Saturday, January 10, 2015

rumah sewa

assalamualaikum..

kali ini aku ingin menceritakan tentang rumah sewa. boleh dikatakan kita semua pernah duduk dan merasa tinggal di rumah sewa... tidak kiralah semasa belajar ataupun setelah bekerja.... bagaimana korang dulu mencari rumah sewa....  jika dulu ketika tiada zaman internet ada diantara kita yang menaiki motor meronda-ronda kawasan perumah yang menampal iklan serta no telepon rumah yang hendak disewa dirumah or di 7 eleven, di bustop, di pokok,.. di dalam newspaper dan ada yang bertanyakan penduduk-penduduk dikawasan rumah yang hendak disewa... dan kini agak mudah mencari iklan rumah sewa yang diklankan oleh tuan rumah iaitu dengan mencari di internet melalui mudah.com serta facebook. kita hanya perlu mencari yang mana sesuai dengan budget serta kawasan yang kita inginkan.

Yang mana satu pilihan korang.. tentu pada masa sekarang nie kebanyakkan daripada kita menggunakan facebook, mudah.com serta menggunakan agent hartanah. ini agak mudah dan cepat. tetapi adakah kita yakin iklan rumah sewa yang dipaparkan. Jika melalui agent hartanh berdaftar maybe tiada masalah tetapi bagaimana jika kita mencari sendiri dengan menghubungi tuan rumah melalui iklan yang dipaparkan.

Baru-baru ini aku ada melihat satu post di FB ada sorg wanita dengan husbandnya ditipu dimana wang deposit lesap dan sebenarnya iklan dipaparkan itu adalah penipuan bagi mendapatkan wang dengan cara cepat. Perkara ini berlaku 2-3 hari lepas di Ipoh. Pasangan ini telah memasukkan sejumlah wang sebagai deposit dan telah membuat temu janji dengan tuan rumah palsu tu 2-3 ari kemudian. Apabila tiba masa yang dinyatakan batang hidung tuan rumah tak nampak dan rumah seperti alamat yang diberikan adalah kepunyaan orang lain.. Apabila dihubungi x dapat dan pasangan tersebut telah ditipu.

aku kurang faham bagaimana diorg nie boleh bank in duit booking sedangkan rumah tak tgk lagi.. maybe diorg takut rumah tersebut diberikan kepada orang lain... ini maybe disebabkan gambaran rumah yang diberikan begitu menarik minat diorang nie... ini adalah satu cara yang salah dan memudahkan orang yang tidak bertanggungjawab untuk menipu. lagi pun seperti yang diberitahu mereka berminat kerana sewa rumah tersebut agak murah dan jadi mereka begitu berminat untuk menyewa rumah tersebut,

Disini aku berikan sedikit tips dalam mengelakkan kita mudah ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab . antara tips yang boleh dipraktikkan adalah seperti berikut

1. Dapatkan alamat penuh rumah sewa tersebut
2. Dapatkan gambar rumah dari dalam dan dari luar rumah
3.Bandingkan rate sewa dikawasan tersebut.. jika byk perbezaan sila selidik dengan terperinci
4. Tanya jiran-jiran disebelah rumah tentang rumah yang diiklankan itu.
5. Jangnan terburu letak deposit selagi kita x berjumpa dengan tuan rumah.. better bagi duit deposit semasa buat appointment dengan tuan rumah. jangan sesekali bank in duit deposit
6. Sudah puas hati melihat rumah dan dah bersetuju baru berikan deposit dan mintak resit dari tuan rumah.... 

ini adalah diantara tip yang boleh digunakan bagi mengelakkan korang dari tertipu dengan orang yang ingin mengambil kesempatan dari diri kita... agar tips diatas dapat membantu korang dalam mencari rumah sewa tanpa ditipu.


No comments:

Post a Comment