Thursday, October 24, 2013

Budget 2014

Salam semua yeop dan yong....

Pada petang jumaat semua rakyat akan tertumpu dihadapan televison untuk menonton siaran lansung pembentangan belanjawan 2014 oleh perdana menteri... ramai yang menanti dan menunggu jika ada berita gembira buat rakyat... ramai yang mengharapkan kerajaan dapat mengurangkan cukai yang dikenakan kepada rakyat.. seperti ramai yang tahu di malaysia nie kerajaan mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat...

Bila sebut pasal budget nie... ianya tidak sah kalau x dikaitkan dengan sektor hartanah... bila pasal budget jer mesti ianya ada isu pasal hartanah... orang mesti nak tahu perkara-perkara yg ada dalam budget 2014 yang berkaitan dengan sektor hartanah... ianya mesti berkaitan dengan insentif, harga dan cukai..

seminggu dua ini banyak orang menceritakan pasal budget 2014 yang berkaitan dengan sektor hartanah... terutama tentang RPGT (real property gain tax).. ada yang mintak agar diturunkan dan ader jugak yang mintak ianya diturunkan... selain daripada ada jugak yang meminta agar insentif diberikan kepada golongan muda untuk membeli rumah pertama. Selain daripada itu ada jugak yang meminta agar golongan pendapatan sederhana dan rendah diberi keutamaan dalam pemberian kemudahan pinjaman.

Tetapi didalam banyak perkara tu kebanyakkan antara kita terutama pelabur hartanah menanti apakah keputusan kerajaan didalam menentukan cukai RPGT. Ini kerana ramai orang terutama golongan pelabur dan golongan pemaju meminta agar kadar cukai RPGT dikaji dan diturunkan.. Ini kerana semasa budget 2013 kadar RPGT telah dinaikkan dari tahun terdahulu... Ini kerana kerajaan mahu menyekat spekulasi terhadap pasaran hartanah yang menyebabkan harga melambung tinggi. Bagi pelabur dan mereka yang ingin menjual hartanah mereka, dengan cukai yang tinggi akan mengurangkan keuntungan terhadap jualan yang kurang dari 5 tahun... bagi yang belum tahun.. hartanahyang dijual selepas 5 tahun tidak dikenakan cukai oleh kerajaan.

Bagi golongan yang lain mereka berpendapat kerajaan patut menaikkan cukai RPGT kerana ianya akan mengurangkan atau mestabilkan pasaran hartanah kerana dengan kenaikkan ini urusniaga pasaran hartanah akan menurun disebabkan pelabur lebih cenderung menyimpan hartanah lebih lama untuk memaksimakan keuntungan. Dengan menurunan urusniaga hartanah secara tidak lansung mengurangkan spekulasi harga pasaran hartanah. Dengan itu harga rumah dapat dikawal dan memberi peluang kepada golongan muda dan golongan yang baru berkahwin untuk memiliki rumah....

Pada pendapat aku lah... harga rumah sukar dikawal.... biarlah banyak mana pun kerajaan meletakkan cukai terhadap penjualan rumah...pasaran hartanah akan tetap rancak... ini disebabkan permintaan terdapat hartanah sentiasa tinggi. Ini disebabkan kepadatan penduduk semakin tinggi dan kawasan semakin kurang... jadi permintaan akan melebihi penawaran. Penduduk dimalaysia ini semakin bertambah... dan setiap orang memerlukan rumah untuk berteduh.... jadi bagaimana kerajaan nak mengawal harga rumah sedangkan permintaan ruamh sentiasa tinggi walaupun ditawarkan pada harga yang tinggi.

Selain daripada itu kita kena tahu bahawa harga rumah sentiasa akan meningkat.. ianya bukan disebabkan faktor urusniaga pasaran jual beli sahaja... banyak faktor lain yang memainkan peranan terhadap kenaikan harga rumah.. diantaranya adalah kenaikan kos bahan dan kos upah... dan kos bahan meningkat disebabkan kos lain seperti kenaikkan harga petrol... semua ini berkait rapat terhadap harga sesuatu hartanah.. jika kerajaan hendak mengawal harga rumah, kerajaan erlu mengawal semua faktor yang berkaitan... so agak mustahil kan kerajaan nak mengawal faktor-faktor tersebut. so.... kita tidak ader pilihan selain merebut dan mencari peluang dengan lebih awal sebelum harga hartanah meningkat..

Aku ada terbaca satu keratan akhbar yang menarik perhatian aku tentang hartanah... President Persatuan Akuantan Malaysia ingin menyarankan kepada kerajaan  agar pinjaman perumahan dari pihak bank diberikan kepada individu untuk pembelian rumah pertama dan kedua sahaja. Bagi pembelian rumah ketiga adalah pembiayaan sendiri. Ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan muda memeliki rumah...

Aku agak kurang setuju dengan saranan berikut.... ini kerana jika korang mampu untuk membuat pinjaman teruskan membuat pinjaman... kita bukan nya orang kaya yang mamp membeli secara cash... jadi sesiapa yang mempunyai income yang tinggi bagi aku kita tidak boleh menyekat jika mereka ingin membuat pinjaman untuk pelaburan.. ini kerana mereka msaih mampu untuk membayar installment jika membuat pinjaman... lagipun syarat 70% pinjaman untuk rumah ketiga dan seterusnya sudah cukup untuk mengurangkan monopoli pelabur hartanah... jika rumah ketiga tidak diberikan pinjaman... bagaimanakah pelabur-pelabur hartanah bumiputera untuk berjaya didalam bidangini. kebanyakkan mereka mengharapkan pinjaman dari pihak bank untuk membeli hartanah..

Bagi golongan muda yang merungut kerana tidak mampu untuk membeli rumah... mereka ini ada sebenarnya mampu.... tetapi seperti entry aku sebelum nie... golongan muda kebanyakkan lebih cenderong untuk membeli kereta dari membeli rumah... mereka lebih pentingkan membeli kereta dari membeli rumah... bila mereka bekerja dan mendapat gaji... mereka ini lebih pikirkan kereta apa yang mampu mereka beli dengan gajiyang ader... bila dah gunakan kesemua gaji kearah membayar installment kereta maka xder allocation untuk pembelian rumah... selain daripada golongan muda nie kebanyyak hendak membeli rumah yang mahal seperti landed properties compare tu rumah yang murah seperti flat dan apartment kos sederhana...

Untuk membantu golongan muda untuk membeli rumah ini ada caranya... kerajaan sepatutnya menggalakkan dan menyarankan golongan ini lebih kepada membeli rumah dari membeli benda-benda lain.. selain daripada tu golongan ini patut mencari ilmu didalam pembelian hartanah ini dengan menghadiri seminar-seminar yang berkenaan dengan hartanah... Skrg ini masih kurang golongan muda yang menceburi bidang hartanah... dalam seminar yang pernah aku hadiri masih x ramai golongan ini melibatkan diri.... sepatutnya golongan ini yang mempunyai kelebihan didalam pembelian hartanah kerana masih muda... tetapi ianya sekarang ada nampak golongan muda sudah mula menceburi bidang ini....

Sebenarnya golongan muda boleh membeli hartanah....tetapi kebanyakkan mereka cakap x mampu sebab diorang di memandang hanya hartanah baru or under construction... memang diakui rumah under construction nie mahal... tetapi golongan ini boleh membeli rumah sub-sales atau rumah lelong kerana ianya menawarkan harga yang mampu dimiliki oleh golongan muda... kita kena ukur baju di badan sendiri didala membuat keputusan dalam membeli rumah... mmg kita cakap x mampu jika kita hendak beli rumah diluar kemampuan kita... beli ikut kemampuan...

oleh demikian diharap budget 2014 yang akan dibentangkan dapat memberi mamfaat kepada golongan pelabur dan juga kepada golongan muda yang belum memiliki rumah.. diharapkan win-win situation kepada semua.... diharapa kerajaan dapat memikirkan masalah rakyat didalam membentangkan budget kali ini... sama-samalah kita tunggu...

No comments:

Post a Comment