Friday, October 25, 2013

Bomba training

Aku baru selesai menjalani latihan asas memadam kebakaran di Ibu Pejabat Bomba Pulau Pinang, di Seberang Perai. Latihan 3 hari tu yang bermula dari 22hb-24hb tu merangkumi pelbagai aspek untuk menegah kebakaran serta penerangan tugas-tugas anggota bomba yang bukan hanya memadamkan kebakaran tetapi melakukan segala bermacam tugas sehingga menyelamatkan kucing di atas pokok. Hahahah... Seperti kata seorang pegawai bomba... tugas bomba merangkumi segala aspek x kira apa jua masalah dari memdam kebakaran sehingga menyelamatkanorang yang ingin membunuh diri Itulah nama pasukan bomba pada 1997 telah ditukar kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)..

di sini aku ingin berkongsi maklumat dan ilmu dengan korang semua agar dapat membantu korang.... ianya telah disampaikan oleh anggota bomba hasil dari pengalaman mereka. ini adalah untuk mampaat kita semua...

Ianya mengenai pencegahan kebakaran di rumah.. langkah-langkah berikut telas disarankan oleh pihak bomba demi menyelamatkan nyawa dan harta bomba.... antara saranan yang diberikan oleh anggota bomba adalah seperti berikut

1. Jika tidak menggunakan dapur gas.. sila cabut injap di atas kepala gas.. tanggalkan.... ini kerana jika dibiarkan kita takut ada kebocoran yang tidak kita sedari...

2. Beli lah satu pemadam api jenis CO2 dan letakkan didalam rumah atau di dalam kenderaan... kerana ianya dapat membantu mencegah kebakaran diperingkat awal. JIka sudah bel jangan letakkan pemadam api diatas lantai.. hendalah digantungkan... pemadam api tidak akan rosak jika diletakkan didalam boot kereta didalam jangkamasa yang lama.

3. Jika anda menghisap rokok... jangan letakkan tisu atau kertas di dalam bekas abu rokok.. ini kerana perbuatan sebegini adalah salah satu punca utama berlakunya kebakaran.

4. Jangan beri atau mengajar anak menggunakan mancis dan pemetik api..

5. Jika anda berada dirumah.. sila beri pengudaraan yang baik di dalam rumah...

6. Jika berlaku kebakaran... yang paling penting bawa keluarga ketempat yang selamat walaupun kebakaran yang kecil

7.yang ini elok korang praktikkan dirumah.... jika korang sudah bekeluarga elok korang wat..  dalam tgh malam korang try menjjeri  API..API.. API dekat telinga isteri or suami korang... pastu korang tgk apa tindakan sponton dari diorg... diorg mesti akan berlari keluar dulu.. pastu baru teringatkan anak-anak and patah balik... sebab kita secara semulajadi akan menyelamatkan diri kita and kita tidak terfikir untuk menyelamatkan anggota keluarga yang lain... sebenarnya aku nak bagitau korang berbincang dengan isteri untuk melatih anak-anak korang tentang pengosongan bangunan (fire drill)... korang menjerit API... API...API dekat telinga anak-anak korang... janganlah kuat sangat... nanti jiran-jiran korang dengan pulak... diorg ingat betul-betul... hahhaha... cuba korang jerit .. tgk dekat mana diorang pergi... latih anak-anak anda supaya bila terdengar orang menjerit API..API..API. pergilah kerarah pintu dan cari pintu keluar... m

Mengikut pemeriksaan bomba kebanyakkan kanak-kanak yang menjadi mangsa kebakaran adalah kerana terperangkap didalam asap tebal....korang tau x dekat mana kebanyakkan mangsa kanak-kanak ini dijumpai. Most of them dijumpai didalam bilik air dan juga dibawah katil... x caya korang baca paper tentang kebakaran. Sebagai contoh.. peristiwa jutawan kosmestik yang kehilangan 2 org anak akibat kebakaran... mayat mereka dijumpai didalam bilik air.... dan punca kematian adalah lemas akibat asap tebal.. oleh demikian.. latih dan ajar lah anak korang tentang ini.. malang tidak berbau... harta dapat dicari.. tapi nyawa ahli keluarga tiada galang gantinya.... jadi selalulah buat seperti yang aku nyatakan diatas.. agar ianya dapat melatih anak anda andainya berlaku kebakaran....

Aku berharga tips2 pencegahan kebakaran sedikit sebanyak dapat membantu korang.... kat sini kita layan dulu gambor
 Time latihan memadam kebakaran

 Posing sekejap

 Dapat ride best nie

 Di Ibupejabat Bomba Pulau Pinang

Latihan menggunakan hos bomba

No comments:

Post a Comment