Thursday, December 18, 2014

GST

assalamualaikum...

 Weekend lepas aku melepak dengan seorang member aku seorang pegawai akstam di Ipoh... Duk borak-borak sambil tu aku tanya dia pasal GST nie... yelah.. tentulah pihak kastam lebih arif dengan pelaksanaan GST  yang aka dikuatkuasakan pada minggu hadapan.. Member aku niei sini telah menceritakan bagaimana GST akan dilaksanakan, member aku bgtau GST ini menguntungkan kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit. member aku memberi contoh seperti dibawah.

Contoh....:

Sebiji aircond yang di buat oleh pengilang, segala bahan materialnya akan di kenakan cukai GST sebanyak 6%, maka kosnya juga akan meningkat 6%, dari harga asalnya, sebelum sampai segala material kepada pengilang, pembekal juga akan di kenakan cukai GST 6% untuk setiap material, ini menjadikan jika sebiji aircond 1.0 hp jika dulunya berharga RM 700.00, ianya akan bertambah menjadi 12% dari harga asalnya iaitu RM 784.00

Kemudian pengilang akan menjual kepada pemborong dengan tambahan 6% GST lagi menjadikan harga aircond 1.0 hp itu tadi menjadi RM 831.00.
Sesudah itu pemborong pula akan menjualnya pada peruncit dengan cukai 6% GST di tambah dengan mengambil keuntungan RM 50 ianya menjadikan aircond 1.0 hp itu tadi kepada RM 831.00 + RM 50.00 + 6% GST = RM 933.90

Kemudian peruncit akan menjualnya pada pemasang dengan menambah keuntungan RM 50.00 + RM 933.90 + 6% GST = RM 1042.40
Seterusnya pemasang pula akan mengenakan bayaran pemasangan sebanyak RM 250 + RM 1042.40 + 6% GST = RM 1369.60. Harga sebenar sebelum adanya GST bagi sebiji aircond 1.0 hp sehingga terpasang di rumah anda adalah RM 1369.60 / 100 x 70 = RM 958.70 saja! ini bermakna anda wajib menambah RM 411.00 lagi setelah GST di laksanakan pada 1 April 2015 bagi di kongsi-kongsikan oleh kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit dan pemasang

Kesemua mereka boleh claim balik pada kerajaan dan hanya pengguna saja tidak boleh claim kepada kerajaan, bunyinya seperti indah bukan? Tetapi sebenarnya, pengguna terpaksa membayar 30% cukai kepada kerajaan, kerajaan berkongsi keuntungan itu kepada peniaga yg memang telah kaya raya atas dasar penindasan dan kezaliman yang melampau ini. Rakyatlah akan tanggung semuanya.

Berdasarkan merit dan populasi pekerjaan, di anggarkan seramai 14 juta pekerja dan berjuta masih belajar dan tidak bekerja dan hanya 2 juta saja peniaga di malaysia, maka secara realitinya, 3/4 rakyat malaysia akan di tekan 30% cukai sama rata dari pendapatan mereka oleh kerajaan
bermula 1 april ini..
 
Maka akan berlakulah inflasi, iaitu majoriti rakyat akan berkira-kira untuk membeli walau suatu barangan sekalipun, ini akan menyebabkan kecairan wang dalam negara tidak berlaku, ekonomi akan lembab, pemintaan kurang dan pengeluaran akan berlebiha.

Begitupun, jika pemasang aircond 1.0 hp itu tadi tidak berdaftar dengan kastam untuk GST, secara rasionalnya mereka tidak akan dapat berdaya saing dengan yang berdaftar, kerana mereka terpaksa meletakkan harga yang lebih tinggi kerana barang yang mereka beli tidak sama harganya dengan yang berdaftar GST, kerana yang berdaftar, ia boleh merendahkan sedikit harga pemasangannya kerana ia boleh claim semula 6% GST tadi, ini menyebabkan majoriti sumber pendapatan yang tidak berdaftar akan gulung tikar.

So kita lihatlah nnt macam mana perlaksaan GST serta kesan nya kepada rakyat marhai pada tahun hadapan. Harap kerajaan dapat melihat kesan GST terhadap rakyat marhain yang tidak berkemampuan nie serta menyalurkan hasil dari GST ini ke tempat yang betul.

No comments:

Post a Comment