Thursday, October 3, 2013

Miskin Vs Kaya Mana Pilihan Anda




Miskin atau kaya... mana satu korang nak.. mesti nak kaya kan... tapi... kalau berdasarkan gambar kat atas tu korang individu yang mana satu.... rata-rata kebanyakkan antara kita nie berada di sebelah kiri.. hanya sebilangan kecil atau yang boleh dikira dengan jari bagi individu untuk sebelah kanan...

Rata-rata diantara kita bila dapat gaji akan dihabiskan untuk membayar loan rumah, loan kereta, personal loan, barang dapur, minyak kereta dan belanja harian dan belanja sekolah anak. silap2 x cukup pakai guna kad kredit lak.... so berapa sen yang tinggal untuk korang simpan dan simpanan untuk kecemasan.... warna merah (pembelanjaan) lagi banyak dari warna biru (simpanan).. silap2 simpanan xder lansung.... maka dengan secara tidak lansung kita meletakkan diri kita dalam golongan miskin.....

Untuk menjadi individu di golongan sebelah kanan tu mungkin ada diantara kita menganggap ianya agak sukar dilakukan berbanding dengan individu di golongan sebelah kiri tu.. Sebenarnya tidak susah...Untuk menjadi seorang yang kaya ianya tidak sukar cuma perlu mengikut langkah yang betul. Sebagai contoh gambaran di atas iaitu disebelah kanan adalah salah satu cara untuk menjadi kaya. Ikut saja langkahnya InsyaAllah pasti berjaya. Sepatutnya kita perlu menyimpan dahulu sebahagian dari pendapatan kita untuk diri kita dan selebihnya baru dibelanjakan untuk rumah, kereta, belanja sekolah anak, petrol dan belanja dapur. Ini yang patut dilakukan oleh kita sebenarnya.

Kita lupa sebenarnya kita patut membayar untuk diri kita dahulu iaitu dalam bentuk saving... pastu baru kita bayar untuk perkara lain.Ini tidak.. kita bayar perkara-perkara lain dahulu baru kita bayar untuk diri kita... sepatutnya kita utamakan diri kita dahulu abru perkara lain. Seperti yang selalu dinasihatkan oleh pakar-pakar pengurusan kewangan...kita harus mempraktikkan untuk menyimpan atleast 10% dari pendapatan bulanan kita. Katakan gaji korang RM 5000/month korang harus menyimpan at least RM 500/month.. x boleh kurang. Selepas itu baru lah korang bayar komitmen korang.... kalau tahun seterusnya gaji korang naik jadi RM 5500 so korang kena saving RM 550 sbln... kalau lagi banyak lagi bagus... kena buat tiap2 bulan... nnti korang akan nampak hasilnya....

Aku telah menggunakan cara nie dulu... masa aku bujang dulu aku dah setkan diri aku untuk menyimpan atleast RM700 sbln... masa tu target untuk settlekan utang kad kredit yang mencecah RM 6000. Selepas settle aku simpan dalam ASB tiap2 bulan... time tu x banyak komitment sebab aku guna kereta company...cuma bayar sewa rumah jer....dalam msa tiga tahun aku berjaya mengumpulkan duit untuk membeli sebuah rumah di KL serta simpanan untuk digunakan untuk kenduri kawen aku nanti.. sebab aku x suka wat personal loan untuk wat kenduri kawen... yelah xkan pas kawen nak tanggung loan yang dibuat untuk kenduri kawen.. itu belum tanggungan utk hidup sebagai suami isteri... Prinsip aku... aku xnak berhutang keliling pinggan selepas kawen... that way aku beli rumah dulu dan kemudian simpan duit untuk kawen pulak... so lepas kawen aku x perlu nak pikir bayar sewa rumah serta nak bayar balik personal loan utk kawen... so aku dah free ckit kat situ... kereta pun pakai kereta company.. so bila x pakai kete company baru lah pikir nak beli kereta.. so yang penting kita saving....

So aku dah dapat rasa nikmat dari prinsip saving 10% dari gaji kita untuk faedah diri kita sendiri... korang cubalah.. annti korang akan rasa kenikmatanya... pastu segala pembelanjaan yang x perlu tu cuba elakkan.. macam shopping ker apa ker..... kalau nak shopping tu biarlah dari keuntungan dari saving duit kita.... principal kita jangan usik.... kita amik keuntungan (dividen) untuk kita beri rewards dekat diri kita yang selama ini begitu berdisiplin menyimpan untuk masa depan... mcm aku gunakan prinsip guna duit untuk wat duit.... 

So ianya terpulang kepada diri kita untuk berada di pihak yang mana.. di pihak  yang belanjakan duit (si miskin) atau pihak yang menyimpan duit dahulu (si kaya).. segala keputusan dan tindakan adalah dari kita sendiri... kita yang menentukan hala tuju masa depan kita... tindakan yang kita ambil akan menentukan hala tuju hidup kita. jangan lah kita tunding jari dekat orang lain kalau kita dikelompok miskin.. jangan kita cakap kat orang " engkau boleh lah banyak duit, orang kaya".. padahal kita yang still berada di takuk lama.... Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hamba jika diri sendiri tidak mengubahnya..... So tepuk dada tanya minda.... 

No comments:

Post a Comment