Thursday, September 5, 2013

Cadangan pengurangan kadar insurans bagi kereta dibawah 2000cc

Tadi dalam berita Buletin Utama TV3 aku terdengar cadangan dari president pengusaha stesen-stesen minyak Malaysia mencadangkan kerajaan supaya menurunkan kadar insurans bagi kenderaan berkapasiti dibawah 2000cc bagi mengurangkan beban rakyat... sebagai contoh kerajaan menanggung 40% kadar insurans manakala 60% ditanggung oleh pemilik kenderaan.. ini adalah bertujuan mengurangkan beban rakyat didalam menanggung kenaikkan  harga minyak yang hangat diperkatakan..

Bagi aku ada sekurang-kurangnya adik baiknya jugak.... dari xder lansung. hehhee... sedikit sebanyak dapat membantu golongan rendah dan sederhana kerana majoriti mereka menggunakan kenderaan dibawah kapasiti 2000cc.... kalau setiap keluarga ada dua kenderaan bawah 2000cc dah jimat banyak dah tu... katakan kadar insurans sebanyak rm 1000.. kalau 40% kerajaan tanggung.. pemilik hanya perlu bayar rm 600 jer.... kalau dua kenderaan dah jimat RM1200...  boleh guna wat belanja anak-anak sekolah.. kalau yang dah kawen lerr........ Tapi yang aku risaukan nanti jadi mcm dulu dimana kerajaan bagi ribet sbyk RM 600+++ kalau x silap aku lah time nak idup insurans... tapi  setahun jer... pas tu kerajaan stop sebab kata ianya  berkesan.....kena kaji semula... ini jugak disebabkan oleh kenaikkan harga minyak jugak...  kerajaan amik drastik tmpa memikirkan kesan dari langkah jangka pendek yang diambil..... Sebaiknya kerajaan mengkaji mekanisme yang terbaik didalam membantu rakyat...

Bagi aku bukan itu sahaja kerajaan kena kurangkan.. banyak lagi patut kerajaan kurangkan bagi meringankan beban rakyat.... kita tahu kerajaan menanggung defisit hutang yang tinggi dan dengan mengurangkan subsidi minyak kerajaan dpt megurangkan  hutang..tetapi bukan sahaja mengurangkan subsidi tetapi kerajaan juga secara menyeluruh patut mengurangkan pembelanjaan negara seperti mengurangkan acara-acara atau majlis keraian atau upacara-upacara dianjurkan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang menggunakan wang rakyat... selain itu juga kerajaan patut mengurangkan elaun-elaun menteri dan timbalan menteri serta pegaeai tinggi kerajaan.. Kita pernah dengar  beberapa bulan dahulu kerajaan sarawak menambah elaun untuk wakil-wakil rakyat mereka....

Selain daripada itu aku tau kerajaan bimbang dengan hutang isi rumah rakyat malaysia... itu pasal kerajaan kurangkan tempoh pinjaman perumahan iaitu hanya selama 35 tahun sahaja disamping personal loan hanya 10 tahun sahaja.. selain drpd uitu locking period bagi housing loan dikuatkuasakan kembali iaitu selama 3 tahun serta bercadang untuk menaikkan RPGT sebanyak 30% dari 15% untuk dua tahun pertama.. ini bertujuan untuk mengawal harga rumah.... bagi aku kalau kerajaan nak kurangkan hutang isirumah rakyat malaysia mereka patut kurangkan perkara lain serta jgn laksanakn GST, kurangkan Gov tax, kurangkan cukai2 lain spt income tax, tol, service tax, cukai kereta dan pebagai cukai lain yang membebankan rakyat.... rasanya mcm rakyar hidup dan bekerja untuk membayar cukai jer... berapa sen yang tinggal untuk kegunaan keluarga, untuk anak bini dan ibu bapa.....

Langkah positif dipihak kita pula.. berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal, berusaha gigih serta mencari peluang yang ada... Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib seseorang hamba jika hamba itu sendiri yang tidak mengubah nasibnya..... InshaAllah... rezeki semua dari Allah tuhan yang maha mengasihani... dengan syarat kita berusaha dan bertawakal kepadaNYa....


No comments:

Post a Comment