Saturday, October 26, 2013

DIBS

DIBS.... pada budget 2014 kerajaan telah melarang pemaju dari melaksanakan dan menawarkan DIBS kepada pembeli rumah.. dan juga melarang pihka bank untuk membiayai pinjaman bagi pemohon yang menggunakan scheme ini.

DIBS bermaksud Develepor Interest Bearing Scheme.. ianya bermaksud pihak pemaju akan menanggung semua faedah pinjaman semasa rumah under construction. Pihak pembeli hanya perlu mula membuat bayaran installment selepas mendapat kunci... Jadi pembeli hanya keluarkan 10% downpayment sahaja. lepas rumah siap dan dapat kunci baru bayar dekat pihak bank.

Disini ianya memberi kelebihan dekat pembeli... mengapa aku cakap macam  tu.... sebabnya menguntungkan pembeli walaupun pemaju dah masukkan kos interest dalam harga rumah....  ialah.. pembeli hanya perlu mengeluarkan 10%... pastu rumah siap jer dah boleh jual balik.... sudah pasti rumah yang dibeli tu lepas 2-3 tahun dah naik harga....   jadi hanya bermodalkan 10% jer pas 2-3 tahun dah boleh untung tanpa perlu bayar faedah bulanan...... bagi yang ada modal yang banyak tu mmg akan mencari scheme DIBS nie.. sebab ianya menguntungkan... mmg boleh buat duit yang banyak.... as long as diorang nie dpt pinjaman dari bank.. mmg akan untung..

Bagi pihak pemaju pula dengan menawarkan scheme DIBS ianya akan menarik minat pembeli-pembeli dan pelabur-pelabur hartanah.... jadi ianya akan melariskan unit-unit yang dijual walaupun pihak pemaju meletakkan harga yang tinggi sedikit....  ianya merancakkan lagi pasaran hartanah... so harga pasaran hartanah akan terus meningkat..

Oleh demikian pihak kerajaan melarang DIBS ini dilaksanakan adalah untuk mengawal harga pasaran hartanah yang sememangnya sudah tidak dapat dikawal akibat dari spekulasi dan urusan jual beli hartanah yang amat tinggi. Jadi dengan larangan ini ianya dapat mengurangkan pelabur-pelabur untuk monopoli pasaran hartanah dan memberi peluang kepada individu yang tidak memiliki rumah agar dapat memilikinya. terutama golongan muda.... Pelabur-pelabur hartanah hanya membeli dan kemudiannya menjual dengan harga yang tinggi...

jadi keputusan kerajaan itu ada baik dan buruknya pada kita semua....


No comments:

Post a Comment