Friday, September 6, 2013

MATTA Fair

hari nie aku nak pegi MATTA Fair dengan member kamcing aku Nuar@anakisan..... kitaorg nak ge survey harga untuk ke London... Benda nie kita org dah planning dah 2 tahun.... objective utama kita org adalah untuk menjejakkan kaki ke Old Trafford, Stadium kermaat Manchester United... Aku ngan nuar adalah penyokong die hard fan Man Utd...  

Mmg aku dah lama teringin nak ke UK.... terutama ke Manchester United... team yang aku sokong sejak zaman bryan robson jadi captain lagi... tapi apa nak dikata.. xder rezeki... dulu aku pernah dapt tawaran melanjutkan pelajaran di Northumbria University, Newcastle. UK dalam jurusan Bachelor (Eng). Electrical & Electronic Engineering selama 2tahun... Masa tu aku baru habiskan Higher National Diploma (Hnd) dalam Electrical Enginering di British Malaysian Institute (BMI).. Tapi apa nak dikata... permohonan untuk mendapatkan pinjaman dari MARA dan JPA gagal kerana masa tu quota terhad sebab ekonomi gawat masa tu... xder lah rezeki aku time tu... dah takdir....

Jai inilah peluang aku untuk pergi kesana... dah lama aku x ge oversea nie. dulu time 2006 aku kena hantar oleh company tmpt aku kerja ke Uganda selama 3 bulan... pastu tahun 2010 aku melancong ke Beijing bersama keluarga... so nie kali ketiga... tp aku nie menyampah naik flight lama2.. boring.......

Oklah.. aku dah nak gerak ke MATTA Fair... member aku dah sampai... cau cin cau...

No comments:

Post a Comment