Saturday, October 12, 2013

Pelaburan Hartanah 1

Hari ini terdetik aku untuk menceritakan tentang pelaburan hartanah.... bukan aper.. aku suka bila bercerita bab hartanah ini... klau aku lepak dengan member aku nie yang merupakan seorang agent hartanah... kita orang banyak bersembang pasal hartanah.... paling kurang 2jam sembang pasal hartanah... yang selebihnya pasal bola... kita orang selalu melepak bila ada game machester united.. kita orang nie peminat fanatik MU.... jadi sambil bercerita pasal bola kita orang akan bercerita pasal hartanah.. memang seronok... terutama bila member aku nie bercerita tentang pengalaman beliau dalam urusan pembelian rumah.. bermacam-macam ragam dari pihak penjual mahupun dari pihak pembeli.. bagi aku ini adalah asam garam dalam hartanah... disamping mendengar aku ambil ianya sebagai satu panduan dalam mengharungi cabaran di dalam pelaburan hartanah... ilmu dan pelajaran paling bernilai yang tidak ader didalam buku atau disekolah adalah pengalaman sendiri....

Tetapi ramai jugak orang kita nie yang x berminat atau pun xnak amik tahu ataupun malas ambil tahu pasal pelaburan hartanah... maybe diorang ingat pelaburan hartanah nie memerlukan modal yang besar ataupun mindset orang kita nie beli rumah untuk duduk jer.... ada juga yang minat dan ada modal tapi takut nak bermula... x berani... takut tersilap langkah... kita kebanyakkan tahu membeli rumah adalah satu pelaburan yang menguntungkan.... bila tanya kat sesiapa pun diorang pun cakap beli rumah memang untung... diorang siap  mengumpul duit untuk beli rumah... tapi yang kita xnak amik tahu bahawa kita tahu bahawa beli rumah tu untung tapi kenapa beli satu jer.. kenapa x beli dua, tiga, empat ker,...lima ker... mesti korang akan cakap mana ader modal.... sebenarnya kita x perlukan modal yang besar dan ada juga yang x perlukan modal seperti yang pernah aku tulis dalam entry sebelum nie.. cuma xder ilmu or x tau caranya...

Korang mesti pernah tanya orang ataupun pernah ditanya oleh orang lain pasal mana lagi untung or mana lebih bagus beli rumah ker beli kereta... tentu semua cakap beli rumah lagi untung dari beli kereta... tapi aku nak tanya korang berapa ramai yang praktikkan... berapa ramai yang beli rumah dulu dari beli kereta.. majoriti dari kita beli kereta dulu baru beli rumah... walhal kita tahu bahawa beli rumah tu untung dari beli kereta.... ianya disebabkan rumah makin lama makin mahal harganya... kereta pulak makin lama makin xder harga... semua orang tahu benda nie... tetapi kita masih memilih untuk menjurus kepada kerugian... dimana memilih untuk susut nilai duit kita nie...

Pelbagai alasan kita beri untuk menafikan fakta ini... tetapi kita tidak boleh lari dari kenyataan bahawa rumah tu lebih berharga dari kereta... ada orang bagitau aku bahawa beli rumah mahal...  beli kereta murah...  x mampu nak bayar bulan2 kalau beli rumah... modal yang besar.. tapi cuba korang kira balik... nie aku bagi contoh...

 Beli Rumah RM 90, 000.00                            
 Downpayment  10% = RM 9000.00                  
 Installment   RM 450.00/month (+-)                
 Value/year = meningkat                                    

 Beli Kereta   RM 90,000.00
 Downpayment  10% = RM 9000.00                  
 Installment    RM 850.00/month (+-)
Value/year = menurun



so kat atas tu aku bagi bagi perbandingan diantara rumah dan kereta dimana aku bagi value yang sama bagi kedua-duanya... so untuk d/p jer korang kena kuarkan modal yang sama banyak.. so sapa kata beli rumah kena keluar modal banyak... pastu korang tengok pulak installment... installment rumah lebih murah berbanding dengan installment kereta.... tapi korang mesti cakapkan.... beli rumah kena tanggung samapi 35 tahun.. beli kereta kena tanggung 9 tahun jer... aku nak tanya korang balik... adakah kereta yang korang beli tu korang akan guna sampai ke akhir hayat korang...  most of us habis hutang kereta selama 9 tahun dan berkira-kira nak beli tukar kereta baru....  dengan alasan kalau pakai lama sangat nanti lagi banyak kos repair.. so korang beli kereta baru ge...  so korang tambah lagi hutang untuk 9 tahun lagi....so dah jadi 18 tahun... maybe time tu installment korang dah bertambah sebab mesti korang nak upgrade kereta lebih bagus dari yang terdahulu.. so bertambah lah installment... kalau 4 kali tukar x jadi 36 tahun...hahahaha... pastu brapa korang dapat kalau jual kereta yang terakhir tu....

kalau korang beli rumah pulak.. dah tentu korang tukar bukan sebab rumah korang rosak .... betul x.... kalau korang tukar rumah pun sebab nak beli rumah baru yang lebih selesa atau lebih besar...  cuba korang jual rumah korang tu... mesti harga dia lebih tinggi dari harga yang korang beli.... korang akan dapat balik modal serta duit yang korang bayar installment plus dengan duit untung lagi... berbanding dengan jual kereta dimana korang dapat duit yang sedikit silap2 x dpt apa... katakan korang beli kereta harga harga RM 90K.. jual balik dapat RM 10K lepas 9 tahun... korang dah rugi RM 80k... banyak tu 80K yeop..... tp korang x nampak atau pun buat-buat tak nampak.. hahahha.. tapi sebaliknya bila korang beli rumah... korang beli harga RM 90K.. lepas 9 tahun korang jual market value jadi RM 160K... dekat situ korang dah untung RM 70K... korang nak rugi RM 80K ker or korang nak untung RM 70K....  budak kecik pun tahu nak jawab kan.. hehheheh ini kan pula kita nie... kita mempunya pilihan untuk menjadi miskin or menjadi lebih kaya.. jangan salahkan Tuhan atau takdir yang kita mmg miskin... kita mempunyai pilihan... kita yang memilih jalan kita sendiri... yang penting kira kena cari ilmu...

Antara alasan lain yang biasa kita dengar adalah " releks lah... beli rumah bila nak kawen nanti.." or " dah kawen nanti baru beli rumah...skrg beli kereta dulu...." itulah antara alasan yang biasa diberikan... tapi kita lupa bahawa harga rumah setiap tahun akan meningkat... dah mungkin time nak kawen time tu korang dah x mampu nak beli rumah yang dah begitu mahal... perkara nie dah terjadi pun di KL dimana harga rumah skrg nie mmg dah menggila harganya.... orang yang gaji RM 4000 ke bawah dah x mampu nak beli rumah... dimana harga apartment keluasan 1000sf pun dan cecah RM 500k.... contoh rumah yang aku beli di setapak iaitu sebuah condo berkeluasan 1600sf.. time tu aku beli tahun 2009.. itu pun nak 60% siap... harga time tu adalah RM 315K... padahal kalau aku beli awal ckit 6 bulan sebelum tu harganya boleh dapat below RM300k.. korang tgk mcm ner harga dia naik....  sekarang nie untuk harga bagi apartment/condo yang berkeluasan seperti rumah aku tu pun harga nya dah lebih dari RM 650K... korang tgk  dalam hanya 4 tahun saja harga dia meningkat 100%.. ini bermakna setiap tahun peningkatan harga adalah sebanyak 25%..  ini bukan andaian tetapi harga nie aku survey masa aku pergi pameran hartanah di mid valley... dengan peningkatan sebanyak 25% setahun adakah selari dengan kenaikan gaji korang... kebanyakkan gaji kita increase dalam 5% jer setahun...so ianya x selari... ini bermakna korang akan ketinggalan dan x terkejar dengan kenaikkan harga rumah setiap tahun....  tidak mustahil dalam masa 5 tahun lagi kita hanya mampu menyewa sahaja... kerana tidak mampu... so tuan rumah yang ada banyak rumah beruntung kerana boleh menyewakan rumah mereka....

so kita mesti igt... harga rumah semakin meningkat disebabkan oleh kos pembinaan dan juga dari segi demand yang begitu tinggi terutamanya di bandar-bandar besar... kita dapat mendengar keluhan ramai pihak kerana ketidakmampuan untuk memiliki rumah kerana harganya diluar kemampuan.... kerajaan pun tidak dapat memenuhi kesemua permintaan terhadap rumah mampu milik menerusi PRIMA...  Sesiap yang dapat rumah PRIMA ini kira bernasib kerana ianya berdasarkan cabutan undi... mcm cabutan bertuah lah.. jadinay x semua bernasib baik...

So.. bertindak lah dari sekarang... jangan mengeluh dikemudian hari disebabkan kelekaan kita.....

No comments:

Post a Comment