Thursday, October 17, 2013

Lokasi Hartanah

aku saban hari menerima panggilan tentang rumah sewa yang aku iklankan di dalam Mudah...  rumah nie dah pun orang dah ader orang sewa.. aku lak lupa nak delete iklan tu kat Mudah... so bertalu-talu lah orang kol aku.. siap mintak aku carikan rumah sewa lagi dikawasan tu..

rumah yang aku sewakan nie adalah rumah hasil kemenangan rumah lelong pada bulan Ramadhan hari tu... rumah nie aku beli di Bandar Meru Raya. Ipoh.  Untuk pengetahuan korang, kawasan meru raya nie adalah kawasan yang pesat membangun... di mana terletaknya Mini Putrajaya di mana bangunan kerajaan semua ditempatkan di satu kawasan. Selain daripada itu kawsan ini terdapatnya Stesen Bas Ekspress, Mydin, Hotel 5 bintang. international school dan juga business center. ianya merupakan kawasan yang pesat membangun...

Di dalam pelaburan hartanah lokasi adalah sangat penting didalam menentukan keuntungan pelaburan kita. dimana dikawasan yang hot permintaan adalah sangat tinggi. sehingga demamd melebihi supply.. secara lansung akan meningkatkan  nilai sewa dan juga nilai pasaran rumah di kawasan hot tersebut. 

Sebagai contoh kawasan Meru Raya ini begitu susah untuk mencari rumah sewa.. Tenant rumah aku nie dah 6 bulan mencari rumah sewa dikawasan nie.. bila dia jumpa iklan yang aku letak dalam mudah terus call.. pas tengok rumah terus jer bayar booking walaupun rumah still under renovation... dia cakap takut orang lain sapu dulu... yelah kawasan ini sukar untuk mencari rumah sebab kebanyakkan resident di kawasan ini duduk sendiri.. apabila banyak bangunan kerajaan dipindahkan secara tidak lansung staff jugak kena cari rumah dikawsan tersebut... oleh sebab itu permintaan rumah sewa dikawasan ini amat tinggi.  Begitu juga semasa aku menang bid rumah aku nie ada lebih 16 orang pembida... memang sengit....  alhamdulillah dah rezeki aku... aku menang...

Jadi kepada pelabur hartanah... lokasi adalah penting... buat kajian... study betul2 kawasan tersebut.... lihat pembangunan disekeliling....walaupun kawasan tersebut tidak membangun lagi lihat disekeliling... jangan kawasan tu dah meletop baru nak invest... dah lambat... orang yang berjaya adalah orang yang cepat menghidu peluang..... orang dulu cakap sapa cepat dia dapat.. hehehehe.. di sini aku beri beberapa tips yang maybe boleh membantu korang dalam memilih lokasi hartanah...

1. Dekat dengan Highway (radius 10km)
2. Dekat dengan public transport ( radius 5km)
3. Facing main road..
4. Dekat dengan sekolah, klinik, masjid dan balai polis & kedai makan (radius 5km)
5. Tidak perlu dkt sangat dengan petrol pump.. sebab xder effect sgt

No comments:

Post a Comment