Sunday, December 14, 2014

Listing Lelong

assalamualaikum semua...

sejak 2-3 bulan nie listing rumah lelong banyak tidak menarik perhatian aku atau untuk aku berikan kepada sesiapa. Ini kerana listing rumah lelong yang agak kurang menarik untuk dijadikan pelaburan seperti untuk disewakan atau untuk flipping. Kalau beli untuk duduk maybe agak ok... selain daripada itu harga rumah lelong yang agak tinggi juga banyak memberi faktor untuk aku kurang berminat untuk masuk bidding. Agak berbeza seperti hujung tahun 2013 dimana ketika itu banyak listing rumah lelong yang menarik perhatian.

kawasan seperti Meru, Seri Iskandar dan Seri Manjung serta Lumut pada ketika ini agak sukar untuk mendapatkan listing rumah untuk dilelong dikawasan-kawasan tersebut. Maybe belum ada rezeki untuk melihat kawasan seperti yang aku sebutkan itu adanya lelongan..

Mencari rumah lelong atau pergi bid rumah lelong nie umpana kita ge memancing... kalau ada rezeki umpan kita mengena..... selalunya mcm aku nie dah set dalam kepala otak aku bahawa pergi bid dan kekalahan adalah lumrah... semesti kebiasaan.. sebabnya selalunya banyak kalah dari menang... dan apabila menang itu adalah satu rezeki serta bonus hasil usaha gigih aku mencari peluang membeli rumah lelong. 

Aku harapakan pada tahun hadapan pasaran rumah lelong akan lebih meriah dengan lamabakan rumah yang akan dilelong. aku bukan mendoakan sesebuah rumah tu kena lelong cuma aku harapkan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini kita dapat sedikit mamfaat dan peluang untuk berjaya memiliki rumah bagi sesiapa yang tidak mampu untuk membeli rumah baru atau rumah sublet...

bagi mereka yang mempunyai financial yang kuat rasanya inilah peluang untuk mereka menambahkan pelaburan serta memiliki lebih banyak rumah lelong nnt....

No comments:

Post a Comment