Tuesday, October 1, 2013

Tips Tips Lulus Loan

mesti korang risau kan mcm ner nak apply loan bank kan... yang paling penting mcm ner nak senang lulus pinjaman bank.. Sebenarnya pada sesetengah orang menganggap apply loan bank nie senang jer.. submit jer dokumen kat bank pastu tunggu result... bagi yang xder commitment mungkin tidak menghadapi masalah.... yang ada byk comitment nie yang susah ckit..korang jangan igt.. pinjaman RM 50k dgn anggaran installment RM 200 sbln untuk 35 thn senang bank nak bagi lulus.. x jugak..... sebab dah terjadi dkt adik aku....

Adik aku nie dpt tahu pinjaman sebanyak RM50k x lulus walaupun gajinye nak cecah RM4k.. mana taknya.. commitment tinggi.... so korang jangan igt gaji besar senang jernak lulus loan.. kat cni aku bagi tips mcm ner nak senang lulus loan atau mempercepatkan proses kelulusan dari pihak bank.

antara tips-tips;-

1. Semak CRIS dan Kelayakkan pinjaman 
semak korang punya CRIS dekat bank negara... dekat sana korang boleh print and tengok korang punya komitmen.. kat situ di nyatakan semua hutang-hutang korang dengan bank. hutang ngn ceti or along xder laa.. hahahha... pastu korang kena kena check brp byk kelayakkan pinjaman korang... supaya korang boleh budget harga rumah korang nak beli. Ini supaya memudahkan proses kelulusan loan. Janganlah korang nak beli rumah harga RM300k sedangkan kelayakkan pinjaman hanya RM 100k.. confirmed le x lulus... kena ukur baju dkt badan sendiri.

2. Dokumen-dokumen yang perlu
a. Kad Pengenalan
b. Slip Gaji 3 Bulan
c. Penyata Bank Terkini
d. Penyata EPF
e. EA Form
f. Saving statement (ASB/ASN/ASD/ASW)
g. Surat Pengesahan Majikan.
h. Tenancy Agreement

segala dokumen hendaklah disusun secara sistematik dan tersusun agar dapat memudahkan pegawai bank untuk meyemak dan melicinkan proses permohonan loan korang nie

3. Berpakaian Kemas

Berpakaian kemas adalahs sangat penting apabila korang berjumpa dengan pegawai bank yang akan memproses permohonan anda... jangan lah korang selekeh.. berpakaian kemas penting kerana 1st impression adalah penting.. Pandangan pertama pegawai bank adalah penting. Supaya dengan 1st impression nie dengan ketrampilan korang yang kemas diorg pihak bank akan lebih yakin untuk memberi pinjaman dekat korang nie.. jika berketrampilan kurang kemas takut2 diorg melambatkan proses pinjaman atau campak permohonan korang dalam tong sampah jer pastu ckp loan korang reject... korang x tau yang pegawai bank tu dah campak dlm tong samapah dokumen korang tu.. Jadi untuk menaikkan peluang kelulusan pinjaman korang nie eloklah berpakaian kemas.... silap2 pegawai bank yang proses loan korang tu awek cun yang x kawen lagi.. perhhh.. kan dah untung tu.... sambil menyelam sambil minum air.... hahahhaha.. tp untuk yg belum kawen lah. yang dah kawen mcm aku nie mmg cari nahas... tulah.... x salah untuk berpakaian kemas...

Dengan tips-tips di atas nie diharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu korang didalam mendapatkan pinjaman...x kesahlah apa jenis pinjaman pun... diharap korang berjaya... disamping itu jangan lupa untuk berdoa dan bertawakal kepada yang Maha Esa akan dipermudahkan segala urusan..Aminnnnnn...

No comments:

Post a Comment