Sunday, December 14, 2014

Cabaran 2015

assalamualaikum kepada semua pelawat blogger aku..

pada hari ini aku ingin memberi pandangan aku mengenai cabaran pada tahun 2015. Ada kawan-kawan aku bertanyakan mengenai pasaran rumah lelong pada tahun hadapan serta keadaan ekonomi pada tahun hadapan.. So di sini aku hanya memberi pandangan aku yang x berapa pandai di dalam bidang ekonomi dan pandangan aku berkenaan dengan pasaran rumah lelong

yang pertama berkenaan dengan keadaan ekonomi pada tahun hadapan... aku dapat rasakan keadaan sedikit mencabar berbanding dengan tahun ini... ini kerana mulai 31 April 2015 GST akan dilaksanakan. Dengan perlaksanaan GST ini keadaan inflasi akan sedikit meningkat.berbanding sebelum perlaksaan GST. GST ini dilaksanakan bagi menambahkan pendapatan negara. Secara ironinya kerajaan terpaksa melaksanakan GST pada tahun hadapan kerana pendapatan kerajaan berkurangan. ini adalah disebabkan kejatuhan harga minyak mintah negara.... ini berlaku kerana apabila harga minyak jatuh keuntungan Petronas juga akan berkurangan.. dengan itu sumbangan serta cukai yang diterima oleh kerajaan akan berkurangan. Petronas telah mengeluarkan kenyataan bahawa sumbangan kepada kerajaan terpaksa dipotong sehingga 40% disebabkan kejatuhan harga minyak dunia.  Petronas adalah penyumbang utama dan terbesar kepada negara serta budget negara adalah sangat bergantung kepada sumbangan Petronas ini.So bagi mengurangkan defisit negara. Kerajaan terpaksa melaksanakan GST bagi menambahkan pendapatan negara dan bagi mengelakkan negara terjerumus ke lembah hutang yang lebih teruk...

ianya juga akan memberi kesan kepada kita dari segi kerancakkan ekonomi serta pembelanjaan kita sebagai rakyat. maybe kita terpaksa membeli harga barangan yang lebih mahal sedikit..Maybe kita terpaksa lebih berjimat cermat dalam mengawal pembelanjaan... mungkin beli barang yang perlu sahaja.

Makanala dari aspek pasaran rumah lelong.... permulaannya maybe tidak nampak kesan yang ketara. Tetapi maybe akan menampakkan kesan pada hujung tahun hadapan. ini dirasakan apabila GST dilaksanakn dan kadar inflasi meningkat. Jika berlaku sebegini kita akan dapat lihat banyak rumah yang akan dilelong akibat ketidakmampuan pemilik untuk membayar ansuran bulanan. Bagi mereka yang membayar ansuran yang tinggi maybe akan terkesan dengan keadaan ini dimana BLR dan kadar faedah akan meningkat.. Ada member2 aku yang bagitau bahawa pada tahun hadapan bank tidak lagi menggunakan kaedah BLR untuk memberi pinjaman kepada peminjam baru. aku pun tidak pasti apakah kaedah yang akan digunakan oleh pihak bank dalam menentukan faedah yang akan dikenakan kepada peminjam baru. Apa yang pasti ianya mungkin lebih seperti apa yang dikenakan pada tahun ini.

So bagi sesiapa yang mempunyai wang ataupun mempunyai aliran simpanan tunai yang kukuh... pada masa ini lah sesuai untuk mencari dan melabur rumah lelong kerana banyak lambakan rumah lelong serta persaingan yang mungkin berkurangan kerana tidak ramai yang berani untuk melaburkan wang mereka didalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. So sapa yang kurang aliran tunai pada masa inilah untuk kita menyimpan bagi mengharungi serta persediaan untuk melabur didalam rumah lelong..

So disini hanya pendapat aku jer berdasarkan pemerhatian aku.. maybe pemerhatian aku tidak seperti pandangan orang lain. so sama2 lah kita bersedia untuk mengharungi keadaan yang lebih mencabar pada tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment