Wednesday, October 16, 2013

Pelaburan Hartanah 2

ini adalah susulan terhadap entry untuk sebelum ini... berkenaan dengan pelaburan hartanah... di sini aku nak sentuh tentang penglibatan orang melayu di dalam perlaburan hartanah. Untuk pengetahuan korang penglibatan orang melayu amatlah kurang... terutama di dalam hartanah lelong..

aku selalu pegi mahkamah tinggi bila hari lelongan.. dan majoriti yang hadir dimahkamah adalah bangsa lain.. orang melayu kita nie jarang yang hadir... kalau ader pun sorang dua...boleh dikira dengan jari.... kalau yang datang pun bersama agent dan berserah bulat-bulat kepada agent.... aku pernah bertanya kepada dioarang.... kebanyakkan 1st time datang and datang melalui agent... pastu x tau selok belok lelong nie.... datang dari jauh pastu kalah... aku selalu bersembang dengan pembida yang lain boleh dikatakan semuanaya bangsa lain... mereka bgtau kat aku yang mereka dah lama menceburi bidang hartanah lelong ini yang memberikan pulangan yang menguntungkan...mereka agak terkejut jugak kerana sudah ada pembida melayu seperti aku yang selalu turun ke mahkamah untuk membida rumah...

Kita sebelum melangkah ke lelongan kena tahu selok belok pasal rumah lelong.. dari segi procedure sampailah peraturan-peraturan... kita tidak boleh hentam kromok jer.. bila kita dah ada ilmu barulah kita bersedia menghadapi cabaran didalam lelongan di mahkamah nie... xder lah goyang bila kena up bid masa lelong...

Aku pernah lepak minum dengan seorang cina yang sudah berumur 50 tahun yangs elalu ada di mahkamah untuk membida.. dia bagitau aku dia menyesal kerana bermula agak lewat menceburi bidang hartanah lelong dimana dia bermula sewaktu bermuru 35 tahun... tp skrg dia sudah ader 30 biji rumah lelong... dia bermula dengan sebiji rumah.. repair and renovate pastu jual (flipping)... duit jualan dia beli dua biji rumah lelong dan begitulah seterusnya....  katakan satu rumah bernilai RM 100K.. so dia sudah RM3j asset... perhhh... kaya.... sebenarnya x susah nak kumpul asset RM 1j...


Satu lagi orang melayu kita nie bila cerita bab pelaburan hartanah memang tidah berminat... xtaulah kenapa.... maybe diorang xder ilmu ataupun mmg x berminat... ini terjadi kepada makcik aku... aku bagitau dekat makcik aku nie bahawa ada satu rumah double storey dilelong dekat dengan rumah dia... harganya mmg murah... actually makcik aku nie duduk rumah single storey... anak 4 orang.. aku ckp lah beli rumah tu.... selesa skit...anak2 pun suka ada rumah besar macam tu... rumah tu RP 130K jer..MV dlaam RM 170k.. makcik aku nie xder masalah nak sediakan RM 13K... yelah keje KWSP.... aku cerita satu-satu mcm ner nak wat... lagipn makcik aku nie komitmen rendah.... dia mmg dah berminat.... tapi pakcik aku nie pulak x setuju... alasan sebab komitmen banyak.. nak bayar tu nak bayar ini.... aku explain kat dia mcm ner nak buat... iaitu dengan sewakan rumah dia duduk skrg.. dah boleh cover istallment rumah tu.. xpun jual jer rumah tu.... mesti mcm pisang goreng jer orang nak... untuk pengetahuan korang kawasan makcik aku nie kawasan yang hot sebab EON shopping centre sekarang nie under construction.... mmg value lagi dua tahun mmg akan naik... tapi tulah... lain orang lain minat....

bagi aku bila makcik aku x beli ianya mmg satu peluang yang keemasan yang ditolak mentah2.... itulah macam aku cakap bila kita x tahu tapi x mahu belajar kita xkan faham dan kita akan tolak sesuatu perkara itu mentah2... nanti kemudian hari barulah kita menyesal.. masa tu menyesal pun dah x berguna.... bagi aku kita sebagai orang melayu hendak meningkatkan pegangan kita di dalam bidang hartanah agar tidak dimonopoli oleh bangsa lain demi kepentingan anak-anak dan keturunan kita... kita xnak anak-anak kita nanti hanya menumpang dan tidak mempunyai aset serta hartanah desebabkan kedaifan kita yang tidak mahu merebut peluang yang ada.... 


2 comments:

  1. Salam Encik, saya nak tahu bagaimana cara untuk dapatkan maklumat POS & COS tanpa melalui agent? Sebab biasanya bank lelong melalui agent2 berdaftar, lepas tu bila contact agent of course dia akan kenakan caj utk perkhidmatan dia yang hanya setakat menjadi companion semasa hari lelongan. Ada yang caj 1% dari reserve price dan ada juga yang caj 1% dari harga yang dimenangi. Bagaimana cara untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku ye?
    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.... utk makluman POS boleh didapati secara percuma dari pihak pelelong atau auctioner dan juga pihak lawyer bank. anda boleh mereka emailkan kepada anda POS tersebut. manakala COS ataupun Contract of Sales ini diberikan selepas anda memenangi lelongan tersebut di mana anda dikehendaki menandatangani COS tersebut dihadapan pihak lawyer dan anda dikehendaki membayar RM 100 untuk charge stamp duty.

      saya nasihatkan anda supaya mendapatkan POS dari pihak pelelong dan pihak lawyer. mereka akan berikan tanpa banyak soal dan tiada bayaran yang akan dikenakan kerana itu adalah tugas mereka. cuma agent yang selalu mengambil kesempatan terhadap orang yang memerlukannya

      Delete