Thursday, October 17, 2013

Planning 2014

Sekarang nie aku sedang merancang strategi-strategi pelaburan untuk tahun hadapan iaitu 2014...  aku sedang study serta melihat peluang yang ada untuk tahun hadapan.. kemana hala tuju pelaburan aku didalam bidang hartanah serta mencuba mencari peluang pelaburan yang lain. maybe ada skop-skop pelaburan lain yang boleh aku terokai dan selami... moga-moga rezeki aku bertambah di dalam hartanah lelong dikawasan ipoh nie dan kawasan disekitar Perak...

Mengapa aku suka melabur dikawasan sekitar ipoh.....? ini kerana aku amat mengenali kawasan negeri kelahiran aku ini....  dan aku dapat mengetahui kawasan mana yang membangun dan dimajukan.... lagipun skrg ini kawasan di sekitar amat berkembang terutama di kawasan sekita Bandar Meru Raya dan juga dikawasan Klebang, chemor. banyak infastruktur sedang dimajukan serta diusahakan... seperti pembinaan keretapi berkembar Ipoh-Padang Besar, Pasaraya EON, Econsave, Taman Animasi, hotel serta bermacam lagi pembangunan yang akan meningkatkan value hartanah di Ipoh ini.

Matlamat dan misi aku didalam pelaburan hartanah adalah untuk mengumpul hartanah dikawasan hot di Ipoh..  Target aku adalah untuk memiliki sekurang-kurangnya 1 hartanah setiap tahun... dan memiliki at least 10 hartanah sebelum umur aku mencecah 40thn.. aku ader 6 tahun lagi untuk mencapai hasrat itu... hehehhehehe

Selain daripada itu tahun depan aku mesti all out didalam megumpul hartanah di Ipoh ini kerana aku akan kembali bekerja di kuala lumpur pada hujung tahun depan.... kerana kontrak aku dengan company sekarang berakhir pada july 2014.. kalau x disambung aku akan kembali ke KL.. hidup bersama isteri aku yang lama aku tinggalkan sorang2..... sian isteri aku... sorang di Ipoh sorang di KL. so jadi weekend husband jer lah aku nie... jika berjaya mencapai target dapatkan aku bersara awal dari dunia pekerjaan... dan dapat melakukan perkara yang aku suka...

so dengan kesempatan yang aku ader sementara menetap di Ipoh ini sehingga tahun depan, aku akan merancang untuk bertambah aktif didalam melabur dalam hartanah lelong dan sub-sales ini... peluang di Ipoh ini banyak... x ramai yang menerokai pasaran hartanah terutama di dalam hartanah lelong nie... jadi akan aku gunakan peluang ini sebaik mungkin...  bila aku kembali ke KL akan aku lepaskan tugas lelongan kesemuanya pada adik aku... sebab susah aku nak attend kat court untuk bid.. kerana hari lelongan di mahkamah tinggi ipoh hanya diadakan pada hari selasa dan khamis... jika ada prospek yang menarik baru aku akan turun untuk membida... 

maybe selepas ini aku akan concentrate pada hartanah sub-sales dan juga under construction... aku juga mempunyai matlamat untuk memiliki hartanah komersil seperti shop lot di Ipoh nie.... aku memang bercita-cita dari dulu lagi untuk memiliki hartanah komersil ini... kalau korang nak tahu aku pernah tinggal di rumah kedai (shop lot) lebih kurang 10 tahun.... tinggal di tingkat atas kedai dua tingkat... dimana kawan-kawan ayah aku adalah dari golongan peniaga cina... sehingga adik aku yang kecil pernah ditinggalkan bersama seorang nenek cina ahso pasar mini semasa mak aku mengambil aku bersama adik2 aku dari sekolah.. mungkin kerana suasana semasa kecil membuatkan aku ingin memiliki sebuah lot commercial.... 

oleh yang demikian aku sedang merancang startegi pelaburan aku untuk tahun hadapan... aku ingin mencapai financial freedom sewaktu umur aku 40-an. tidak perlu lagi merantau meninggalkan anak isteri untuk mencari rezeki... itu lah target aku...

selain daripada itu aku juga menanti apakah ada perkara-perkara yang menarik di dalam budget 2014 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan budget jumaat minggu hadapan... terutama didalam sektor hartanah... terutama dari segi cukai hartanah dan juga cukai individu.. diharap kerajaan dapat mengurangkan cukai hartanah (RPGT) cukai tanah, cukai pintu serta cukai individu.. ini kerana mungkin kerajaan akan melaksanakan cukai perkhidmatan (GST) pada tahun hadapan. maka banyaklah duit gaji kita dikeluarkan untuk membayar cukai.. susah lah nak menyimpan macam nie yeopppp...

aku harap budget yang akan dibentangkan dapat memberi faedah kepada golongan pertengahan.. kerana apa yang dilihat golongan pertengahan yang mendapat kesan ke atas polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan... di harap golongan pertengahan ini diberi peluang yang sama terutama didalam memilki hartanah...

Selain daripada itu syarat yang lebih ketat yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara banyak memberi kesan kepada pelabur terutama kepada pelabur hartanah.... sekarang ini Bank Negara memberi

1. Pinjaman perumahan hanya sehingga 35 tahun
2. Top up loan atau pun lebihan tunai ke atas refinance hanya 10 tahun sahaja
3. Pinjaman Peribadi hanya 10 tahun sahaja.
4. Debit Service Ratio (DSR) dibenarkan didalam lingkungan 70% untuk permohonan pinjaman..
5. Rumah ke-3 dan keatas hanya 70% pinjaman sahaja..

jadi dengan syarat lebih ketat ini menyekat peluang kepada pelabur untuk menambahkan pelaburan di bidang hartanah.. apa yang aku nampak ianya akan menyekat golongan kaum melayu untuk melabur disebabkan orang melayu kita menghadapi kekangan modal berbanding dengan bangsa lain.. kita banyak melabur dengan menggunakan pinjaman bank... mana kita nak cari modal tunai kan....

Selain daripada itu ramai juga yang ternanti-nantikan dividen ASB kan... berapa lah % yang akan diberi oleh PNB... sama-samalah kita nantikan... berapa jumlah pun yang penting kita bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita... yang penting banyakkan sedekah... dan beramal... moga rezeki korang bertambah dan berkat serta diredhai... what u give.. u will get back...

No comments:

Post a Comment