Thursday, January 8, 2015

Banjir

assalamualaikum....

seminggu dua nie beberapa buah negeri ditimpa bencana banjir yang agak teruk sekali.. Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Perlis dan Sabah.. Dan yang paling teruk adalah di kelantan yang melibatkan kerosakkan harta benda dan kehilangan nyawa... Agak sedih bila melihat keadaan penduduk-penduduk di negeri tersebut. Dengan kekurangan makanan serta pakaian...

Kampung wife aku di Hulu Terengganu pun terlibat juga terkena musibah banjir nie... cuma kawasan rumah mak mertua tua aku tidak dinaiki air kerana berada dikawasan yang agak tinggi.. cuma kampung bersebelahan dinaiki air sehingga paras dada... Alhamduluillah... cuma 2-3 hari sahaja dan selepas itu air kembali surut.... cuma air disungai berhampiran agak dalam dan jambatan yang menghubungkan dengan kampung disebarang sungai tenggelam....

Dengan keadaan bencana banjir nie kelab kete aku iaitu toyota camry club malaysia telah mengambil inisiatif melancarkan kutipan derma serta membeli barang-barang keperlua untuk mangsa-mangsa banjir di kelantan terutama di kawasan kuala krai. Alhamdulillah banyak juga barangan yang dapat dibawa kesana dan diagihkan kepada yang memerlukan....

So kita doakan kepada semua mangsa banjir agar mereka diberikan kesihatan yang baik serta bantuan makanan tiba dengan segera. Kita yang tidak terlibat hendaklah bersyukurkan serta mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa banjir.







No comments:

Post a Comment