Tuesday, August 20, 2013

Car Loan max 7years & D/P 20%



Sehari dua nie hangat diperkatakan pasal kerajaan melalui bank negara akan memperketatkan permohonan pinjaman kenderaan... Dimana jangkamasa loan akan dipendekkan dari maximun 9 ke 7 tahun...balikkepada asal.... manakala 20% downpayment diperlukan... dgr kerajaan akan menguatkuasakan pada bulan hadapan....

mesti ramai yang mengeluh..... yelah.. installment akan jadi tinggi....bila dah tinggi secara tidak lansung komitmen pun tinggi.. susah lak nak wat loan lain.... selain drpd tu kena sediakan cash yang banyak untuk d/p yang tinggi tu..... kalau kete mahal maknenya lagi besor ler d/p nye... katakan kete rege rm 100,000. d/p dah jadi rm 20,000. tumpor nak beli... mcm d/p rumah pulak.... baik beli rumah mcm nie dr beli kete... kete turun nilai tp rumah naik nilai......

Bagi aku ada pro & contra kat sini... dari segi kebaikkan dapat mengurangkan hutang isi rumah (household debt) yang sememangnya tinggi.... dapat mengurangkan bilangan rakyat yang muflis yang sehingga kini dah mencecah lebih dari 30,000 orang... tp orang akan ckp mcm maner hutang x banyak.. kena bayar cukai itu cukai ini,  harga barang naik, cukai naik... bg aku xtau nak sebelah yang mana sebab dua2 ada kebenarannya...

Dari segi keburukkan pulak akan memberi kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah...... kita sedia maklum bahawa kereta merupakan satu keperluan kepada setiap individu.. bagi golongan berpendapatan rendah dapat membeli kereta murah mcm kancil pun sudah cukup gembira kerana dapat digunakan untuk mencari nafkah serta membawa family bersiar.... jika nak beli kancil pun kena d/p yang tinggi susah lah.... nak naik kenderaan awam pun sistem pengangkutan awam masih belum boleh dibanggakan.....

Oleh demikian..... bagi sesiapa ingin memiliki kenderaan sendiri.... ukurlah kemampuan kita.. bak kata orang.. ukur baju di badan sendiri..... dari segi ekonomi kenderaan adalah satu aset yang merugikan kerana susut nilai..... tp disebabkan keperluan jadi terpaksalah membelinya.... so kenalah kira-kira budget dulu sambil buat kira-kira......... kira duit installment, petrol, maintenance, road tax, insurans serta kos kecemasan.... semuatu kena kira sblm kira decide kereta apa yang nak dibeli.... kalau gaji besor xder hal..... yang gaji kecik nie yang mangkor nie..... jgn ikut ckp mr.Os... " biar pape asal bergaye...." Tepuk dada tanya selera.....


No comments:

Post a Comment