkumpul bersama geng2 kereta yang lain... samapi sana dah banyak group kereta yang menunggu.. seperti Kelab Alza, Waja, Persona, Preve, Saga, Kia Forte dan Perdana...  mmg banyak kereta yang menghadiri konvoi ini...

Pada pukul 4.30 ptg semua kereta mula bergerak ke Putrajaya... didalam konvoi ke putrajaya ada jugak berlaku kemalangan kereta sesetengah kereta mengikuti rapat kenderaan dihadapan... jadi hentam bontot lah... so kalau korang berkonvoi jangan ikut rapat2 sebab selalunya kita akan selalu membrek disebabkan barisan konvoi yang panjang serta keadaan lalu lintas... selain daripada itu ada jugak kereta yang over,, maybe kereta lama kan....

So group aku sampai di Putrajaya pada pukul 5.30... mmg sepanjang jalan di Persist dua dihadapan bangunan kementerian kewangan sudah ditutup kepada awam... semua kereta disusun atas jalan.. bayangkan lah ader lebih dari 1300 buah kenderaan... 

sampai sana perut dah lapar... selamat penganjur sudah menyediakan makanan kepada peserta.. disamping menjamu selera kami dihidangkan dengan function yang diadakan oleh Perbadanan Putrajaya yang bertindak selaku penganjur program... Banyak acara seperti persembahan artis serta cabutan nombor bertuah diadakah untuk memeriahkan suasana....

So acara tamat pada pukul 6.30 ptg.. so kami pun beredar awal dan menunaikan solat maghrib sebelum melepak minum dekat Taman Equine... dalam kol 9mlm kami pun balik sebab semua dah kepenatan.. tapi apa-apa pun memang best aktiviti yang dijalankan bersama rakan2 Kelab Toyota Camry Malaysia...



2 comments:

  1. salam encik...boleh x saya nk belajar tntang pelaburan hartanah dari encik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...... xder masalah... inshaAllah..... yang mana saya tahu saya akan bagi tahu... sama-sama kita belajar....

      Delete