Monday, October 28, 2013

GST

tax lagi.....sekarang hangat diperkatakan terhadap perlaksanaan GST ataupun Goverment Service Tax iaitu sebanyak 6%..  mesti ada diantara korang yg bengang dengan pelaksanaan GST nie kan... GST ini akan diguna pakai untuk menggantikan Sales & Service Tax (SST) iaitu sebanyak 10% & 6%.... Tetapi terdapat barangan dikecualikan dari dikenakan GST nie seperti barnag makanan dan barang keperluan harian....

So.. apa kena GST dengan sektor hartanah...... ramai yang mungkin ingat dengan kenaikkan harga RPGT harga rumah akan stabil..... tidak jugak... ini kerana dengan pelaksanaan GST harga rumah akan tetap naik disebabkan cukai yang dikenakan ke atas bahan mentah pembinaan... so harga rumah akan tetap naik walaupun kerajaan cuba mengawal pasarah hartanah dengan menaikkan RPGT dan juga menggantung pelaksanaan DIBS oleh pihak pemaju..




Selain daripada itu dengan meningkatkan RPGT sebenarnya tidak membantu untuk menstabilkan harga rumah.... ini kerana pasaran harga rumah bergantung kepada supply dan demand... seperti yang kita tahu demand untuk memiliki rumah sangat tinggi dan penawaran adalah kurang.... oleh demikian bila RPGT dinaikkan....pemilik rumah akan hold rumah diorang untuk mengelak dikenakan cukai.... ataupun mereka akan menaikkan harga rumah untuk menanggung RPGT nie.... so bila diorg nie hold rumah diorang... bermakna jumlah rumah untuk dijual di dalam pasaran makin berkurangan... jadi demand semakin tinggi... oleh demikian harga rumah pun akan meningkat..... untuk kawasan yang hot sudah pasti harganya akan mencanak naik.... oleh tu sebenarnya kerajaan susah untuk menstabilkan harga rumah jika supply tidak dapat menyamai demand untuk sesuatu hartanah... 

Oleh demikian.. kita kena berfikir bagaimana untuk memiliki rumah sebelum harganya naik lagi.. korang kena tahu bahawa harga hartanah tidak akan turun..... ianya sentiasa akan naik selagi ada permintaan... bagi sesiapa yang belum memiliki rumah terutama golongan muda... bangkitlah... beli rumah dulu baru beli kereta..... kereta tetap ada....  harganya akan turun tidak macam harga rumah... kereta anytime boleh beli.. tapi kalau rumah melepas.... so fikir-fikirkan lah.....

























































































































































































































































































































































No comments:

Post a Comment