Thursday, December 4, 2014

Baby Boy kedua

assalamualaikum pada semua....

selamat bertemu kembali kepada rakan-rakan yang selalu singgah kedalam blog aku nie... minta maaf kerana lama x update dalam blog aku nie... sibuk sedikit disebabkan wife aku baru melahirkan baby kedua kami pada 14.11.14 disamping masalah notebook aku yg xleh on disamping line internet dikampung aku yang agak teruk... agak lama aku dikampung dari wife aku belum bersalin sehinggalah bersalin....

Alhamdulillah wife aku telah melahirkan baby boy kedua di Hospital Besar Kuala Terengganu pada jam 10.45pg 14 Nov 2014 seberat 3.14kg. Alhamdulillah baby sehat.... dan sekarang wife aku sedang berpantang di terengganu... maka sorang lah utk sebulan dua nie..

sekarang nie maybe ramai yang sedang memperkatakan tentang pengapungan harga petronal dipasaran dunia dimana harga minyak dimalaysia dijual tanpa subsidi. ada  yang megeluh dan ada juga yang tidak terasa... bagi mereka yang berpendapatan rendah mungkin banyak yang mengeluh yelah sekarang harga petrol boleh berubah-ubah... kalau turun oklah.. tp kalau naik teruklah... dan ada yang sudah berjimat cermat dengan membawa motor untuk ketempat kerja... berbagai cara rakyat gunakan untuk berjimat cermat bagi menampung pembelanjaan keluarga.

diharapkan dengan penarikkan subsidi petrol ini kerajaan dapat membantu meringankan beban rakyat dengan cara lain dan diharap kerajaan dapat menggunakan duit subsidi itu bagi menaikkan taraf hidup rakyat marhain ini.

pada entry seterusnya aku akan menyatakan pendapat aku tentang keadaan ekonomi kita pada tahun 2015 dimana GST akan dikenakan serta pendaptan negara yang akan berkurangan disebabkan Petronas telah mengurangkan pemberian pendapatan hasil minyak negara disebabkan harga mentah minyak dunia merundum...

jumpa lagi next entry///

No comments:

Post a Comment