Thursday, December 18, 2014

Dividen ASB 2014

ASB 7.5% + 1%


Pihak PNB telah mengumumkan dividen 7.5% dan bonus 1% aka diagihkan kepada semua pelabur didalam ASB.... menjadikan jumlah keseluruhan 8.5%....
Buat tahun kedua berturut-turut pendapatan dividen ASB ini menurun sebnayak 0.2%... tahun lepas dapat 7.5% untuk dividen dan  + 1.0% bonus.... maknanya penurunan sebanyak 0.2%... Di sini aku tunjukkan pretasi pulangan dividen untuk 3 tahun berturut-turut.
 
2012 = 7.75% + 1.15%
2013 = 7.70% + 1.00%
2014 = 7.50% + 1.00%



Kita dapat lihat pretasi pendapatan PNB didalam pelaburan serta pulangann dividen didalam keadaan menurun disebabkan keadaan ekonomi kita yang agak lembab... mungkin juga pendapatan dividen untuk tahun hadapan mungkin menunjukan trend yang sama... tapi diharap keadaan ekonomi negara pulih hendaknya..

sekarang ini ini nilai wang kita pun jatuh... harga komoditi seperti getah dan sawit pun jatuh.... minggu lepas aku baru menjual buah sawit dari ladang sawit aku di bota... harga sawit mmg teruk... sekarang nie dalam rm300/tan.. selalunya dalam RM400/450 per tan.... 

nampaknya bukan kita sahaja yang merasa kehangatan kemerosotan ekonomi.. petani-petani serta pekebun-perkebun terkesan dengan keadaan ekonomi pada masa sekarang ini dan juga pada bulan-bulan yang mendatang... 

diharap kita semua dapat menggunakann serta membelanjakan wang secara berkhemah supaya kesan terhadap kemerosotan ekonomi negara dalam dikurangkan....

No comments:

Post a Comment